10

30 2 4
                                    

Joshua

Tak. Aku taknak kehilangan Yoon. Aku sayangkan dia. Perangai dia sama sangat dengan ex-yeochin aku yang pertama dulu. Aku taknak Yoon tinggalkan aku. Aku dah cukup menyesal sebab tinggalkan ex-yeochin aku yang pertama dulu.

Dahyun? Aku tak sayang dia. Aku hanya gunakan dia.

Jimin. Ya aku upah dia.

Hanna pula aku takda kena mengena dengan dia masa kena perkosa dengan Jimin.

" Yoon! "

Yoon endahkan aku. Nampaknya dia betul-betul marah.

" Yoon! "

" Apa kau nak hah?! Lepaskan tangan aku! "

YoonGi

Aku ternampak Joshua genggam tangan Yoon.

Jantan tu nak apa lagi dari Yoon?

" Joshua, kau nak apa lagi dari Yoon hah?! Tak cukup ke kau dah pernah tinggalkan dia sebelum ni?! Kau biarkan dia terbaring dekat atas jalanraya berlumuran darah. Lepas je kau dapat tahu wajah dia hancur kau terus hilangkan diri. Kat sekolah pun kau takda. "

" Apa kau mengarut ni?! Bukan kau sendiri ke yang kata kat aku yang MinRa dah mati?! "

" Ya, aku yang kata dia dah mati. MinRa yang dulu yang dah mati. Kini MinRa hidup sebagai orang lain. "

" Kau nak kata yang Yoon ni MinRa? "

" Yep. Dia hilang ingatan dan aku sengaja taknak dia ingat tentang kau. Aku nak dia mulakan hidup baru. Aku ambil dia jadi adik aku. Tapi, hidup baru dia pun kau datang balik. "

" Tapi wajah dia. "

" Dia lakukan plastic surgery. Cuma dia tak ubah bahagian mata dia. "

" Jadi Jung MinRa ialah Min YoonRa dan Min YoonRa ialah Jung MinRa? "

Aku hanya mengangguk dan menarik Yoon pergi dari situ.

---

YoonRa

Aku sengaja cepat-cepat keluar dari kelas hari ni. Aku taknak bertembung dengan siapa-siapa.

Tiba di rumah aku terus menuju ke bilik tidurku dan menyumbat kesemua pakaian dan barangan Dahyun kedalam bagasinya.

Bagasi itu aku kemudian campakkan ke luar rumah. Aku tak peduli dah. Aku sedih, marah, kecewa. Semua aku rasa.

Aku kemudian berlari masuk kebilik semula selepas mendengar Bangtan memanggil aku.

Aku hempas pintu. Aku baling semua barang didalam bilikku. Aku koyakkan semua gambar aku bersama Dahyun. Aku koyakkan gambar aku bersama Joshua. Aku delete semua gambar mereka berdua yang ada dalam telefonku. Kemudian aku baling telefon ku. Cermin semua pecah aku kerjakan. Almari pula aku rebahkan. Aku dah tak tahan.

Aku capai serpihan pecahan cermin lalu menghiris lengan ku. Darah bercucuran keluar.

Aku menjerit sepuas-puasnya. Aku luahkan segala tangisan aku.

DAKK--!

Kedengaran pintu bilik aku dirempuh masuk. Aku hiraukan. Aku meneruskan aktiviti mencederakan diri.

" Yoon! "

SeokJin menjumpai aku yang tengah mencederakan diri didalam tandas. Ya aku lakukan dalam tandas.

Bangtan menghampiri SeokJin. Wajah mereka risau. Tapi, aku kisah apa?

" Yoon,stop it. Hajima. "

TaeHyung cuba menghampiri aku.

" Jangan datang dekat dengan aku! Kalau kau jejak lagi selangkah, aku bunuh diri terus! Aku tahu korang taknak aku mati cara ni kan?! So, jangan peduli pasal aku! Keluar! "

" Yoon! Campakkan serpihan kaca tu sekarang! "

Aku enggan campakkan serpihan kaca itu. Malah aku menghiris lagi pergelangan tanganku.

Entah kenapa, rasa sakit tu tiba-tiba datang. Sakit sangat. Aku tak tahan. Akhirnya aku kalah dengan permainan aku sendiri. Aku lepaskan serpihan kaca itu lalu badan ku rebah sendiri ke lantai.

--
YoonGi

Serius aku kesian tengok Yoon.

" Erghhh! Pergi dari sini! Aku dah tak cintakan kau! Masa aku sakit yang paling selalu jaga aku hanya YoonGi! Aku cintakan YoonGi! Bukan kau! "

Hmm? Yoon kata apa tadi?

" Pergilah! Berapa kalu nak aku ulang yang aku cintakan YoonGi! Aku cintakan YoonGi bukan sebagai abang aku. "

" Yoon. Yoon. "

Aku goncang badan Yoon. Yoon tersedar.

" YoonGi. "

" Ya. Aku YoonGi. "

Yoon terus peluk aku erat.

" Ahh. Sakit. Lengan aku. Apa jadi kat aku ni? "

" Yoon, kau tak ingat? "

" Ya aku tak ingat. Tapi, aku ingat apa yang kau kata kat Joshua pagi tadi. Aku nak kau beritahu aku hal sebenar dari A-Z. Please. "

" Tunggu masa yang sesuai aku akan beritahu kau. Sekarang ni aku nak kau rehat dulu. Aku taknak kau cederakan diri kau lagi kalau aku bagitau kau nanti. Jangan buat aku risau. Aku sayang kau. "

Aku keluar dari bilik itu.

Nasib baik masa Yoon meroyan tadi Bangtan pergi makan kat Restaurant kat lobi hospital. Kalau tak, memang huru-hara lagi lah jadinya.

[ Love Hate Tears ]Where stories live. Discover now