06

21 4 0
                                    

Mingyu

Aku dah tak tahan tengok Jimin kena buli setiap hari. Hari ni aku kena juga lapor kepada Yoon.

Aku pasti dia akan dapat selesaikan hal ini. Maklumlah, pengaruh dia luas.

Pagi tadi, semasa kelas aku ditugaskan mengemas stor, aku lihat TaeHyung turut join buli Jimin. Joshua pula tersenyum bahagia ditepi.

Aku kesian kat Jimin. Muka dia banyak kesan lebam sebab kena baling dengan bola, gelung hula, tali skipping, raket dan sebagainya.

Jimin tak melawan. Dia membiarkan sahaja. Cikgu pula buat tak nampak.

" Mingyu! "

Aku tersedar daripada lamunan.

" Ya cikgu? "

" Tolong saya sebentar. "

Aku menghampiri cikgu. Okey. Ni cikgu moral kami. Dia sebenarnya kesal dengan sikap pelajar kelas kami kerana membuli Jimin. Dia kesian dekat Jimin. Dia pun sebenarnya berharap pada Yoon saja sekarang.

" Tolong panggilkan YoonRa sekarang. Datang ke kelas ni secepat yang mungkin. Cijgu dah tak tahan tengok dorang buli Jimin. "

" Cikgu, jangan panggil Yoon pergi sini. Dia ada kelas penting sekarang. "

Joshua? Bagaimana Joshua tahu sedangkan cikgu bercakap dengan suara yang amat kecil.

---

Tiba waktu rehat, aku pergi berjumpa dengan Yoon. Aku nak laporkan hal Jimin.

" Mingyu, kenapa? Apa gal penting tu? "

" Pasal Jimin "

" Pasal dia kena buli dengan budak kelas kau kan? "

Macam mana dia tahu eh? Seram pula aku dengan pasangan couple YoonShua ni.

" Mana kau tahu? "

" Aku dengar Jimin merintih dekat makam Hanna semalam. Dia ada sebut hal itu. "

Oh macam tu. Kesian Jimin. Sampai merintih dekat makam Hanna.

Belum sempat aku bersuara lagi, Lisa berlari kearah kami lalu 'rap' disitu.

" Lisa. Relax. Beritahu satu per satu. "

" Jimin. Dia...dia pergi rooftop tadi. Tapi aku tak tahu dia nak buat apa. Yang aku lihat, dia menangis tadi. Masa terserempak dengan aku, dia cuma kata sorry. Tu je. "

Aku dapat lihat Yoon terus berlari ke rooftop. Aku pula. Aku rasa kau patut beritahu Bangtan dan Joshua pasal ni. Aku meminta bantuan Lisa.

---

YoonRa

Aku berlari dengan sepantas yang mungkin. Aku tahu apa Jimin nak buat.

Tiba di rooftop aku lihat Jimin dah bersedia untuk terjun.

" Jimin! Jangan! Stop it! "

Aku menarik tangan Jimin. Dia terduduk sebab tarikan dari aku.

" Yoon, kenapa kau halang aku?! "

Jimin tolak aku kasar menyebabkan aku terdorong ke belakang.

" Jimin, ini bukan cara untuk selesaikannya! Kau boleh cuba cara lain! Aku boleh bantu kau! "

Jimin memandang aku tajam.

" Masalahnya aku malu! Aku taknak berharap pada perempuan! Pagi tadi, Taehyung dah ejek aku cukup-cukup. Kau tengok lebam ni! Ni semua kerja dia. Aku tak tahan. "

[ Love Hate Tears ]Where stories live. Discover now