YoonGi
Hari ni Yoon dibenarkan balik berehat dirumah selepas 3 hari berada dekat hospital.
HoSeok membantu Yoon mengemas barangan Yoon.
NamJoon pula pergi bayar bil hospital.
Tae pergi beli makanan dekat lobi Hospital dengan Gukkie.
Jin pula tak henti-henti buat lawak hambar untuk Yoon.
Nasib si Yoon ni baik hati. Dia sanggup buat-buat ketawa untuk lawak Jin tu.
Jimin pula... Aku lupa Jimin dah takda.
Aku rindu Jimin. Kalau dapat aku nak putar balik masa.
----
" Tae, baik kau jauhkan diri kau dari Yoon. Tak pasal-pasal Yoon punya perangai suka buat orang risau tu pindah kat kau pula. "
Yoon jeling aku tajam.
Eh budak ni. Main jeling pula. Aku korek biji mata tu nanti baru tahu. Tapi, kalau aku korek macam mana dia nak tatap wajah aku yang serba kacak ni.
" YoonGi hyung, apa yang hyung merepek ni? Hyung lupa eh? Sejak Yoon rapat dengan TaeTae hyung, Yoon suka buat kita risau. Tae hyung yang bawa penyakit tu kat Yoon. "
Oh ya! Aku lupa. Tae yang suka buat orang risau bukan Yoon dulu.
----
YoonRa
YoonGi benarkan aku guna bilik tidur dia sementara bilik tidurku yang aku hancurkan dibersihkan. YoonGi pula akan tidur kat bilik yang Jimin dan Mingyu pernah guna.
Menurut TaeTae oppa, Mingyu oppa malu nak tinggal sebumbung dengan kami lagi disebabkan oleh perbuatan Dahyun yang tak bermoral. Mingyu oppa berpindah sekolah 2hari lepas dia keluar dari rumah kami.
Dan, menurut apa yang Gukkie beritahu pula, Dahyun dah tak datang ke sekolah lagi sejak aku halau dia hari tu.
Joshua pula tiap-tiap hari datang rumah kami sebab nak lawat aku. Gukkie kata mereka memang sengaja tak beritahu Joshua hospital yang aku ditempatkan. Gukkie juga ada kata yang mereka dah cuba terangkan dekat Joshua yang aku dah taknak jumpa dia tapi, Joshua tetap berdegil. Dah macam orang gila pun ada si Joshua tu.
TOKK--!
" Masuklah "
Jin oppa muncul dengan dulang makanan. Sedap betul bau.
" Yoon, kau laparkan? Ni aku ada masak special untuk kau. "
Aku menjadi teruja.
" Tapi, sebelum aku serahkan makanan ni, aku nak kau janji dengan aku yang kau takkan cederakan diri kau lagi. Jangan buat YoonGi risau lagi. Kalau kau nak tahu, dia sebenarnya tengah demam sekarang. Tapi, dia sembunyikan. Dia demam sebab risaukan kau. Dia sanggup jaga kau dengan sakit-sakit macam tu. Dia sanggup tak tidur sedangkan kita semua tahu yang dia memang suka tidur. Nah. Ambil ni. Makan cepat. Aku pergi dulu. Nak makan juga. "
Belum sempat aku mengutarakan soalan kepada Jin oppa, dia dah lesap dulu dari pandangan mata aku.
----
Aku turun ke tingkat bawah untuk hantar pinggan~mangkuk yang aku guna tadi.
" Dia dongsaeng kau HoSeok. "
Huh? Hoseok oppa ada dongsaeng? Siapa?
" Tapi buat masa ni, aku nak korang semua rahsiakan dulu. Nanti biar aku sendiri yang beritahu dia. "
Siapa dia?
Aku dapat rasakan bangtan memerhati setiap gerak-geri ku, dari aku lalu berdekatan dengan mereka sehinggalah kedapur.
" Yoon! Biarkan saja kat situ. Nanti aku cucikan. "
Mak aih. Hampir terpelanting gelas yang aku pegang lepas dengar Jin oppa menjerit.
" Yoon. Kau pergi sana duduk. Kau tak boleh buat banyak sangat kerja. Kau masih lemah ni. Biar op..... Biar aku yang ambilkan air dan ubat kau. "
Terkejut aku. Sejak bila pula si Hoseok oppa ni muncul kat belakang aku.
Tapi kenapa suara dia sedih je? Setahu aku si kuda tu tak tahu apa makna sedih. Ni mesti ada sesuatu yang Bangtan sembunyikan daripada aku ni.
" Yoon! Kau dah makin sihat ke?! "
" Kau ni kenapa? Jerit-jerit. Yoon bukannya jauh nun kat tingkat atas. Dia depan mata je takpayah jerit-jerit. "
" Entah kau. "
Bangtan menyokong kata-kata Joonie oppa. Kesiam pula si TaeTae oppa aku ni.
" Dahlah. Tengok TaeTae oppa kesayangan Yoon dah merajuk. "
Bangtan menjeling ke arah TaeTae oppa yang berada di belakang aku.
" Dahlah sini Yoon. Duduk. Jangan layan sangat budak tak pandai duduk senyap ni. "
Hoseok oppa tiba dengan segelas air dan beberapa biji pil. Dia membantu aku untuo memakan pil itu.
Banyak gila. Dahlah satu jenis tu ada yang mesti makan 4, ada yang 3. Hampeh. Belum kira jenia ubat lagi. Jenis ubat nak-nak ada 6 jenis. Menyesal aku cederakan diri haritu. Tapi apa boleh buat? Nasi dah jadi bubur.
YOU ARE READING
[ Love Hate Tears ]
Fiksi Penggemar+ Please jangan buat macam ni Jimin + + Maafkan kami Jimin + + Kau dah permainan hati dia Joshua + + I'm here for you + + Yoon aku suka kau! + ΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠΠ → Ideas : @swagkumamon- → Covers : @swagkumamon- → No CopyCat from other...