Part 3

76 8 0
                                    

Miki hanya tersenyum sinis melihat gelagat budak lelaki yang diheret botak tadi. Pandangannya dialih pula kepada budak-budak lain yang berada didalam sangkar itu. Kunci sangkar dibuka. ''keluar !!'' arahnya tegas. Seorang demi seorang keluar dari sangkar itu. mereka kemudian diberikan tin-tin kosong tiap-tiap seorang. Mereka semua sudah tahu apa yang harus dilakukan dengan tin-tin kosong tersebut. tin-tin kosong itu harus diisi dengan wang tunai yang banyak. Jika tidak nasib mereka akan sama dengan nasib budak lelaki itu tadi.

Van putih yang memuatkan 10 orang budak itu berhenti disatu lorong gelap. Selepas mereka semua keluar,van itu terus berlalu pergi. Namun mereka tidak boleh melarikan diri kerana terdapat dua orang lelaki akan memantau segala pergerakan mereka. Kesepuluh budak itu berpecah dan menuju kearah tempat masing-masing yang telah pun ditetapkan.

.................

Plastic hitam yang dipikul botak terus dicampak kedalam tong sampah. "what the..!! cilake! Habis kotor baju aku!" marah botak. Tong sampah itu disepak-sepaknya kuat. "sebab kau baju aku kotor! Budak cilake!!" maki botak. Darah yang melekat pada bajunya segera dibasuh namun tidak sepenuhnya tertanggal. dia tidak peduli kalau-kalau ada orang yang mendengarnya kerana markas mereka itu jauh dari orang ramai. Hanya terdapat pokok-pokok hutan saja disekelilingnya.

Hari mulai senja kelihatan kelibat dua buah kereta Honda cr-v hitam meluncur laju masuk kedalam hutan itu. Kedua-dua kereta itu berhenti didepan sebuah bangunan kayu. Pemandu kereta itu segera keluar dari kereta dan membuka pintu belakang. Benjamin yang memakai sut dan berkasut putih keluar dari perut kereta dan berdiri pegun dihadapan bangunan kayu tersebut. Rokok dimulutnya dinyalakan sendiri. Dino selaku bodyguard kanannya segera meletakkan baju sejuk kebahu bosnya itu. Sesaat kemudian keluar beberapa orang pengikutnya dari perut bangunan kayu itu untuk menyambut ketibaan bos mereka. Dino meletakkan tangannya kearah telinga Benjamin. Kedengaran bisikan halus ditelinganya. Raup wajahnya sedikit berubah namun sempat dikawal.

"so..how was going? Anything is okay?" soal Benjamin kepada miki. "semuanya okay bos.." ibu jarinya diangkat. "good.." Benjamin maju masuk kedalam bangunan kayu itu dengan diiringi semua pengikut-pengikutnya. "oleh sebab kerja kamu semua bagus..aku ada something untuk korang semua..rex!" jari telunjuknya dikuis. Rex salah seorang bodyguardnya segera meletakkan sebuah beg hitam di atas meja. Beg itu lantas dibuka. Semua yang berada disitu tersenyum melihat isi kandungan beg hitam itu. "dadah!!" ujar botak. "ya..methamphetamine! its all yours..take it! Haha.." ujar Benjamin sambil ketawa.

Botak yang tidak sabar itu terus menerkam bungkusan-bungkusan dadah itu. Satu per satu dikeluarkannya. Pengikut-pengikut black orkid yang lain itu juga turut serta untuk mendapatkan habuan masing-masing. Namun belum sempat mereka maju "bang!!!" satu tembakan dilepaskan. Orang yang melepaskan tembakan itu adalah rex bodyguard kedua benjamin. Pistol yang berasap itu masih lagi dihalakan kearah mangsa.

Darah meleleh keluar dari mulut botak. Tangannya meraba-raba pada bahagian perutnya yang berdarah itu. Semua mereka yang berada disitu terkejut dengan kejadian yang menimpa botak. Masing-masing tertanya-tanya didalam hati kenapa botak ditembak dan dibunuh?.

"hehehe..aku tau ko memang sukakan dadah..sebab tulah aku umpan ko dengannya.." ujarnya sambil ketawa kecil. Putung rokok ditangannya dilemparkan kearah mayat botak. Dia berjalan mendekati mayat botak dan mencekik kolar bajunya. "berani betul ko ye? dadah aku pun ko nak curi ye? Mampus kau sekarang! Puii!" Benjamin meludah-ludah muka botak. Kemudian mayat botak dilemparkan kebelakang. "ingat semua!! Jangan sesekali kamu semua belot! Kalau tidak aku bunuh kau semua,faham?!!" laung benjamin. amaran yang diberikan itu membuatkan pengikut-pengikutnya kecut perut. "baik boss..!" laung mereka serentak.

***************************************************************************

(sedutan episode akan datang..)

 ~~"kau..!!?" jeritnya. Kido hanya berdiam diri. Kidobangkit dari baringannya dan menumbuk muka johan yang terpinga-pinga itu. Husnayang terbaring menangis ketakutan. Johan jatuh di atas lantai. Kido menyepak-nyepakpula perutnya. Terasa sakit sekali. hatinya juga sakit melihat rakannya sendiritergamak menikamnya dari belakang    

THE MAN FROM NOWHEREWhere stories live. Discover now