Part 17

40 3 0
                                    

Awan-awan hitam yang kecil dilangit mula berarak menjadi satu. Malam yang cerah dengan sinaran rembulan tadi mula berubah menjadi gelap. Angin mula bertiup kencang. Lalang-lalang yang terpacak pada bumi menari-nari ditiup angin. Guruh mula berdentum kuat. Diganti pula dengan panahan kilat. Beberapa minit selepas itu hujan mula turun dengan lebat sekali. Benjamin dan pengikut-pengikutnya terus meninggalkan tempat itu dengan segera. Yang tinggal hanyalah johan yang semakin lama semakin hilang dari pandangan. Tanah yang ditolok oleh jentolak itu semakin menenggelamkan liang lahad itu.

Hujan yang turun bagaikan menangis melihat johan yang ditimbus hidup-hidup. Nyawanya kini bagai telur dihujung tanduk. Tiba-tiba satu tembakan kuat kedengaran. Pemandu jentolak itu terus rebah dan jatuh tergolek dari tempat duduk pemandu. Seorang lelaki berlari kearah jentolak itu dengan tergesa-gesa. Segera dia mengambil alih pemanduan jentolak berkenaan.

Dia menggali semula tanah yang menimbus johan itu. Beberapa minit kemudian kedua-dua tangan johan yang bergari mula kelihatan. Dia terus terjun dari jentolak itu dan menggali pula dengan menggunakan tangannya. Kepala johan mula kelihatan dipermukaan tanah. Matanya terpejam rapat. Lelaki itu segera menarik keluar badan johan yang sudah lembek itu. Cpr dilakukan dengan segera.

Nasibnya agak baik apabila johan terbatuk-batuk. Nafasnya turun naik. Matanya masih lagi terpejam rapat. Lelaki itu segera membawanya balik kerumah. Johan yang pengsan disebelahnya itu dipandang sayu. "aku mintak maaf jo..sebab aku,kau jadi macam ni.." bisik lelaki itu didalam hati. Keretanya dipandu laju walaupun keadaan diluar ketika itu hujan lebat.

...................

Tubuh johan diangkat dan diletakkan diatas katil. Luka-lukanya disapu dengan kain basah kemudian disapu dengan ubat. Kemudian luka-luka tersebut dibalut. Pakaiannya juga ditukar. Edy melepaskan lelah dan bersandar pada katil bersebelahan dengan johan yang masih lagi tidak sedarkan diri. kerana terlalu penat edy terlelap.

"Husnaaa!!!!" 

johan bangkit dari pengsan. Tangan kanannya dihulur kedepan untuk menangkap husna yang berlalu pergi. Namun itu hanyalah mimpi semata-mata. Tepikkannya yang kuat tadi segera mematikan lena edy. Edy yang termamai segera mendapatkan johan yang sedang menahan kesakitan pada luka-lukanya. Johan berpaling kearah edy yang cuba membantunya tadi. Namun tangan edy ditepis kuat. Johan bangkit dari duduknya dan terus menolak edy kearah dinding. Dari raut wajahnya edy tahu johan sedang marah. Marah yang amat sangat!.

"Binatang kau edy!! Selama ni aku anggap kau kawan aku!! Tapi sanggup kau tikam aku dari belakang?!" 

johan mengetap gigi menahan marah. Matanya merah dan berair. Satu tumbukan padu terus singgah pada pipi edy. Edy jatuh kelantai tapi dia tidak bangun untuk melawan. Johan menarik kolar bajunya dan sekali lagi tumbukan dilepaskan. Edy tersembam kelantai. Cecair merah mula bercucuran dari bucu bibirnya.

''a-a-aku..aku mintak..ma-maaf jo.."

"tidak!! Aku takkan maafkan kau setan!! Aku bunuh kau sekarang!!" 

johan duduk diatas edy yang masih lagi terbaring diatas lantai itu. Tumbukan demi tumbukan dilepaskannya. Johan menjerit kuat ketika tumbukan itu dilepaskan. Akhirnya penumbuknya terhenti diudara. Airmatanya jatuh laju. Edy yang sudah nyawa-nyawa ikan sudah tidak sedarkan diri.

Johan menangis teresak-esak dan terbaring disebelahnya. Mukanya ditutup dengan kedua-dua belah tangannya. "husnaa...maafkan papa.."

***************************************************************************************

THE MAN FROM NOWHEREWhere stories live. Discover now