Part 1

194 16 7
                                    


"abang.."

Panggilan manja dari isterinya masih lagi tengiang2 dimindanya. Terasa baru semalam suara itu memanggilnya. Masuk hari ini sudah setahun isterinya pergi mengadap ilahi. Sungguh cepat masa berlalu. Lamunannya terhenti tatkala anak tunggalnya,husna yang berusia 4 tahun memanggil2nya. Kini tinggal dia dua beranak sahaja didalam rumah agam tu. Husna yang baru bangun dari tidurnya melangkah lemah menuruni anak tangga. Ditangannya memeluk erat teddy bear kelabu yang menjadi penemannya setiap hari. Dengan rambutnya yang serabai menambahkan lagi kecomelan gadis kecil itu.

Tersenyum kecil johan melihat tingkah laku anak gadisnya itu. Dijulangnya tinggi keudara. Husna terus ketawa keseronokan. Ketawa husna sedikit sebanyak memberi kekuatan kepadanya untuk meneruskan kehidupan. "sayang nak makan apa hari ni?" soal johan. Kucupan singgah dipipi husna. Husna tidak menjawab tetapi hanya ketawa sahaja apabila misai johan mengenai pipinya itu. Terasa geli barangkali.

"hmm..pancake!"

"pancake?ok.."

"buat sedap-sedap ye papa.."

"baik tuan puteri..."

Husna tersenyum riang melihat johan bertungkus lumus mengerjakan dapur. Debu-debu tepung berterbangan diudara. Lagaknya seperti chef terkenal. Habis segala gaya dipertunjukkan. Padahal pancake je kot! Haha...

"tadaaaa! Pancake coklat siap..!!"

beberapa keping pancake tersusun rapi diatas pinggan kaca. Husna terasa kagum dengan hasil dari papanya itu. Dia bertepuk tangan tanda menyukai pancake yang dibuat khas untuknya.

................

"petang ni kita pegi taman permainan boleh tak papa?" soal husna.

Tangannya ligat bermain kiub-kiub lego.

"petang ni? Hmm tengoklah macammana..kalo tak hujan kita pegi.." ujar johan.

Matanya masih tertumpu pada laptopnya. Kerja pejabat harus disiapkan. Nasib baik hari ini dia cuti kalau tidak memang tidak sempatlah dia untuk menyiapkan kerja-kerjanya itu. Bekerja sebagai arkitek memang membuatkannya begitu sibuk sekali.

"yeay!!" husna bersorak keriangan.

.................................

"husna jangan main jauh-jauh tau..papa tunggu kat sini.." ujar johan.

Begitu berat hatinya melihat husna bermain seorang diri. Namun sebagai seorang ayah dia perlu membiarkannya berdikari sendiri. Tetapi matanya sentiasa memantau pergerakan anaknya itu. Zaman sekarang orang-orang yang berada disekeliling pun bukan boleh dipercayai sangat.

Hari sudah hampir masuk waktu senja. Husna berlari-lari anak mendapatkan johan yang setia menunggu disatu sudut diatas bangku. Namun johan tidak menyedari terdapat sepasang mata sedang mengawasi pergerakannya dari tadi. Lelaki itu mengorak senyuman dibibirnya. Senyuman yang menyembunyikan seribu makna. Melihat kereta yang dipandu oleh johan keluar dari parkir,lelaki itu terus mengekorinya dari jauh.

Jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Johan yang sedang menonton tv diganggu oleh bunyi loceng rumah.

"sape pulak datang malam-malam ni?" ngomelnya sendirian.

Terasa berat untuknya membuka pintu. Sudah sedap-sedap 'landing' diatas sofa empuknya memang malas untuknya bangun. Dia berjalan lemah menuju kearah pintu utama. Sebelum pintu dibuka dia perlu memastikan dahulu siapa dengan melihat lubang kecil pada pintu itu. Setelah berpuas hati barulah pintu itu dibuka.

''assalamualaikum..hehe sori jo..kacau ko malam-malam buta ni.. '' ujar seorang lelaki yang berdiri dimuka pintu tersengih-sengih.

''ha..waalaikumsalam..epahal ko datang rumah aku malam-malam buta ni ? esok xleh jumpa kat pejabat ke, mohamad edy iskandar bin sulaiman ?'' sengaja johan memanggilnya dengan nama penuh. Terdapat sindiran dalam kata-katanya itu.

''alah ko ni..aku pergi pasaraya tu tadi..alang-alang balik lalu depan rumah ko,aku singgahlah sekejap nak bertanya khabar..hehe'' ujar edy tersengih-sengih macam kerang busuk.

''yelah..dah masuk !'' arah johan.

Pintu ditutup selepas edy mengambil tempatnya diatas sofa.

''hai husna..tak nak salam uncle edy ke ?''ujar edy apabila melihat husna leka bermain dengan teddy bearnya.

''blueek ! '' husna menjelirkan lidahnya.

'.....mayat kelima-lima kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan yang menyayat hati. Semua anggota tubuh badan dikerat menjadi beberapa bahagian. Dipercayai organ-organ penting diambil oleh penjenayah untuk diseludup ke negara jiran...'

Butiran-butiran yang disampaikan oleh pemberita itu mengejutkan edy. Air yang diminumnya tersedak keluar.

"apesal di?" soal johan.

"tak..takde pape..kesian pulak budak-budak tu kena bunuh..memang tak berperikemanusianlah manusia zaman sekarang ni.." keluh edy.

Cawan air diletak kembali diatas dulang. Edy bangun dari duduknya. Matanya sempat melihat kearah husna yang sudah lama tidur diatas sofa.

"oklah jo..aku balik dululah..jumpa esok kat pejabat..anyway,thanks for the tea" ujarnya terus menuju kearah pintu. Johan membontoti edy dari belakang.

"memang betul kata edy..manusia sekarang memang tidak berperikemanusiaan.." bisiknya sendirian. Matanya dikalih kearah husna yang sudah lama dibuai mimpi. Tv ditutup. Segala pintu yang ada diperiksa samaada sudah dikunci atau belum. Johan segera mengangkat husna dan membawanya masuk kedalam bilik. Setelah semuanya selesai,johan turun ke tingkat bawah semula untuk menutup lampu. Sebelum itu sempat juga dia ke dapur untuk membasahkan tekaknya.

************************************************************************

hola guys..ini adalah stori yang kedua bergenre action dari aku..harap-harap menjadilah

idea bertubi-tubi masuk kedalam kepala otak aku sekarang ni..rugi kalo dibiarkan begitu sahaja jadi aku bubuh lah dalam watpad ni untuk tatapan umum..haha

adios amigos....

THE MAN FROM NOWHEREWhere stories live. Discover now