Part 16

40 5 0
                                    

Jeritan husna kembali kedengaran. Lelaki-lelaki yang berada pada tingkat dua itu hanya ketawa mendengarnya. Melihat situasi itu, hati johan kembali panas. Membuak-buak didadanya. Pistol ditangannya terus diacu kearah mereka. Johan maju kedepan dan melepaskan berdas-das tembakan senyap kearah mereka. Satu persatu rebah dan mati. Puas hatinya. "berani kamu ketawakan anak aku hah?" Johan menyepak kepala salah seorang dari mereka itu untuk melepaskan geram.

"Pap! Pap! Pap! Pap!" satu tepukan kedengaran dari satu pintu. Johan segera mengalihkan pandangannya kesitu. Kemudian kelibat seorang lelaki berkot hitam dan bertopi koboi keluar dari situ bersama-sama dengan pengikut-pengikutnya yang bersenjata api. Dino pula sedang memegang husna. ''husna !'' johan cuba melangkah kehadapan. "papa...!" husna menangis teresak-esak. Namun langkah johan terhenti apabila dino meletakkan pistol pada kepala husna. "no..no..no..dont do that.." Benjamin memberi isyarat tangan.

"binatang! lepaskan anak aku!" tengking johan. "hehehe..owh! ini anak kau ye..?" Benjamin berjalan kearah husna. Kemudian dia menarik rambutnya kearah belakang. tindakan itu membuatkan kepala husna terdongak kebelakang. "binatang sial!!" marah johan. Pistol ditangannya diacu kearah benjamin. "a..a..a..no no no..kalau aku,aku tak buat macam tu.." benjamin meletakkan pistolnya kedalam mulut husna. "put your gun down! Now!" arah Benjamin. Dia menarik kuat rambut husna membuatkan johan terpaksa akur.

Kedua-dua pistolnya dilepaskan ke lantai. Pengikut Benjamin segera mengambilnya. kemudian beberapa orang lagi segera memegang kuat johan. Johan tidak berupaya melawan kerana kedua-dua tangannya sudah dikunci. Dia diheret masuk kedalam sebuah bilik. Bajunya ditanggalkan. Kedua-dua tangannya dirantai pada dinding. Kemudian satu persatu tumbukan singgah ke muka dan badannya. Darah pekat mula mengalir dari bucu bibirnya.

Sejam kemudian. Johan diheret keluar dari bilik itu dengan tidak sedarkan diri. kepalanya disarungkan dengan kain hitam. Badannya penuh dengan luka-luka dan darah merah jelas kelihatan. Mujur tubuhnya agak tegap kalau tidak tulang-temulangnya turut sama patah. Johan dimasukkan kedalam sebuah kereta. Sebuah lorong yang dipenuhi dengan lalang dimasukki. Setelah tiba ditempat yang dituju,johan terus dilempar keatas tanah. Kain hitam dikepalanya dicabut. Johan yang sudah sudah sedar dari pengsanya melihat sekelilingnya. Gelap dan hanya cahaya dari lampu kereta saja menerangi kawasan itu. Dia tersentak melihat sebuah lubang besar dihadapannya.

Lubang yang dalam dan luas itu persis liang lahad. Jantung johan berdegup kencang. Benjamin berjalan kearahnya kemudian duduk bercangkung mengadapnya. Kepala johan ditarik kebelakang. "inilah padahnya kalu berani jolok sarang tebuan...kau Nampak tak lubang tu? Tu tempat tidur kau malam ni.." ujar Benjamin sambil jarinya menunding kearah lubang berkenaan. Kepala johan ditolak kedepan dengan kuat.

Tanpa berlengah johan terus diheret dan dihumbang kedalam lubang itu. Dengan tangannya yang bergari sukar baginya untuk keluar dari lubang yang dalam itu. Johan panik saat tanah mula dibuang kedalamnya. Bunyi jengkaut membuatkan jantung johan gugur kebumi. Tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Tidak tahu apa nasib dia selepas ini. Tidak tahu apa yang akan terjadi kepada husna. Adakah husna akan mati? Dan adakah dia juga akan menimpa nasib yang sama? Kita tunggu dan lihat saja...

************************************************************************************

~~ Nah!!! 3 parts skali aku bagi..hahaha...thanks sebab support cerita ni...oleh sebab itu aku bagi 5 ha kat korang semua! terimo kasih jugak kepada yang baru follow aku and tak lupa jugak kepada yang dah lama follow tu..anda semua owesome!! jangan lupa vote okes!! nananananannang ganu kita!! eh..

THE MAN FROM NOWHEREWhere stories live. Discover now