Part 14

41 3 0
                                    

Jaket kulit yang tergantung pada dinding dicapai. Wallet dan kunci keretanya dimasukkan kedalam poket seluar. Kedua-dua pistol kesayanganya diselit pada bahagian belakang. manakala beberapa pucuk pistol yang diambil dari geng black orkid tempoh hari dimasukkan kedalam sebuah beg. Johan mengambil tong minyak petrol lalu menyimbah pada mayat kido yang ditempatkan bersama dengan longgokkan sampah dan barang-barang terbuang. Dia mengambil sebatang rokok lalu dinyalakan. Asap berkepul-kepul dihembuskannya. Kemudian rokok itu dilemparkan pada mayat kido. Api terus menyambar dan membakar seluruh kawasan itu dengan marak sekali.

Api yang membakar rumah itu terus menyinari kawasan hutan berkenaan. Johan melangkah kearah keretanya. Pintu kereta dibuka. Johan melangkah masuk kedalamnya. Dia menekan pedal minyak serapat rapatnya. Seretan tayar pada tanah jelas kedengaran. Debu-debu mula berterbangan keserata tempat. Malam itu dia ada misi yang harus diselesaikan.

Johan sampai ke tempat yang dituju namun dia hanya memantau dari jauh. Enjin dan Lampu kereta dimatikan. Dia tidak boleh bertindak terburu-buru. Pelan harus dibuat terlebih dahulu. Macammana nak masuk ke dalam kalau ramai 'askar' yang jaga? Fikirnya. Jadi dia harus melakukan sesuatu supaya 'askar-askar' tersebut hilang dari pandangannya.

Suasana di kawasan banglo itu agak sunyi sekali. Hutan disekelilingnya memberikan johan sedikit kelebihan. Dia menyorok disebalik pokok yang terdapat di seberang banglo itu. Pakaian hitam yang dikenakan menyukarkan mereka untuk melihat kelibatnya. Dua orang lelaki bersenjatakan m-16 kelihatan mundar mandir di depan pintu pagar. Langsung tidak menyedari akan kehadirannya. Tingkah laku mereka hanya diperhatikan dengan penuh minat. Johan mengorak senyuman dibibirnya saat melihat salah seorang lelaki itu berlari menuju kearah hutan dihadapannya yang tidak jauh dari tempat dia berdiri.

Sedang lelaki itu seronok melepaskan hajatnya, johan bergerak perlahan-lahan dibelakangnya. Pisau kecil dikeluarkan dari poketnya. Tanpa berlengah mulut lelaki itu ditekup dan pisau itu terus mengelar lehernya. Menggelupur lelaki itu jatuh ketanah. Terangkat-angkat badannya menahan sakaratul maut. Beberapa saat kemudian lelaki itu senyap dan tidak bergerak.

"one down..more to go!" bisik johan. Mata pisau disapu dengan daun yang ambilnya pada dahan pokok. Dia kemudian kembali ketempat dia menyorok tadi untuk menanti mangsa keduanya. Telahan johan tepat kerana rakan lelaki itu berjalan menuju kearah hutan dihadapannya itu. Johan tahu lelaki itu sedang mencari rakannya yang telah mati dibunuhnya. Lelaki itu memanggil-manggil namun tiada sahutan diterima. Dia terus masuk kedalam hutan. Dia terkejut melihat mayat rakannya berlumuran darah terbaring diatas tanah. Belum sempat dia menjerit. Sebiji peluru singgah dikepalanya. Dia rebah dan mati serta merta.

"two down.." bisiknya. Asap pada hujung pistolnya dihembus kuat. Johan berlari kearah pintu pagar yang sudah bebas dari pengawal. Dari celahan pintu pagar johan meninjau-ninjau keadaan dibahagian perkarangan banglo pula. "satu..dua..tiga..empat..lima..enam..okay enam orang!" kemudian dia mendongak ke balkoni tingkat dua dan tingkat tiga. Terdapat enam lelaki kesemuanya. Jadi jumlahnya dua belas orang. Tapi bagaimana nak bunuh dua belas orang dengan sekali gus?fikirnya.

************************************************************************************

THE MAN FROM NOWHEREWhere stories live. Discover now