Part 2

90 12 2
                                    

"rumahnya saya dah tengok bos! Kawasan rumahnya pun saya dah perati memang takde security..mudah kerja kita bos!" ujar lelaki berkacamata hitam itu. Gayanya begitu segak dengan memakai kot hitam. "bagus..tapi belum tiba masanya lagi untuk kita teruskan rancangan kita tu.." balas benjamin dengan lorat cina. Benjamin merupakan ketua bagi kumpulan kongsi gelap yang digelar sebagai Black Orkid (Orkid Hitam). Kumpulan itu sudah lama bertapak dimalaysia dan sering melakukan kerja-kerja haram. Namun segala aktiviti-aktiviti mereka langsung tidak dapat dihidu oleh pihak berkuasa.

Benjamin mengangkat tangannya supaya lelaki itu keluar dari biliknya dengan segera. Kotak rokok didalam poket bajunya diambil. Sebatang rokok dikeluarkan dan dilekatkan pada mulutnya. Dengan segera bodyguardnya menghalakan pemetik api kearah rokok itu. Asap berkepul-kepul dihembuskannya. "kamu berdua boleh keluar.." arah Benjamin kepada kedua-dua bodyguardnya. Mereka berdua menundukkan kepala dan terus keluar seperti diarahkan. Benjamin beruntung mempunyai dua orang bodyguard yang cukup handal. Baik dari segi menggunakan senjata api mahupun dalam seni mempertahankan diri. Mereka berdua perlu dilayan dengan baik. Jika dia melakukan kesilapan terhadap mereka,silap haribulan dia pula yang akan dibunuh oleh bodyguardnya sendiri.

.................

"ololololooo..janganla nangis..meh abg suapkan.." kata lelaki berkepala botak itu. Sudu yang menggandungi nasik itu terus dilemparkan keatas muka seorang budak lelaki. "hahahahaha!!! Padan muka kau!" kepala budak itu ditonyoh-tonyoh kuat. Budak itu terus jatuh tersungkur keatas tanah. Semakin kuat raungannya. Beberapa orang budak lain yang berada disitu hanya membatukan diri. Tidak ada sesiapa pun yang berani untuk melawan. Mereka semua hanya menangis ketakutan.

"woi! Botak! Apa kau buat tu?"

''bawak budak tu ke makmal sekarang !'' arah miki. Botak mengeluh perlahan. Kunci sangkar itu dibuka. Dia terus menarik budak lelaki tadi dan mengheretnya keluar. Meronta-ronta budak itu minta untuk dilepaskan. Botak tidak tahan dengan tangisan budak itu. Dia menekup mulut budak itu dengan kain yang mengandungi cloroform. Beberapa saat kemudian tangisan budak itu sudah tidak kedengaran lagi. Tangannya terkulai jatuh. Matanya tertutup rapat hanya mulutnya sahaja yang terbuka sedikit.

''dah pengsan ? bagus..senang kerja aku..put him here !'' arah seorang lelaki berkaca mata.. Mulutnya ditutup dengan topeng bedah. Baju bedah dicapai pada penyangkut baju. Baju dan seluar budak itu ditanggalkan segera. Kemudian keempat-empat keratnya pula diikat ketat. Sarung tangan getah dipakainya. Pisau bedah yang berada ditangannya terus diletakkan diatas dada budak malang itu. (tak sampai hati penulis nak tulis part ni..huhu).

************************************************************************

(sedutan episode akan datang..)

~~Plastik hitam yang dipikul botak terus dicampakkedalam tong sampah. "what the..!! cilake! Habis kotor baju aku!" marah botak. Tongsampah itu disepak-sepaknya kuat. "sebab kau baju aku kotor! Budak cilake!!"maki botak.     

THE MAN FROM NOWHEREWhere stories live. Discover now