Part 4

72 13 0
                                    

"papa..!" laung husna apabila melihat johan sedang menunggunya dihadapan tadika. Dia berlari-lari anak mendapatkan papanya. "kenapa papa lambat?" husna memuncungkan mulutnya tanda protes. "ala..sori la sayang..papa ade kerje tadi..hmm jom kita pegi makan,nak?" pujuk johan. Makan merupakan perkara yang sangat disukai oleh anaknya itu.Husna menyorak senyuman tanda setuju. Perasaan marahnya terus hilang sama sekali. Johan turut sama tersenyum. Cukup mudah untuk dia memujuk anak gadisnya itu.

Sampai disatu kedai makan Johan segera mengambil tempat duduk yang berada diluar. Makanan dan minuman dipesan. Dia tidak perasan terdapat seorang lelaki sedang mengawasi pergerakannya dari tadi. Lelaki itu memakai topi dan dilekatkan janggut palsu didagunya. Proses penyamarannya sedikit sebanyak membantunya daripada dikesan johan akan identitinya yang sebenar. Dia duduk seorang diri dibelakangnya. Segala percakapan johan dengan husna didengari satu persatu. Lelaki itu mengeluarkan telefon samsung galaxy note 5 miliknya dan terus mengambil gambar mereka berdua secara senyap-senyap. Takut tindakannya itu diketahui oleh johan. Selepas berpuas hati dengan gambar yang diambil,dia terus beredar dari situ.

....................

Malam itu,dua buah kereta perdana v6 hitam sedang berlegar-legar dikawasan perumahan itu. kedua-dua kereta itu akhirnya berhenti dibawah pokok. Lampu kereta dipadamkan tetapi enjinnya dibiarkan hidup. "ini ke rumah dia? Bila nak masuk ni?" soal jidin. kido mengangguk. "kita tunggu dia tido dulu.." balasnya. Beberapa minit kemudian lampu rumah dipadamkan. Pintu kereta dibuka. Jidin mengarahkan rakan-rakannya bertindak seperti yang diarahkan. Topeng muka dipakai. Mereka terus memanjat pagar yang berkunci itu. perlahan-lahan mereka merapati pintu utama rumah. Salah seorang daripada mereka mengambil dua batang besi kecil dan memasukkan kedalam lubang kunci. Beberapa saat kemudian pintu utama itu berjaya dibuka.

Jidin,kido dan beberapa orang lagi berjalan masuk kedalam rumah itu dengan senyap2. Kido segera mendaki tangga untuk kebilik atas. Pintu bilik husna tidak berkunci. Mudah baginya untuk masuk kedalam. Mereka yang lain hanya menunggunya dibawah. Namun,dia sedikit cuai apabila kakinya terpijak gitar mainan yang berada diatas lantai. Gitar itu mengeluarkan lagu kanak-kanak. Terperanjat kido. Segera dia mengambilnya dan menekan butang off pada gitar tersebut. Lantas lagu yang dimainkan itu terdiam. "fuh..nasib baik sempat.." keluhnya didalam hati. Peluh sudah membasahi tubuhnya ketika itu.

Johan terjaga dari tidurnya apabila terdengar lagu dari gitar mainan anaknya itu. Dia turun dari katilnya dan berjalan menuju kearah pintu. Tombol pintu bilknya dipulas. Kepalanya dihulur keluar untuk melihat keadaan diluar biliknya. Namun tidak ada sesiapa pun diluar biliknya itu. Johan menutup kembali pintu dan merebahkan badannya keatas katil. Baru saja matanya dipejam johan terkejut mendengar husna menjerit dari biliknya. Kemudian jeritan itu senyap serta merta. Ada sesuatu yang tidak kena,fikirnya. Dia terus berlari kearah pintu biliknya. Sebaik sahaja pintu biliknya dibuka,johan tersentak apabila melihat seorang lelaki sedang mengendong husna diatas bahunya. Tangan dan kakinya diikat. Mulutnya dilekatkan dengan 'sallotape'.

Johan sedar husna sedang diculik. Dia terus menerkam lelaki bertopeng dihadapannya itu. Husna yang berada didalam tangan kido terlepas dan terjatuh keatas lantai. Mendengar bunyi bising ditingkat atas,jidin dan rakan-rakannya segera mendaki tangga menuju kearah johan dan kido yang sedang bergelut. Johan mencekik leher kido yang sedang terbaring. Beberapa das tumbukan dilepaskannya. Topeng yang dipakai oleh kido diragut kuat. Wajah disebalik topeng itu akhirnya terdedah. Raut wajah johan tiba-tiba berubah. Begitu juga dengan kido. Kedua-duanya terkejut. Kedua-dua tangan johan menggeletar apabila melihat orang dihadapannya itu.

"kau..!!?" jeritnya. Kido hanya berdiam diri. Kido bangkit dari baringannya dan menumbuk muka johan yang terpinga-pinga itu. Husna yang terbaring menangis ketakutan. Johan jatuh di atas lantai. Kido menyepak-nyepak pula perutnya. Terasa sakit sekali. hatinya juga sakit melihat rakannya sendiri tergamak menikamnya dari belakang. johan menggagahkan dirinya untuk bangun. Dia menolak kido kebelakang. Kido hilang keseimbangan dan jatuh tergolek. Johan merangkak merapati husna yang masih lagi terbaring. Tiba-tiba...

"Baaannnggg!!!"

*************************************************************************************

(sedutan episode akan datang..)

"aku mesti keluar dari sini!" bisiknya. Dia turun dari katilnya dan berjalan terhuyung hayangkearah pintu bilik. Pintu dibuka. Kiri dan kanan dipandang. Dia perasanterdapat sebuah kerusi kosong ditepi pintu biliknya itu. Dia segera menujukearah pintu keluar yang berada pada penghujung koridor.

THE MAN FROM NOWHEREWhere stories live. Discover now