Part 11

51 5 0
                                    

Johan berdiri mengadap kido yang masih lagi tidak sedarkan diri. Pipi kiri kido ditampar. Beberapa saat kemudian matanya dibuka perlahan-lahan. "oh! Dah bangun..selamat pagi.." sindir johan. "kat mana aku?!" johan mengorak senyuman sinis. "kat mana? Ko sekarang berada didalam neraka!" rambut kido ditarik kebelakang. "argghh!! Apa lagi ko nak..? Tolonglah lepaskan aku.." rayu kido. "apa? Lepaskan ko? Hahaha..selagi aku tak dapat anak aku jangan ko harap aku lepaskan ko! Faham?!" johan berpaling dan meninggalkan kido. "hutan simpan dara..." tiba-tiba satu ayat keluar dari mulut kido.

Langkah johan terhenti. Matanya terbeliak. Terus dia berpaling kearah kido. Raut wajahnya berubah. Terkejut dan gembira dengan apa yang disampaikan oleh kido itu. Johan berlari kearahnya. ''apa ko cakap ?'' soal johan untuk mendapatkan kepastian. Kedua-dua tangannya memegang bahu kido. ''hutan..hutan simpan dara..dalam tu ada sebuah bangunan kayu..anak ko ada kat dalam tu..'' jawab kido. Dia terpaksa berterus terang. Dia sudah tidak mampu lagi untuk menangung azab yang pedih itu.

"hutan simpan dara?"

....................

''baik bos ! ok bos...'' talian telefon dimatikan. ''kamu semua ! bawak budak-budak ni semua ke rumah bos ! sekarang juga !'' arah miki kepada pengikut-pengikut Black Orchid. Kesemua kanak-kanak itu pun dimasukkan kedalam van. Mata-mata mereka semua ditutup dengan kain. Van putih yang kesemua cermin tingkap berwarna hitam itu segera beredar dari situ. Hanya tinggal beberapa orang sahaja dibangunan kayu itu. Termasuk miki dan juga Benji.

Van itu dipandu dengan laju. Kesemua kenderaan dihadapannya dipotong. Sampai disatu simpang,van itu hampir-hampir melanggar sebuah kereta toyota camry berwarna putih yang keluar dari simpang itu dengan membuta tuli. Pemandu van itu menekan pedal 'brek'nya serapat yang boleh. "woi!! Ko ingat jalan ni bapak ko yang punya ke?! Keluar simpang tak bagi signal!" marah pemandu van. Dia sempat menjerling kearah pemandu kereta itu. Pemandu kereta itu hanya berlagak seperti biasa. Tengok pada gaya pemanduannya dia kelihatan terburu-buru seperti mengejar akan sesuatu.

Beberapa minit kemudian kereta toyota camry putih itu kelihatan masuk kedalam sebuah hutan. Disekelilingnya hanya dipenuhi dengan pokok-pokok besar yang kelihatan sangat subur. Dia mengambil jalan tanah berbatu dan terus menuju kedalamnya. Beberapa minit kemudian,kelihatan sebuah bangunan kayu yang besar seperti gudang berada beberapa meter dihadapannya. Beberapa buah kereta perdana v6 hitam siap sedia diparkir dihadapan gudang itu. Dia segera memakirkan keretanya dibawah pokok berdekatan. Pistol-pistol yang berada dibawah seat diambil. 'silencer' diletak pada hujung pistolnya. Beberapa kelongsong peluru dimasukkan kedalam poket seluarnya.

Johan terus berlari menghampiri gudang tersebut. Kiri kanan dipandang. "line clear!" bisiknya didalam hati. Tanpa teragak-agak dia terus masuk kedalamnya. Tersentak johan melihat banyak kotak-kotak besar disusun disetiap sudut. Kotak-kotak itu diikat ketat dengan tali. Apa yang diisi dalam kotak tu pun dia sendiri tidak tahu. Sekarang bukan masanya untuk membongkar isikandungannya. Dia ada misi yang lebih penting dari itu. Perlahan-lahan dia berjalan. Langkahnya terhenti apabila dia mendengar beberapa orang lelaki sedang berbual dan bersorak tidak jauh dari tempatnya berdiri. Johan mengintai pada lubang yang terdapat disitu. Kelihatan empat lelaki sedang bermain kad sambil meneguk arak. Sekejap bersorak sekejap ketawa.

"kamu semua! Cepat bawak bekas-bekas ni semua masuk kedalam kereta!" arah Benji.Bekas-bekas kedap udara yang banyak itu disusun diatas beberapa buah troli. Dan di'seal' dengan plastik lutsinar. "bekas apa tu?" soal johan sendirian. Berkerut dahinya. Miki yang berada disebelah benji segera menolak troli-troli itu kearah rakan-rakannya yang lain itu. Melihat miki dan benji masuk kedalam sebuah bilik,johan segera bertindak keluar dari tempat persembunyiannya. Kedua-dua pistolnya dikeluarkan dan diacu kearah keempat-empat lelaki tadi. Berdas-das tembakan dilepaskannya. Keempat-empat lelaki itu mati dibunuh johan tanpa disedari oleh miki dan benji.

**************************************************************************

(sedutan episode akan datang...)

Oppss!! sori guys....part ni xde episode akan datang..hehe


THE MAN FROM NOWHEREWhere stories live. Discover now