Part 13

49 4 0
                                    

Bekas-bekas kedap udara yang dibiarkan tadi itu diletakkan pada satu sudut. Kemudian mayat-mayat mereka pula disusun rapat dan diselimut dengan plastik. Johan mengeluh saat melihat mayat benji. "kenapa la aku bodoh sangat..kenapa aku tak tanya dulu kat mana dia letak anak aku tadi.. Hmm"keluhnya. Sekarang dia sudah mati akal dan tak tahu kemana arah tujunya selepas ini.

Johan tidak perasan yang edy yang baru sampai di gudang itu mengintainya disebalik pintu utama. Dia terkejut melihat rakan-rakannya mati dibunuh ketika johan menyelimuti mereka dengan plastik itu. Edy segera mengambil langkah seribu.Cepat-cepat dia menghidupkan keretanya dan berlalu pergi. Keretanya hampir-hampir terlanggar pokok namun sempat juga dia mengelak.

"johan! Aku dah agak! Ni mesti kerja kau!"

Jarinya laju menaip sesuatu pada telefon bimbitnya. Kemudian telefon itu diletakkan pada telinganya.

"hello bos! We have a big problem! "
........................

Edy sampai ketempat yang dituju. Rumah banglo putih 3 tingkat yang berdiri megah itu dipandangnya. Pintu pagar terbuka saat keretanya menghampirinya. Kelibat beberapa orang pengawal yang bersenjata mundar mandir diperkarangan banglo itu. Selepas keretanya diparkir, dia terus keluar dan berlari menuju kedalamnya.

"betul ke apa yang kau katakan ni, edy"soal benjamin. Edy mengangguk. "cis johan! How dare you!" dinding cermin dipukul untuk melepaskan geram. "siapa dia tu? Dan kenapa dia bertindak memecah masuk gudang dan membunuh orang-orang kita? Edy? "benjamin menoleh kearah edy. Bulat matanya menahan marah. "err.. Sebab.. Kita dah culik anak dia.. B-bos.. " edy tergagap-gagap. "siapa?! " benjamin menumbuk meja. "budak baru tu bos.. Husna nama dia.. " edy menunduk. "bawak dia kemari sekarang! "arah benjamin. "bos.. Nak buat apa dengan dia? "soal edy. "itu kau tak perlu tahu! " edy terdiam. Segera dia keluar dari bilik itu. "johan.. You just play with a fire rightnow! " bisik benjamin sendirian.

"bos! Ni dia.." ujar edy. Tangan husna dilepaskan. Husna berpaling kiri dan kanan. Tak tahu dimana dia berada sekarang. Hanya pandangan gelap yang dapat dilihatnya. Benjamin memberi isyarat kepada edy supaya beredar. Edy memandang kearah husna. Sebelum dia meninggalkan tempat itu sempat juga dia menyentuh kepala husna. Benjamin berjalan menghampiri husna dan terus menarik kain hitam yang menutup kepalanya. Husna mengecilkan sedikit matanya. Cahaya lampu yang menerangi bilik itu menyilaukan anak matanya. Matanya sedikit lebam kerana sudah terlalu lama dia menangis. "wah! Comelnya.." puji benjamin. Jarinya bermain-main dipipi husna. Husna tidak bersuara dan mengelak dari disentuh lelaki itu.. Kakinya berundur sedikit kebelakang. Namun dia tersentak apabila badannya melanggar seseorang yang sedang berdiri dibelakangnya.

Rex hanya mengorak senyuman sinis kepada husna saat dia melanggar kakinya. "mari sayang..mari kat pakcik..jangan takut.." ujar Benjamin. Dia mengeluarkan sebuku roti dan dihulurkan kepada husna. Husna teragak-agak untuk mengambilnya. "jangan takut..ambik lah.." arah Benjamin. Husna yang terlalu lapar terus mengambil roti itu. Dengan rakusnya dia menghabiskan roti tersebut. Benjamin menghulur pula sebotol air mineral kepadanya. Dan diteguknya dengan laju. "bagus..macam tu la.."

.........................

Johan mengambil telefonnya yang berada didalam jaket kulitnya. Dia melihat mesej yang baru diterimanya itu. Mesej dari nombor yang tiada dalam memori telefonnya membuatkan johan terpinga-pinga. Raup wajahnya sedikit berubah saat dia membacanya. Terdapat sedikit perasaan lega dihatinya. Walaupun tidak tahu siapakah gerangan orang yang menghantar pesanan ringkas itu.

'jalan bukit merah, banglo putih 3 tingkat..anak kau ada kat sana sekarang..'

"jalan bukit merah..aku kenal tempat tu..kalo tak silap ada sebijik je banglo kat situ.." bisiknya sendirian. Pandangannya dikalih kepada lelaki yang terbaring diatas meja. Mayat itu sudah pun ditutupi dengan kain. Sayu saja apabila dia melihat mayat lelaki itu. Memang tak patut dia diperlakukan dengan sedemikian rupa tetapi demi nyawa anaknya dia sanggup melakukan apa saja. "hmm..anggap sajalah ko mati sebab berbakti kepada Negara..kido!" ujar johan. "esok giliran bos kau plak.." kata johan sambil menepuk-nepuk mayat kido.

.....................

"tolong..!! jangan..!! huhu sakit!!" jerit husna. Getah paip yang dihayungkan oleh dino tepat mengenai kaki kecilnya. Darah meleleh jatuh dari luka itu. "sudah! cukup! Sambung esok pulak..Kalau dia tak mau cakap juga kat mana johan..kau bunuh saja dia!" ujar Benjamin. Dino mengangguk. Tersentak husna mendengarnya. Dino meninggalkan husna keseorangan didalam bilik tahanan itu. Dia menangis teresak-esak menahan kesakitan. Luka pada kedua-dua kakinya disapu perlahan-lahan. Airmatanya tidak henti-henti mengalir. "papa..tolong una..una dah tak larat..huhu" 

**********************************************************************************

THE MAN FROM NOWHEREWhere stories live. Discover now