Part 12

53 3 0
                                    

"jadi 'benda' ni lah yang kido cakapkan tu..jahanam! ko bukan manusia tapi syaitan!!" marah johan. "husna!! Ya Allah!" johan tiba-tiba teringat akan anaknya.  Barangkali 'benda-benda' yang berada didalam bekas-bekas itu mungkin milik anaknya. Terketar-ketar tangannya. Jantungnya berdegup laju. Kedua-dua kakinya terasa lemah untuk berdiri. "tidak! Husna masih hidup! Aku yakin!" johan menggagahkan dirinya untuk berdiri. Memang betul dia harus yakin dan berfikir positif sekarang. Tidak boleh membiarkan emosinya terganggu. Dia segera beredar dari situ dan membiarkan bekas kedap udara itu terbuka.

"hahaha...betul lah aku cakap..eh! kenapa ni?! " telefon yang dipegangnya terjatuh saat dia melihat keempat-empat rakannya terbaring berlumuran darah diatas lantai itu. "Miki!!" laung benji kuat. "apa?!!" soal miki dari belakang. terkejut dia melihat apa yang terpampang didepan matanya itu. pistol yang diselit dibelakangnya dicabut spontan. pistol itu dipegang kemas dengan kedua-dua tangannya. Melihat miki bertindak demikian,benji juga segera mengeluarkan pistolnya.

"siapa kau?!! Keluar cepat kalo kau anak jantan!!" laung miki. Suaranya bergema didalam gudang tersebut. Namun tiada sesiapa pun yang  menyahut panggilannya.  suasana kemudiannya menjadi hening sehening heningnya.

"arggghhh!!!"miki meraung dengan tiba-tiba. Pistol yang dipegangnya terjatuh dari genggaman. Darah pekat mula meleleh dari tangannya. "cilake kau!!" makinya. Berkerut-kerut dahinya menahan sakit. Dia bertindak  mengutip semula pistolnya diatas lantai tetapi tidak sempat kerana sebutir lagi peluru singgah tepat dikepalanya. Darah tersembur keluar. Miki jatuh tertiarap keatas lantai dan langsung tidak bergerak. Terkejut benji menyaksikan kejadian itu. pistol yang dipengangnya terketar-ketar. Peluh jantannya sudah mula membasahi tubuhnya.

Pistolnya dihalakan sekejap kekiri dan sekejap ke kanan. Mencari cari dari arah mana tembakan itu dilepaskan. Benji melepaskan beberapa das tembakan rambang dan mengenai kotak-kotak besar yang disusun rapi itu. Johan hanya melihat saja apa yang dilakukan oleh benji itu dari tempat persembunyiannya.

Johan berlari kearah benji dan terus menerpa kearahnya. Benji tersembang kebelakang selepas dilanggar johan. Kemudian tumbukan demi tumbukan dilepaskan kemuka benji. lembek benji dikerjakannya. Puas hatinya. Perasaan marah yang membuak-buak dari tadi dapat juga dilepaskan. "cakap! Sape punya kerja tu? " jarinya menunding kearah bekas-bekas kedap udara. Benji menelan liur. Kalau johan tahu orang yang membedah dan memotong tubuh kanak-kanak itu adalah dirinya sendiri, memang kubur lah tempatnya bersemadi nanti. "Bu-bukan a-aku yang buat! "tipu benji. Harap-harap lelaki didepannya itu percaya, bisiknya.

"ada aku tanya ko ke yang buat tadi? Takkan? " raup wajah benji berubah pucat. Penipuannya tidak berjaya. Habislah!. "jadi.. Semua ni ko punya kerjalah?! Tergamak ko?! Budak-budak tak berdosa ko buat macamni? " airmata johan meleleh jatuh. Sedih. Manusia bertindak kejam kerana duit. "a-aku terpaksa! Tolong.. Jangan bunuh aku.. " rayu benji. "tidak.. Orang macam ko tak layak hidup! ". Belum sempat benji bersuara satu das tembakan dilepaskan kearah kepalanya. Tembakan jarak dekat itu menyebabkan kepalanya pecah. Cebisan otak terkeluar dari tempurung kepalanya. Fuh! Sungguh ngeri!

***********************************************************************************

(Next time on The Man From Nowhere..)

    "tolong..!! jangan..!! huhu sakit!! papa..tolong una..una dah tak larat..huhu" 

THE MAN FROM NOWHEREWhere stories live. Discover now