BAB 6

1K 8 0
                                    

  Tok tok!

  "Assalamualaikum doktor". Ucap Datin Seri Nilla bersama senyuman yang begitu manis untuk doktor yang akan merawatnya.

  "Waalaikumusalam Datin. Jemput duduk ye datin." Jawab Qaisara apabila melihat pesakitnya itu masuk dan lalu menjemputnya untuk duduk di kerusi sebelahnya yang telah tersedia untuk pesakit bagi memudahkan urusan doktor mengesan bahagian yang sakit.

  "Bagaimana keadaan datin hari ni? Masih lagi terasa sakit yang kuat? Berdenyut denyut?"

  Kebelakangan ini Dati Seri Nilla sering diserang migrain yang teruk. Rasa berdenyut denyut yang kuat dan kadang kadang hilang selera makan.

  "Selepas doktor bagi ubat painkiller tu alhamdulillah tahan sekejap beberapa hari tapi tak lama tu saya start muntah bila saya makan ubat tu." Terang Datin Sri Nilla.

  Semakin tua ni semakin banyak pula penyakit yang nak datang. Itu la orang cakap makan ikut time, jangan ponteng waktu makan, selalu bersenam tapi taknak buat sibuk dengan pelancaran keluaran terbaharu untuk butiknya.

  "Em ok. Nanti saya akan bagi beberapa vitamin kepada datin. Datin jangan skip makan eh lepas makan terus makan vitamin tu. Function vitamin yang saya akan bagi pada datin ni akan meningkatkan selera makan datin."

  Terang Qaisara sambil memanggil nurse yang bertugas untuk membantunya.

  "Baiklah doktor. Kalau takde apa apa lagi saya balik dulu ye. Assalamualaikum."

  Qaisara segera berdiri dan bersalam dengan Datin Seri Nilla.

  "Nanti kalau datin rasa sakit lagi, datin cepat cepat ye datang ke hospital. Waalaikumusalam."

  Pesanan Qaisara dibalas dengan senyuman daripada Datin Seri Nilla.

🍃🍃🍃

  Seminggu sudah berlalu, hari ini keluarga Qaisara akan sampai ke rumah sewanya. Qaisara sudah memaklumkan kepada sahabatnya bahawa keluarganya dari kampung akan menetap di rumah mereka buat beberapa hari.

  Tok! Tok! Tok!

"Sekejap sekejap" ucap Qaisara dalam keadaannya yang baru lepas memasak untuk keluarga dia yang bakal datang, tiba tiba  pula ada orang yang datang.

  "Eh mak! Apa khabar? Ayah pulak? Rindunya sara kat mak dengan ayah!!" Buka sahaja pintu Qaisara lihat keluarganya yang ada di depan rumah mereka.

  "Mak sihat je ayah kamu pun sihat. Ni kamu tak mahu bagi mak masuk ke?" Soalan pn Aini membuat Qaisara sedar bahawa dia belum menjemput keluarganya masuk ke rumah.

  "Eh mak ayah hehehehe lupa pulak. Jemput masuk mak ayah." Tersengih sengih Qaisara menjemput mereka masuk. Buat malu je tak jemput mak ayah masuk rumah aih anak jenis apa kau ni Qaisara?

  "Kak Ngah taknak tanya achik sihat ke? Ke dah tak nampak achik kat sini?" Soalan yang baru ditanya oleh Firash, adik bongsu Qaisara.

  "Laa.. manada kak ngah lupakan achik. Achik kan adik kesayangan kak ngah. Kak ngah tak tanya achik sihat ke tak sebab kak ngah tahu adik kak ngah sorang ni kuat exercise. Penyakit pun takut nak serang achik tau!"  Ujar Qaisara. Dia sememangnya lupa untuk tanyakan khabar adiknya. Nak buat macam mana? Kita rindu mak bapa sampai lupa yang lain.

  Sebenarnya, Qaisara mempunyai seorang abang dan seorang adik. Tetapi abangnya itu bukan abang kandung. Dia merupakan saudara susuan dan anak arwah kakak pn Aini. Kakak pn Aini meninggal sebaik sahaja melahirkan Hanif iaitu abangnya. Ayah Hanif pula melarikan diri sewaktu kakak pn Aini mengandungkan Hanif 6 bulan.

Dia Si Pemilik Hati Where stories live. Discover now