BAB 11

997 6 2
                                    

Pin!!

'Aduh mamat ni tak boleh sabar ke orang nak kunci pintu ni dulu. Kang rumah aku kena rompak bukan dia nak tanggung pun huh!' Gumam Qaisara perlahan takut 'mamat' tu dengar pulak ha alamatnya dia kena tinggal la.

  "Lain kali tolong cepat sikit. Tengok jam pukul berapa ni? Why all women always late huh? Stress!"

  Apa ni? Baru naik kereta dah membebel. Kalau dah gerak tak tahu la panjang mana lagi nak membebel. Qaisara pandang ke arah belakang untuk melihat siapa di belakang, ternyata dia adalah adik Zarul.

  Syukur ada orang lain dalam kereta ni takdelah dia bosan dengar lelaki tu membebel.

"Hi Kak Sara!" Sapa Tengku Zaril sebaik sahaja abangnya habis membebel. Apa la lelaki membebel tak sesuai betul jatuhjan standard je.
 
Sapaan Tengku Zaril dibalas Qaisara dengan senyuman yang manis.

  Qaisara meberanikan diri untuk memandang Tengku Zarul dan ternyata Tengku Zarul juga sedang memandangnya. Tiba tiba sahaja Tengku Zarul bergerak kehadapan Qaisara sehingga Qaisara merasakan Tengku Zarul amat rapat dengannya sehingga dia dapat menghidu bauan perfume yang dipakai oleh lelaki tersebut.

  Baru sahaja Qaisara ingin menolak Tengku Zarul, dia sudah merasakan ada sesuatu yang telah mengikat dirinya iaitu 'seat belt'.

  "Macam mana nak bergerak kalau tak pakai seat belt? Dah tak sayang nyawa ke kalau apa apa terjadi? I bukan nak cakap I ni bad driver tapi kita still kena ingat nyawa tu boleh melayang je."

  Setelah mendengar kata kata Tengku Zarul, Qaisara terus menyandar ke kerusinya dan memandang ke arah tingkap. Mukanya terasa panas dan tentunya mukanya amat merah ketika ini.

  'Ya Allah, Qaisara apa yang kau tengah fikir ni!! Dia just nak pakaikan seat belt untuk kau je. Stay positive Qaisara!' Gumam Qaisara di dalam hatinya.

  Pemanduan Tengku Zarul bermula dan hanya mengambil beberapa jam sahaja untuk sampai ke destinasi. Qaisara tak jadi untuk tidur ke dalam kereta lagi lagi bersebelahan dengan Tengku Zarul setelah apa yang terjadi ketika dia baru masuk dalam kenderaan tersebut.

  "Ahhhh!! Finally sampai jugak. Dah semua bangun angkat barang. Jangan nak suruh aku pulak angkat aku dah penat drive" Ucap Tengku Zarul sambil membuka pintu keretanya dan melakukan sedikit reganggan.

  'Hek eleh macam pak cik tua. Baru berapa jam je' gumam Qaisara di dalam hati takut kang ada yang keluar api atas kepala.

Dia Si Pemilik Hati Where stories live. Discover now