BAB 9

859 5 0
                                    

  Hari berlalu pergi dengan aman sekali. Tiada gangguan dari makhluk durjana. Sedar tak sedar dah 3 bulan Qaisara berkerja di hospital. Kadang kala tidak sempat nak tido kerana banyak kecemasan yang berlaku. Mentang mentangla sekarang musim kemalangan ha dengan dia dia sekali terjebak.

  Tak lama lagi cuti sekolah. Qaisara teringin pulang ke kampung. Lagipun emaknya memang sudah memaksa Qaisara pulang ke kampung. Katanya ada perkara yang ingin dibincang. Surat meminta kebenaran ingin cuti sudah lama dia hantar ke jabatan ketua, takut kalau lambat melepas pula!

  Selepas mengisi perut di kafeteria bersama Iris, Qaisara bergegas ke biliknya kerana tidak lama lagi dia ada pemeriksaan bersama pesakitnya. Lagi beberapa langkah jarak Qaisara ke biliknya, ada kelibat yang berdiri depan pintu biliknya.

  "Eh doktor Kamal! Buat apa kat sini? Tak pergi lunch ke?" Tanya Qaisara sebaik sahaja dia mengenalpasti insan yang berada di hadapan biliknya.

  Doktor Kamal yang dari tadi terjongket jongket ingin melihat siapa dalam pejabat Qaisara terkejut. Nasib baik sahaja dia tidak ada penyakit sakit jantung, kalau tidak sudah pasti aja dia pengsan!

  "Astaghfirullah! Saya ingat siapa la jerkah saya tadi! Baru saya nak hayunkan penumbuk sulung saya ni. Takdelah doktor sebenarnya saya nak bagi bungkusan ni untuk doktor. Dalam ni ade bekal. Saya harap doktor suka hehehe. Homamade tau ni ha bukan senang sekarang nak makan makanan homemade." Kata kata dr. Kamal disambut dengan sengihan Qaisara.

  "Baiklah dr. Kamal. Terima kasih banyak banyak sebab sudi bagi saya. Nanti lain masa saya pulak bagi dekat doktor ye. Okaylah doktor saya ada patient tengah tunggu tu. Saya masuk dulu dan sekali lagi thank you for the food!" Balas Qaisara setelah dia melihat jam sudah menghampiri jam 3 petang. Sudahlah dia belum bersedia lagi dengan barangan dan file file yang nak digunakan.

                                        


Dia Si Pemilik Hati Where stories live. Discover now