BAB 2

4.6K 18 5
                                    

  Qaisara memulakan perjalanan pulang ke rumahnya di Putrajaya. Setelah hampir seminggu berada di kampung, Qaisara terpaksa pulang kerana dia perlu masuk kerja pada lusa hari.

  Sijil perubatan yang baru diperolehnya tahun lepas menunjukkan bahawa dia sudah menjadi seorang doktor. Qaisara memohon untuk bertugas di Hospital Putrajaya beberapa bulan lepas dan lusa merupakan hari pertamanya di hospital tersebut.

  Qaisara meletakkan kereta myvinya di garaj kereta rumah teresnya bersama rakan serumah. " Nampaknya dorang ni tak balik lagi kot hmm... Nasib aku bawa kunci kalau tak alamatnya mereput tunggu dalam kereta." Katanya sambil mengeluarkan kunci rumah yang berada dalam beg tangannya.

  Buka sahaja pintu, Qaisara dikejutkan dengan kek dan belon-belon yang bergantungan di dinding. "Suprise! Taniah Sara sebab kau dah dapat kerja juga sekarang takde dah nak menganggur HAHAHAHAA" Ucap Riana dan Lina. Riana dan Lina merupakan teman rapat Qaisara sejak mereka berkenalan di universiti lagi. Riana mengambil bidang akautan manakala Lina mengambil bidang arkitek.

  Meskipun mereka berlainan bidang tetapi mereka tidak akan sesekali melupakan satu sama lain. " Laa korang ni susah susah je buat semua ni. Thank you so much sebab sanggup raikan aku. Sayang korang!" Mereka duduk di atas sofa berbentuk L yang sudah ada ketika mereka berpindah masuk ke dalam rumah ini. "Sara lepas ni kau boleh la belanja kiteorang pula sebab gaji kau kan besar hehehe" Lina yang cuba membuat gurauan selepas Sara memotong kek di atas meja. " Bukan gaji kau lagi besar ke dari aku? Haahahaha takpe nanti aku belanja korang okay jangan risau"

Selepas mengemas meja kopi yang mereka gunakan sebentar tadi, Qaisara keluar semula untuk mengambil beg pakaiannya. Tadi bukak pintu tak ingat pula nak ambil sekarang baru ingat heh. Beg diambil dan dia terus masuk ke dalam bilik untuk membasahkan badan yang memang sudah meleket leket la mana tak nya perjalanan daripada Port Dickson ke Putrajaya sudah mengambil masa sebanyak 3 jam (?). Setelah mandi dan solat Asar, Sara pergi ke ruang tamu untuk bersama sahabatnya.

  "Esok cuti jom kita pergi pusing pusing nak tak? Dah lama aku tak pergi shopping weh" ujar Riana setelah Sara duduk di sofa. "Boleh jugak kan dah lama kita tak keluar sama sama. Semua esok free kan jom la jom la" Lina cuba memujuk agar Qaisara agar dia juga dapat keluar bersama. "okay esok kita pergi jalan jalan yee" pipi Lina ku cubit manja. "Kalau macam tu kita pergi lepas solat Zohor amacam?" "Yes maam" jawab Qaisara dan Lina serentak lalu mereka gelak bersama setelah menyedari bahawa mereka menyebutnya dengan serentak.

🍃🍃🍃

  Esok nya seperti yang telah dirancang mereka menuju ke Paradigm Mall. Mereka menaiki kereta Qaisara kerana kerata Riana dihantar ke bengkel beberapa hari lepas manakala Lina di dalam proses untuk membeli kereta. Setelah sampai ke destinasi mereka menuju ke Secret Recipe untuk makan tengah hari. Setelah masing masing sudah kenyang, mereka terus bergerak ke Popular untuk membeli beberapa barangan yang diperlukan. Qaisara membeli beberapa pen, highlight(?) dan buku buku rujukan perubatan yang boleh digunakan semasa dia berkerja nanti.

  Setelah membayar, Lina pergi membeli tiket wayang manakala Qaisara dan Riana pergi membeli bertih jagung dan air. Qaisara yang sedang memegang air pepsi di kedua dua belah tangannya telah dilanggar oleh seorang gadis. Apa lagi habis tumpah air pepsi ke badan gadis tersebut. "Hoi! Kau dah takde mata ke nak langgar orang hah?! Kau tak nampak sekarang dress cantik aku ni dah basah sebab kebodohan kau tu!" Tengking gadis tersebut. "Excuse me. Cik yang langgar saya bukannya saya yang langgar cik. Cik tak nampak ke habis pakaian saya juga basah? Sekarang ni senang cik nak tuduh saya tak pakai mata walhal cik yang sebenarnya tak pakai mat..." Pang! Sebiji(?) penampar hinggap di pipi gebu Qaisara. Habis semua orang yang berada di kawasan tersebut memandang mereka entah tahu cerita atau tidak. "Sayang why you nak tampar dia hmm? Sikit je ni nanti I belikan you baju baru ye? Ramai orang ada kat sini pandang kita nanti jatuh reputasi I." Ucap Tengku Zarul dengan lembut agar buah hatinya, Diane dapat bertenang. "Tapi babe, dress ni baru je you beli" dengan suara gedik Diane siapa je yang tak cair? "Dengar sini perempuan, kalau aku jumpa lagi kau siap kau aku kerjakan." Diane dan Tengku Zarul keluar dari panggung  wayang setelah mengherdik(?) Qaisara. "Sara kau tak apa apa?" Tanya Lina setelah dua makhluk Tuhan tu jauh dari mereka. "Aku tak apa apa. Jom kita balik, aku dah hilang mood." Kata Qaisara perlahan. Dia melihat di  sekeliling dan orang sekeliling masih lagi memerhatikan mereka(?).

Hai semuaaa!!!!! Harini saya dah update bab 2 dah semestinya korang dah tahu ape nama hero cite ni kan? Kat media tu adalah Tengku Zarul okay seperti sebelum ni jga, korg berhak untuk memilih seseiapa selain Taylor untuk di imaginasi kan sebagai Zarul okeh? Thank you sebab baca and don't forget untuk tekan butang vote and pls cmmnt wht you guys feel about this story. If korg ade pendapat sndiri pun sila cmmnt ye nanti saya baca. Jangan lupa untuk follow saya juga ye sayang2 ku sekalian. Byebye.

Sekian
Ainun.

Dia Si Pemilik Hati Where stories live. Discover now