BAB 1

4.7K 22 1
                                    

  "Qaisaraa!!!!" Jerit Puan Aini yang lebih dikenali sebagai mak Qaisara. 'Aduh siapa la bising sangat pagi ni nak tidur pun susah' kata hati Qaisara. Mana tak nya hari cuti pun kena bangun awal haih siapa la yang tak suka.

   "Qaisara! Kalau kamu tak bangun lagi mak akan simbah muka kamu." Aku pun terus bangun tanpa melihat mukaku jikalau ada air liur basi atau tahi mata. "Ya mak Sara dah bangun, jangan simbah Sara dengan air sejuk!!!!!" Teriakku sambil bergegas  menuju ke dapur.

  "Kamu ni kan anak dara jenis apa bangun pukul 11 pagi ni?" "Ala mak ni tak sporting la.. Sara bukan saja saja nak bangun lewat mak tapi Sara penat lah" sampukku sebelum mak melanjutkan bebelannya kang bernanah pula telinga.

   Aku berjalan menuju ke rak pinggan untuk mengambil pinggan lalu ke meja makan. Aku mencedok nasi goreng buatan mak tercinta kedalam pinggan sambil menyuapkan beberapa kuih yang telah disediakan.

   "Eh kamu ni mak belum habis cakap kamu dah menyampuk." Haa itu dia Puan Aini sudah menujukkan kemahirannya yang satu iaitu membebel.

  "Kamu ni bila mahu berkahwin? Anak Pak Cik Abu tu yang sebaya dengan kamu dah beranak pinak sedangkan kamu pula? Sibuk memanjang..." "Ala mak ni Sara baru 25 tahun. Awal lagi nak berkahwin. Bagilah Sara kumpul duit dulu beli rumah beli kereta biar ekonomi kukuh dulu." Balasku sambil menghabiskan cebisan terakhir lalu minum Air Milo.

  " Dah tu apa gunanya laki kamu tu nanti kalau kamu dah buat tugas dia?" Puan Aini kini sedang memasak udang lemak cili padi memandangku dengan begitu tajam sekali. "Mak, jodoh takkan kemana, jangan risau nanti Sara kahwin la" jawabku dengan selamba. Kalau ada jodoh tak kemana juga kan.

  " Mak bukan apa.. mak nak juga tengok cucu mak dari kamu.." Aduh, ini lah sebab kenapa aku tak suka dengar mak membebel ye lah kesudahan mesti membuatkan aku sebak.

"In sha Allah mak sempat tengok cucu mak nanti".

🍃🍃🍃

Hai semuaaaa!!! "Kata nak update lps pt3 ni apa" maaflah saya kekeringan idea nak menulis. So happy reading gais♡

Dia Si Pemilik Hati Where stories live. Discover now