Akhirnya! Setelah berbulan bekerja di hospital baru itu Qaisara dapat pulang ke kampung. Itu pun hanya 3 hari sahaja. Mahu saja dia mahu memarahi ketuanya kerana memberikan cuti untuknya singkat.
Tapi tak apalah asalkan dia dapat berjumpa dengan keluarganya. Qaisara amat merindukan keluarganya apa tah lagi emaknya yang berbuih air liur memaksa Qaisara pulang ke kampung kali ini kerana ada sepupu mereka yang ingin berkahwin.
Tapi rasa keseronokan ingin pulang ke kampung tidak lama. 2 jam sebelum pulang ke kampung dia di khabarkan oleh emaknya bahawa di harus pulang ke kampung bersama Zarul.
O.M.A.I.G.A.D
TENGKU ZARUL AKA PEROSAK KEAMANAN tu yang harus Qaisara pulang bersama. Sudah beberapa kali dia cakap kepada emaknya yang dia tidak mahu balik bersama mamat tu tapi ugutan emaknya tetap win.
Masih terbayang di minda tentang perbualan Qaisara bersama emaknya.
"Assalamualikum Qaisara.. mak ni.."
"Waalaikumusalam mak.. ye kenapa mak Sara dah nak gerak kejap lagi ni"
"Mak nak bagitahu Sara ni yang anak kawan tu pun balik kampung jugak so mak ni risau dengan keadaan Sara nak balik sini sorang sorang mak pun mintak la tolong dekat kawan mama tu supaya anak dia tupangkan kamu pulang sekali sejuk hati mak sikitt..."
"Anak kawan mak yang mana satu ni?"
"Ala yang kita pergi rumah dia tu haritu kamu lupa ke? Dia tu pun dulu asalnya kampung sini juga pastu berhijrah ke kolumpo (kuala lumpur) sana itu kata kena cari rezeki lebih."
"Haaa?! Dengan mamat poy eh tak Tengku Zarul tu ke mak? Eh taknak la Saraaa!!! Baik balik sendiri je mak jangan risau in sha Allah tak jadi apa pun."
"Sara jangan buat mak macam ni sayang. Mak dah duruh anak kawan mak tu sejak kemarin lagi tau. Jangan la buat malu mak ye? Tu dia otw ke alamat rumah sewa kamu dah tu. Kamu jangan buat benda yang tak senonoh ye. Dah mak nak letak phone ni dulu. Assalamualaikum."
Tut..tut.. tut..
Tak sempat Qaisara menjawab salam maknya terus diletaknya phone. Jawab dalam hati la maksud nya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia Si Pemilik Hati
RomansPertemuan secara tidak sengaja telah menyebabkan QAISARA LIYANA hidup dengan penuh gangguan dari SI DIA. Setiap kali pertembungan mereka akan selalu bertikam lidah tidak kira waktu dan tempat. Tapi kalau dah namanya jodoh tak kemana juga. Mereka dis...