BAB 12

889 4 0
                                    

  "Assalamualaikum! Mak oh mak! Sara dah sampai ni!! Bukak la pintu."

  Berkali kali ketuk tak bukak bukak pintu ni sah mak takde kat rumah. Aduh mana nak cari mak ni? Takkan gi rumah orang berkahwin tu kot.

  "Ada tak mak you tu?"

  "Takdelah. Saya rasa mak pergi tolong kat rumah pengantin tu"

  Klak!

"Ha sampai pun! Lama mak tunggu kamu semua ni! Masuk masuk. Jemput masuk ya Zarul rumah makcik ni kecik kecik je nak dibandingkan dengan rumah Zarul kat KL tu. Harap harap Zarul selesa ye nak."

"Eh mana ada makcik. Besar jugak rumah mak cik. Hehehe."

  "Kamu semua rehat dulu la ye. Mak dan ayah kamu Zarul keluar sekejap ke pekan katanya nak beli barang. Kejap lagi makcik hidangkan makan tenggahari ye. Sara tolong tunjukkan Zarul bilik tetamu yang sebelah tandas tu, mak dah tolong kemas dah tadi."

  "Okay mak." Lalu Qaisara menujukan arah ke bilik yang dikatakan oleh maknya.

  "Dah sampai. So ini bilik awak berdua. Kalau nak apa apa bagitahu in sha Allah saya atau mak akan tolong." Qaisara beralih arah ke maknya yang sedang memasak ikan patin tempoyak itu.

  "Mak! Rindunya kat mak ni. Siap masakan makanan kegemaran Sara lagi. Ni bertambah sayang la!" Kata Qaisara sambil memeluk maknya.

  "Terkejut mak ni tau! Kamu ni selalu sangat datang tiba tiba. Ha tu pergi siapkan meja letak pinggan lepastu tolong mak bancuh air sirap. Panas lit lit macam ni sedap minum air sirap."

  Qaisara mengambil pinggan dari rak pinggan dan diletakkan di atas meja  dan membancuh air sirap. "Mak, mana pergi ayah dengan Firash? Dari tadi Sara balik tak nampak batang hidung pun?"

  "Kamu rasa si Firash tu nak pergi mana lagi? Lepak dengan kawan dia la tu dekat pondok hujung kampung tu main gitar. Penat mak membebel dia suruh belajar tahun depan SPM tak mahu dia dengar" bebel mak Qaisara sambil menyiapkan beberapa juadah sebelum mereka semua pulang untum makan.

  "Ayah kamu tu pulak pergi rumah orang kawin nak tengok apa yang boleh dibantu" Qaisara hanya mengangguk dengan penjelasan yang diberikan oleh maknya.

  "Assalamualaikum! Kami dah balik ni" mendengar seseorang memberi salam cepat cepat Qaisara menyahut tudung yang terletak di kerusi. Mujur ada tudung atas kerusi tu tak perlulah dia naik ke bilik.

  "Waalaikumusalam. Ha mari la naik ni nak makan tenggahari dah!" Balas mak Qaisara setelah mengenal pasti empunya suara.

  "La penat awak je memasak saya dah beli sikit kuih muih tadi masa ke pekan ha Qaisara pun dah sampai?" Qaisara menyahut plastik yang diberikan oleh Datin Seri Nilla dan lalu mengangguk bagi memberikan jawapan kepada persoalan yang diberikan sebentar tadi.

 

 

Dia Si Pemilik Hati Where stories live. Discover now