BAB 13

1.6K 12 3
                                    


"Eh Zarul kenapa makan sikit je? Tak sedap ke makcik masak ni?" Tanya Pn Aini sebaik sahaja melihat Zarul baru selesai suapan terakhirnya.

"Tak la makcik saya nak diet je tu la sebab makan sikit je tu hehehe.. sedap makcik masak! Saya bagi 5 bintang!" Tersengeh Tengku Zarul sambil mengucup hujung kelima lima jari kanannya.

"Pandai kamu melawak ye Zarul hahaha.. dah letak je pinggan tu dekat dalam sinki nanti Qaisara basuhkan"

'Allahuakbar! Aku pulak kena cuci pinggan dia? Apa dia dah hilang kaki dengan tangan ke? Aduhai'

"Ha le.. letaklah.. nan..ti Sara baa.. suh" jawab Qaisara sambil menelan nasi yang terasa tawar di tekaknya.

"Eh takpe la mak cik saya basuh sendiri je taknak susah kan Sara mestu dia penat lagi tu tak puas rehat"

'Ha tahu pun nak cuci pinggan sendiri' jawab Qaisara dalam hati sambil menjongketkan keningnya.

"Okay la macam tu.." balas pn Aini lalu menyambung semula kegiatannya yang sebelum itu.

🍃🍃🍃


"Mak, siapa yang nak menikah esok ni? Sampai suruh Sara balik sekali?"

Tanya Qaisara pelik kerana setahu dia tiada pula sepupu dia yang nak kawin.

"Tu ha jiran hujung kampung kita tu.. dulu kan dia pengasuh kamu masa mak kerja dulu. Kamu tak ingat dah ke? Kamu dengan adik beradik Zarul semua diasuh oleh Mak Pinah tu."

Qaisara membuat mulut berbentuk bulat seperti ingin mengatakan 'o' tapi dari hati.

"Ha Qaisara dari kamu duk tengok tv je dari tadi baik pergi buat air panas sat lagi dorang balik dari masjid nak minum air panas. Goreng la cekodok ke apa.. mak nak sembang dengan kawan mak ni."

'Hai mak.. dah satu hari suntuk jumpa tak habis lagi ke cerita' luah dari hati je la mampu kalau keluar dari mulut alamatnya lebar la mulut dia nak pergi kenduri esok. Kan dah tak lawa!

🍃🍃🍃

Qaisara menuangkan air nescafe susu yang baru dibuatnya tadi ke dalam cawan setelah kesemua kaum lelaki yang pergi ke masjid pulang. Diletakkan juga dengan cekodok pisang. Diberikan setiap cawan di hadapan mereka semua.

Sedang rancak mendengar kisah memori lama yang terkeluar dari mulut mereka semua baru Qaisara sedar yang Tengku Zarul tiada di ruang tamu itu. Hanya Tengku Zikri yang sedang makan cekodok pisang disitu.

"Qaisara, pergi bawak satu cawan ni pastu sikit cekodok pisang ni keluar bagi dekat Zarul tu. Tadi dia kata nak duduk luar ha kamu pergi la bagi dekat dia."

Terkejut Qaisara tetiba ayahnya memanggil dia menyuruh dia bagi air kat Tengku Zarul. 'Ala taknak la nanti asyik kena marah je aduhai'

Dengan menatang dulang yang berisi satu piring cekodok pisang dan secawan nescafe susu, Qaisara berjalan dengan berhati hati ke beranda rumah.

Kelihatan Tengku Zarul sedang membelek belek handphonenya.

"Err jemput minum. Mak saya suruh saya bawakan ni untuk awak." Diletakkan juga air nescafe susu itu dan piring di hadapan Tengku Zarul.

"Okay terima kasih." Ucap Tengku Zarul sambil menghirup sedikit air tersebut. Lalu menyambung membelek belek handphonenya.

Keadaan sungguh sunyi dengan kedengaran cengkerik berbunyi. Melihat Qaisara seperti hamoir mati kebosanan, Tengku Zarul cuba memancing Qaisara untuk berbual dengannya.

"Dah berapa lama kerja dekat hospital?"

"Baru je dalam 3 bulan lebih la" Tengku Zarul mengangguk mendengar jawapan Qaisara.

"Kenapa tak masuk lagi? Banyak nyamuk kat luar ni."

"Err saya tunggu awak habis minum baru saya masuk sambil nak kemas semua ni"

"Kalau macam tu, tolong tambahkan air ni boleh tak? Sedap pulak makcik buat air ni sampai menambah nambah saya minum hehe"

"Hehe terima kasih"

"For what?"

"Nothing hehe"

Malu nak cakap yang dia yang buat air tu hehehe. Dengan cepat dia mengambil dan mengisi semula air nescafe susu itu.

Dia Si Pemilik Hati Where stories live. Discover now