"Batu bata, disatukan dengan simen..."
Amrullah mendongak. Langit cerah. Sinar mentari tidak begitu terik mahupun menghangatkan. Angin pula bertiup sepoi-sepoi bahasa. Indah.
Pandangannya kembali dihalakan pada si naqib yang sedang berbicara. Dah lama tak berhalaqah seperti hari itu.
"Kepingan papan dan kayu disatukan dengan paku.."
Wajah sahabat yang duduk di sebelahnya pula dipandang. Fokus benar terhadap butir bicara si naqib.
"Hati manusia pula, disatukan dengan...."
"Iman,".
Terpacul keluar perkataan itu daripada mulut Amrullah, sekali gus memotong kata-kata si naqib. Pandangan ahli usrah yang lain memusat ke arahnya. Maklumlah, dia bukan tergolong dalam usrah itu sebenarnya. Hanya menumpang.
Rileks, Am... Tenang. Tidak tersipu-sipu, khuatir nanti hilang macho. Dia hanya senyum membalas pandangan si naqib dan ahli usrah yang lain.
"Benar kata Amrullah. Hati manusia disatukan dengan iman. Kalau kita rasa terlalu payah untuk kita bersatu hati dengan saudara kita, cuba spot check balik iman kita," si naqib memandang satu persatu wajah adik-adik usrah. "Di mana kita letak Allah dalam hati kita? Jikalau Allah kita letakkan di tempat yang paling tinggi dalam hati kita, insya Allah, kita tiada masalah dalam berukhuwah,".
Ukhuwah.
"Ukhuwah.. the coolest thing I ever had.." Imran berkata. Senyum menghiasi wajah.
Suara itu bergema di fikiran.Suara Imran.
Senyum automatik terukir.
Imran. Rindunya pada kau.
"Allah telah berfirman dalam Quran, surah Al-Anfal, ayat 63," Si naqib membaca ta'awuz. Adik-adik usrah yang lain sibuk menyelak Love Letter Ilahi di tangan masing-masing, mencari ayat yang dimaksudkan. Lalu si naqib mengalunkan ayat tersebut. Gaya bacaannya seperti Imam Mishary Rasyid Alafasy.
Qari kegemaran Rif'at.
"Fatih, bacakan maksudnya,".
Fatih yang duduk di sebelahnya itu berdehem, menumpukan pandangan pada bahagian terjemahan Al-Qurannya. " dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana,".
Sahabat di sisi itu dipandang. Fatih...
"Bro, kita cakap nak jumpa di syurga macam confirm je kita masuk syurga,"
Imran memecah sepi pada suatu pagi.Amrullah ketawa kecil. "Ni mesti teringat Angel Pakai Gucci punya motto blog, kan?"
Imran mengangguk.
"Naa...sebab tu kita kena top up amalan selalu, sama-sama usaha untuk masuk syurga bersama," Rif'at berkata.
"Berukhuwah, kadang-kadang bagi motivasi untuk kita lakukan sesuatu yang dapat membawa kita ke syurga. Supaya kita dapat bertemu..."
Imran mengangguk lagi.
"Sebab tu, kita kena saling mendoakan. Doakan supaya sahabat kita dapat masuk syurga dengan kita," Amrullah berkata.
"Doa kan senjata mukmin.."
Ya Allah, aku rindu Rif'at.
"Hoi, berangan," . Serta merta kepala ditoleh.
Fatih menepuk pehanya. "Dah lah pandang aku macam apa je... Kau yang bawa aku pergi usrah ni, kau pula berangan,".
Amrullah sengih. "Yelah, aku menumpang je. Aku cuma nak pastikan kau okay dengan benda-benda tarbiyah macam ni,".
Fatih membalas dengan melontarkan sengihan. Sekali sekala dia memberi tumpuan pada naqibnya. "Aku tahulah jaga diri. Aku okey. Entah kenapa, terasa terbiasa pula dengan usrah. Macam pernah lalui..".
Memang pernah, Fatih...
Kata hati dibiar terpendam. Amrullah mengangguk. "Dah lah... fokus,".
Kata-kata si naqib kembali diberi sepenuh tumpuan. "Lihat, bagaimana Allah dah jelaskan dalam kitabNya, bahawa hanya Allah yang berkuasa menyatukan hati orang-orang beriman. Betapa pentingnya iman..."
Iman.
"Orang beriman yang berukhuwah atas landas keimanan, tiada perpisahan yang selama-lamanya antara dirinya dan saudaranya. Sebab syurga Allah dah sediakan sebagai tempat pertemuan yang abadi," Rif'at berjalan di antara Imran dan Amrullah.
Imran. Rif'at. Rindu.
"Kau ni apa pulak senyum seorang-seorang?" Teguran sahabat itu tidak memudarkan senyumannya.
Amrullah hanya menggeleng. "Teringat sahabat-sahabat aku, Fatih. Hati-hati yang bertaut keranaNya, boleh buat aku tersenyum sendiri tanpa sedar,".
Fatih mengangguk. "Mana dia orang?"
Huuhh...Nafas dihela. "Ada dalam ni,"
Tangan kanan dibawa ke dada.
"..dalam hati,".
Eyh? Fatih mengangkat sebelah kening.
"..dan dalam ni," Jari telunjuk menuding ke arah kepalanya. "...dalam ingatan,".
"Kenapa?"
Amrullah senyum. "Aku ada kisah dengan dia orang, Fatih. Sekarang jadi kenangan,".
Fatih berkerut. "Sampai kau boleh senyum seorang-seorang?"
"Penangan ukhuwah, bro..." Amrullah membetulkan duduknya. "Dah tiada di sisi pun, tetap rasa bahagia mengenangkan semua tu,".
Imran Fatih turut tersenyum, tapi diri sendiri tidak mengerti makna senyum itu. Seakan-akan bahagia yang dirasakan Amrullah turut meresap dalam jiwanya.
"Osemnya ukhuwah...".
^_^
YOU ARE READING
Vehaen : Satu Cerita
General FictionSINOPSIS VEHAEN : SATU CERITA Vehaen : Satu Cerita mengisahkan tentang tiga orang sahabat yang mengharungi segala rintangan terhadap persahabatan mereka sepanjang menuntut di Vehaen University, yakni Rif'at, Imran, dan Amrullah. Masing-masing ada...