Pagi Isnin.
Hari ke sekolah sudah kembali, selepas dua hari yang boleh dikatakan masa untuk insan bergelar pelajar sekolah berehat seketika. Bagi Imran, ada aura baru yang membuatnya terlebih semangat untuk ke sekolah hari ini. Hehehe…tunggu hari last sekolah laa baru aku semangat macam ni ; Itu bicaranya dulu.
“Im!”
Dia mencari arah punca panggilan suara itu. Bukan suara ayahnya yang sering berteriak memanggilnya supaya bergegas menaiki kereta supaya tidak lambat untuk dihantar ke sekolah. Bukan juga suara abangnya yang sering membebel kerana tidak basuh pinggan selepas sarapan. Jauh sekali suara adik-adiknya yang berteriak kemarahan kerana disepak jauh-jauh olehnya kasut sekolah mereka.
Hari itu, dia bersiap awal. Bagaikan hari-hari sebelumnya dia tidak pernah lewat.“Im!”
Suara itu memanggil lagi. Kali ini, dia dapat mengesan dari mana datangnya suara tersebut.
“Rif!” Imran membalas lambaian Rif’at. Dia berlari-lari anak mendekati Rif’at.
“Semangatnya kau hari ini,” Rif’at menegur.
Imran tersengih. “Biasalah… keyboard Casio aku memanggil-manggil,”
Rif’at ketawa. Perlahan dia menumbuk dada Imran. “Ingat, ikhlaskan niat. Belajar kerana Allah, bukan kerana keyboard semata-mata,”.
“Yelah..”
Rif’at meneliti Imran dari hujung rambut sehingga hujung kaki. “Setiap hari kau pergi sekolah macam ini ke?”
Imran mengangguk. “Yelah. Kenapa?”
“Selekeh, kau tahu tak,” Rif’at mengomel. Dia menarik Imran merapatinya. “Sinilah,”.
“Eee…apa ni…” Imran seperti biasa, tidak suka dirinya disentuh. Sensitifnya terhadap sentuhan mengalahkan perempuan.
Rif’at tidak mengendahkan Imran. “Pelajar muslim yang osem, mesti kemas penampilannya,”.
Dia membetulkan kedudukan tali leher dan mengemaskan kolar kemeja Imran.
“Dah macam arwah mak aku, dulu,” Imran mengujar perlahan. Rif’at hanya tersenyum, ligat tangannya membetulkan posisi pemakaian tali leher Imran.
“Tapi, kawan-kawan aku di sekolah, tiada yang pernah tegur cara pemakaian aku pun,” Imran mengomel lagi. “Kau je yang lebih-lebih…”
“Abang kau? Ayah kau?”
Imran menepuk dahi. “Alaa…tu tak kira lah. Tu bukan kategori kawan..”
“Aku kan sekarang kawan kau, sahabat kau. Kau ingat aku suka tengok kau selekeh macam ini?” Rif’at membalas. “Macam..um…macam tulah,”. Tak tahu mahu disamakan dengan apa. Samseng jalanan? Macam kejam bunyinya. Penyangak? Teruk sangat. Jawapannya; umm..macam tu lah.
“Tapi kan…” Imran tersengih nakal. “Siapa nak jadi sahabat kau?”
Rif’at ketawa kecil lantas menolak Imran. “Pergi sekolah la,”.
Imran melambai menjauhi Rif’at. “Terima kasih, Rif”.
“Tunggu,” Rif’at mengeluarkan sesuatu dari begnya. “Nah,”.
Buku Sinergi dihulur. Imran meneliti dan membelek buku tersebut.
“Tapi… mana boleh bawa novel pergi sekolah,” Imran mengamati novel tersebut. “Itu first. Secondly, kau ingat aku baca benda-benda macam ni? Come on laa, macam perempuan,”.
Rif’at ketawa kecil. “Firstly, aku ingat kau tak tahu langsung peraturan sekolah. Secondly, memang kau macam perempuan. Sensitif,”.
Imran sengih, namun penumbuk tetap diacah.
YOU ARE READING
Vehaen : Satu Cerita
General FictionSINOPSIS VEHAEN : SATU CERITA Vehaen : Satu Cerita mengisahkan tentang tiga orang sahabat yang mengharungi segala rintangan terhadap persahabatan mereka sepanjang menuntut di Vehaen University, yakni Rif'at, Imran, dan Amrullah. Masing-masing ada...