Bab 2

236 11 0
                                    

Rif'at mengekalkan senyumannya meskipun Imran masih lagi dengan muka toyanya, seperti kali pertama dia menghulurkan senyuman pada malam itu.

"Aku Rif'at," tangannya dihulur.

Pergi main jauh-jauh laa..Imran memandang sepi huluran tangan tersebut. "Kau nak apa?"

"Aku nak duduk di sini, boleh?" Dengan sopan, Rif'at bertanya.

Imran mengalih pandangan matanya. "Ada tulisan 'dilarang duduk' eh kat situ?"

Rif'at ketawa kecil, langsung tidak terasa dengan ayat kasar yang terkeluar dari bibir Imran. Lantas dia melabuhkan punggungnya di buaian yang kosong itu. Imran menyambut kasar buku di tangan Rif'at itu.

"Ini mesti kes malas belajar, kan?"

Imran mengangkat muka, memandang Rif'at dengan wajah tidak senang. E'eh, kau.. Suka hati akulah...

"Okay, aku faham. Kau tak suka," Dengan suara yang bersahaja, Rif'at mengalih pandangan.

Sengih kecil menghiasi wajah Imran. Automatik. Bukan sengaja dia nak sengih. Sumpah. Tak dapat dinafi, dirinya sedikit terhibur dengan gaya selamba Rif'at. Hatinya senang, tak tahu mengapa. Okay, you lose. Kalah dengan apa?

"Tapi betul pun, lagi-lagi tahun ini PMR," Imran membalas. Cuba sekali sekala jadi sikit punya baik laa...

Rif'at mengangguk. "Betul. Tapi kita kena ingat, belajar bukan untuk periksa sahaja. Ilmu itu, untuk amalkan dalam kehidupan..."

"Kau...jangan buat ceramah free tengah-tengah taman ini," Imran melenting kecil sambil matanya menjeling tajam ke arah Rif'at. Sengih terus hilang. Itu juga automatik.

Ketawa kecil meledak lagi. "Ok...ok..aku tahu,". Rif'at sendiri sedia maklum bahawa Imran pastinya sudah lali mendengar peringatan sebegitu daripada ayahnya. Mana tidaknya, kadang-kala dia turut merasa tempias ceramah ayah Imran. Ceramah free itu diadakan tidak tentu masa, tapi lokasi biasanya adalah bilik Imran. Tak hairan jikalau dia berada di biliknya, ceramah Ustaz Azhar Idrus pun dia boleh tutup kejap untuk dengar ceramah Pak Cik Rosli.

"Tapi aku cakap betul apa..."

"Aku tak cakap salah," Imran memandang rumput.

Suasana hening seketika. Tiada yang bersuara.

"Oh, ya. Kau tak bagi tahu lagi nama kau siapa?" Rif'at mengingatkan.

Imran menatap Rif'at. "Kau dah tahu, kan?"

^_^

"Ish, tepilah," Imran menolak Afiq.

"Oi, mana pergi rukun negara kelima kau, hah? Kesopanan dan kesusilaan," Afiq memerli.

Imran mendengus, "Ingat panggil orang 'Oi' tu sopan sangatlah?".

"It's a thousand times better than tolak orang tak tentu pasal,". Afiq ketawa. Malas mahu melayan kerenah Imran yang semakin menjadi-jadi apabila diusik. Sendiri juga sedia maklum dengan sikap adiknya yang panas baran itu.

"Tadi, jiran sebelah tu tanya nama kau," Afiq berkata. Tangannya ligat membancuh teh' O panas.

Imran mengangkat kening. "Sibuk je..."

"Baik kau kawan dengan dia..." ujar Afiq.

"Kejap.." Imran laju memotong. Nafas ditarik dan dihela. Telinga digosok. Afiq hanya memerhati dengan riak wajah pelik.

Vehaen : Satu CeritaWhere stories live. Discover now