Senyum terukir melihat gambar dalam bingkai tersebut. Bingkai yang di dalamnya terdapat gambarnya, si suami, dan si anak terletak rapi di atas meja kecil sebelah katilnya. Entah bila dia meletakkan gambar tersebut dalam bingkai itu, dia sendiri tidak pasti. Abi agaknya...
Bingkai gambar itu dicapai. Jari-jemari menyentuh cermin bingkai tersebut. Rindu...
Tanpa sedar, titisan air mata mengalir perlahan-lahan di pipi. "Rifa'ie, tunggu ummi di hadapan pintu syurga..."
^_^
"Pulang sebelum maghrib, ya," pesan si ibu.
Anak muda berjiwa besar itu mengangguk tanpa mengeluarkan sepatah bicara. Kasut yang sudah robek disarung ke kaki. Batang lastik buatan sendiri digenggam rapi. Tangan si ibu dan dahi si adik yang masih bayi itu dikucup sebelum dia melangkah menyertai rakan-rakan lain.
"Assalamu'alaikum, ummi," Langkah anak yang berusia 8 tahun itu diatur sambil melambai ke arah si ibu yang sedang menggendong adiknya.
Dia menatap wajah ibunya. Sayu hatinya, bagaikan itu tatapan terakhir buatnya.
^_^
Dia merenung ke arah langit. Cerah langit pada petang itu. Mentari juga kelihatan ceria. Tiada apa yang berubah pada hari itu. Sama ada cuaca, mahupun suasana.
"BUM!"
Suasana akan tetap serupa seperti hari-hari sebelumnya, sehingga ada yang akan mengubah semua itu.
"BAM! BAM!"
Balingan batu oleh anak-anak Palestin dibalas dengan dentuman peluru.
" 'Abbas," Dia berteriak kecil apabila rakannya itu tumbang disisinya. Bahunya berlumuran darah. Segera dia mengheret rakannya ke sebuah tempat terlindung sebelum keluar menyertai rakan-rakan yang lain. Kereta kebal itu tetap sahaja bergerak ke hadapan. Anak-anak muda pula tidak berundur, langsung tidak menunjukkan sebarang rasa gentar terhadap zionis.
"Hati-hati," Seorang rakan berteriak. Anak kecil itu mengubah posisinya apabila melihat muncung kereta kebal berubah arah.
"BAM!"
Jantungnya berdegup kencang apabila dirasakannya peluru kereta kebal itu lalu betul-betul di hadapan wajahnya. Dia bertahmid.
"Rif'at!"
Dia menoleh.
"BUM!"
"Rif'at!!"
Gelap.
^_^
"Ummi, Rif'at mimpi lagi malam tadi," Rif'at menyapa ibunya yang sedang leka menyediakan sarapan. Mimpi yang sama kian berulang sejak kebelakangan ini.
"Lain kali, bagi salam dulu," tegur Dr. Amina.
Rif'at merapatkan kedua tapak tangannya sambil tersengih, "Hehe, Aasif jiddan, nasitu (maaf sangat-sangat, saya terlupa) . Assalamu'alaikum, ummi,".
Ucapan salamnya dibalas.
"Ummi..." tuturnya perlahan. Ibu mengangkat sebelah keningnya.
"Hari ini, 29 Disember, umur Rif'at genap 14 tahun," Rif'at menjeling sambil tersengih ke arah Dr.Amina.
Senyum terukir. " Rif nak umi wish selamat hari jadi ke?"
"Itu yang pertama. Ada lagi satu," Rif'at masih berteka-teki. Jelingan dihalakan ke arah barisan fail-fail yang berwarna hitam yang tersusun rapi di atas sebuah rak.
YOU ARE READING
Vehaen : Satu Cerita
General FictionSINOPSIS VEHAEN : SATU CERITA Vehaen : Satu Cerita mengisahkan tentang tiga orang sahabat yang mengharungi segala rintangan terhadap persahabatan mereka sepanjang menuntut di Vehaen University, yakni Rif'at, Imran, dan Amrullah. Masing-masing ada...