BAB 5

115 6 0
                                    

Hari keputusan PMR.

Aku harap aku dapat kongsi kegembiraan ini dengan kau, Rif. Hatinya menggumam perlahan saat matanya menatap slip keputusan PMR di tangannya. Tadi punya cuak tahap gaban masuk dewan. Tubuh sudah mula bermandi peluh apabila guru yang mengumumkan keputusan memulakan bicara, menyebut nama-nama mereka yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang. Oh, keyboardku....

9A.

Rif, kalau kau tak hadir dalam hidup aku, nescaya apa yang ada di tangan aku sekarang ini takkan dapat aku genggam. Nescaya senyuman gembira yang menghiasi wajah ayahku disebabkan kejayaanku tak akan dapat aku lihat. Biar ayat dalam hati skema, inilah natijah Bahasa Melayu dipraktik.

Senyum segaris terukir. Tanpa sedar, beberapa titisan air mata gugur membasahi slip keputusan di tangan.

Terima kasih, Rif.

Dari jauh, ada sepasang mata yang memerhati. Imran yang ego tinggi dan berhati keras mengalirkan air mata? Hanya kerana seorang...Dia menggaru kepala, tidak tahu mengertikan insan yang menjadi inspirasi Imran sebagai apa.. Kawan..teman..rakan...Sahabat?

Sahabat. Bergetar juga jiwanya saat menitikan perkataan itu di hati. Dia akan usaha memahami makna perkataan itu, yang berjaya mengubah Imran Fatih, yang turut berjaya membuatkan hatinya tercari-cari ertinya. Tak pernah-pernah terdetik di hatinya. Luar biasa perkataan itu. Sahabat.

Khairi menghela nafas.

^_^

Dia memandang ayahnya dan 'benda' yang bersarung dengan sarungnya yang berwarna hitam itu silih berganti. Encik Rosli tidak berkata apa-apa kecuali menyatakan 'ya' dengan mengukir senyuman dan mengangguk.

Imran memeluk ayahnya. Dirinya bagaikan sudah begitu lama tidak merasai kasih seorang ayah melalui pelukan sebegitu. Lama dia berdakapan. Seusai mengucap terima kasih, Imran terus mencapai 'benda' bersarung hitam tersebut lalu dia berlari menuju ke biliknya.

Sarungnya dibuka. Keyboard Casio itu dikucupnya sebelum didirikan di atas kaki pendirinya. Seperti selalu tetapi sudah lama tidak dilakukan, dia menyelak langsir dan membuka tingkap. Udara malam dihirup penuh ketenangan. Matanya menatap sang bulan yang sedang menerangi malam dengan menyampaikan cahaya sang mentari.

Pandangan terhadap sang bulan beralih pula ke arah tingkap di seberang. Lama dia menatap tingkap itu. Mengharapkan tingkap itu dibuka, langsirnya di selak, dan kelihatan bayang seorang budak lelaki bayanya sedang ligat membuat kerja rumah. Hanya menantikan alunan melodi dari keyboardnya untuk membuatkan budak lelaki itu lebih terinspirasi.

Tingkap itu kekal tertutup, langsirnya tidak terselak, dan tiada apa yang berlaku. Huuhh....

Harapan yang Imran sendiri tahu tidak akan terjadi. Harapan menjadi layu.

Harapan..harapan menjadi layu. Ingin ku bahgia bersama, menjadi kenangan. Memburu impian masa kita selamanya

Harapan – Hyperact berlagu sayu di hati.

Nafas dihela. Rif'at, rindu kau.

"Aku suka kalau dengar kau main melodi River Flows In You," Kata Rif'at.

"Yiruma?"

Rif'at mengangguk.

Imran terdiam. "Aku ingat kau tak tahu instrumental macam ini,".

Satu pukulan lembut hinggap di belakang Imran. "Aku pun minat musik macam kau. Cuma minat aku lebih kepada menyanyi daripada bermain instrument,".

Imran ketawa, "Kalau aku dapat 9 A PMR nanti, aku mainkan khas untuk kau,".

"Bagus. Aku tunggu, Im," Rif'at senyum.

Imbauan memori silam itu mengundang takungan air mata di kelopak matanya. Seketika kemudian, melodi River Flows In You karya Yiruma beralun.

"Aku harap kau di sana dapat dengar. Ini khas untuk kau," Imran berbicara sendirian. Mengharapkan bayu malam yang berlalu pergi membawa alunan tersebut bersama sehingga sampai kepada Aamir Rif'at, walau di mana dia berada.

Sedih, namun Allah lebih tahu yang terbaik bagi dirinya dan Rif'at.


Vehaen : Satu CeritaWhere stories live. Discover now