"Rif...apa kau buat di sini?" Amrullah cuba mengawal suaranya. Habislah kalau Rif'at nampak aku buat tadi... Sekeliling tasik pada hari ini amat lengang. Musim sejuk ini, jarang ada yang mahu bersiar di kawasan terbuka dan terdedah kepada angin seperti itu.
"Aku... nak pulangkan sweater kau. Kau mesti sejuk, kan?" Rif'at bersuara.
Amrullah hanya diam, masih tidak berpaling. "Kau tak pergi majlis hari raya PPIMB di Vale Lake?"
"Tak, Imran pun sama," Rif'at menjawab. "Mana mungkin kami bergembira sedangkan sahabat kami seorang ini berduka di sini,".
Amrullah tersentak. Mereka melepaskan keseronokan kali pertama beraya di negara orang hanya kerana dia seorang?. "Kau datang sini semata-mata untuk pulangkan ini?"
"Tak," jawapan Rif'at mengundang tanda tanya. Amrullah hanya diam.
"Habis tu?"
"Aku nak bagi tahu kau yang, kami selalu ada. Aku dan Im. Im risau kau tiada di bilik sejak lepas solat raya," ujar Rif'at.
Menipu...Amrullah tersentak lagi, bagai terkena renjatan eletrik. Mengapa dia bagai tidak pernah menyedari kehadiran dua sahabat itu dalam hidupnya. Mereka sering risau tentang dirinya. Dia tahu, cuma hati yang sering menafikan hakikat itu. Amrullah hanya senyum. Terasa dirinya seperti kufur nikmat yang diberi.
"Tak, Am. Kau tak kufur nikmat, sebab kami tak pernah rasa kau macam tu," Rif'at sengih.
Amrullah tersentak lagi. Ya Allah...bagaimana dia tahu?
Rif'at duduk di atas bangku, Amrullah pula dalam keadaan duduk berpeluk tubuh di atas salji membelakanginya. Lantas Rif'at mendakap erat Amrullah dari belakang dan berbisik ke telinga Amrullah. "Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk ke syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan pelbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, berkata, 'Bilakah datang pertolongan Allah?' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat,".
Rif'at mengalunkan ayat tersebut dalam bahasa arab, kemudian menterjemahnya dalam bahasa melayu. Ayat 214 surah Al-Baqarah itu benar-benar membuatkan dirinya tertampar. Ya...Allah, sahabat ini benar-benar membawaku kembali kepadaMu...hatinya terdetik.
Sayu terasa. Rif'at. Seolah-olah seperti jelmaan Qa'id. Sahabat yang dahulunya sering bersamanya dalam setiap urusan. Sahabat yang dahulunya sering membawa dirinya agar mengingatNya. Sahabat yang sudah pergi tanpa sempat dia mengucapkan selamat tinggal. Amrullah memejam mata. Tapi ini bukan dia. Ini Rif'at.
Rif'at melepaskan dakapan, "Paling penting, Allah selalu ada, dan Allah tidak pernah kecewakan hamba-hambaNya yang beriman,". Rif'at memberi salam sebelum mengorak langkah pergi.
Amrullah menjawab salamnya perlahan. Setelah Rif'at sudah sedikit jauh, Amrullah berpaling, hanya memandang sepi langkahan Rif'at yang semakin menjauh. Namun, dirinya menyedari sesuatu. Rif'at datang kepadanya untuk memulangkan sweaternya, dan dia pulang dalam keadaan hanya ber t-shirt lengan panjang yang dipakai berlapis-lapis. Dirinya sendiri menggeletar jika hanya berpakaian sedemikian di waktu angin sedang bertiup di musim sejuk ini, apatah lagi Rif'at yang sememangnya tidak tahan sejuk.
"Rif.." Amrullah mengungkap perlahan. Dia seakan-akan mahu berlari ke arah Rif'at dan membaluti tubuh sahabatnya itu dengan sweaternya namun berdiri pun dirasakan tidak mampu. Apa yang dirasakan sekarang adalah tidak berdaya. Tubuh terasa longlai.
YOU ARE READING
Vehaen : Satu Cerita
General FictionSINOPSIS VEHAEN : SATU CERITA Vehaen : Satu Cerita mengisahkan tentang tiga orang sahabat yang mengharungi segala rintangan terhadap persahabatan mereka sepanjang menuntut di Vehaen University, yakni Rif'at, Imran, dan Amrullah. Masing-masing ada...