BAB 3

170 7 0
                                    


Hari Ahad.

Hari yang disukai semua insan yang bekerja, kerana hari Ahad merupakan hari rasmi untuk sesiapa sahaja yang bekerja di pejabat untuk berehat dari bebanan kerja yang menimbun. Namun, bagi umat Islam, hari Jumaatlah merupakan hari yang sepatutnya dimuliakan, memandangkan pada hari Jumaat itu terdapatnya keberkatan.

Tidak jemu dengan sesi yang dilalui semalam, Rif'at pula mengajak Imran belajar di rumahnya. Beranda di tingkat dua menjadi lokasi pilihan mereka untuk belajar, memandangkan tempat itu merupakan kawasan yang terbuka. Angin yang bertiup menyapa wajah mereka.

"Mari minum," suara Dr. Amina memecah sepi. Tangannya menatang sedulang air teh panas.

"Terima kasih, umi," Rif'at menyambut huluran secawan teh tersebut.

Imran turut menyambut huluran tersebut, sambil bibirnya mengungkap ucapan terima kasih dalam sedikit kegagapan.

"Kenapa?" tanya Rif'at sesudah ibunya beredar.

Imran hanya sengih. Lambat-lambat, dia menjawab, "Aku tak ingat bila kali terakhir aku ucap terima kasih pada orang,".

Rif'at hanya senyum. "Itulah...Allah bagi peluang,".

Imran mengangguk. "Betul lah itu. Dah lama sangat bergelumang dalam kenakalan dan ke..ja..hilan..(gagap), jadi budak tiada akhlak,".

"Dah, jangan diungkit," Jari telunjuk diletakkan di bibir Imran, membuat kalamnya tersekat di kerongkong. Jari Rif'at perlahan-lahan diketepikan.

"Peluang paling besar yang aku rasa Allah pernah bagi pada aku..." kalamnya terhenti lagi. Matanya menatap langit.

Rif'at menanti dengan penuh sabar. Tangannya ligat menyelak helaian kertas latihan.

Dan dia terus menanti.

Menanti untuk Imran menghabiskan kata-katanya. Nafas yang tertahan-tahan, dihembus jua. "Kau nak habiskan ayat, tak?"

Kebosanan menanti, matanya senyap-senyap menjeling wajah Imran. Nampak tenang. Tenang yang tidak pernah dilihatnya pada seorang Imran yang dikenali. Seakan-akan menghayati sesuatu.

"...peluang untuk kenal seorang sahabat bernama Aamir Rif'at," senyum bahagia terukir.

^_^

Imran.

Gembira hatinya mengenali jiran yang seorang itu. Dengan muka toyanya, bicara selambanya, gaya dan perangai yang kadang-kadang 'cacat'. 'Kecacatan' yang menghiburkan. Cuma hidupnya dan jiwanya tidak pernah diselami, menjadikan dia senang berkawan dengan mereka-mereka yang...umm..macam tulah..

Sahabat.

Rif'at meniti perkataan yang cuma sepatah itu, namun dia pasti, maksudnya amat mendalam.

Sahabat. Hatinya kembali mengulang perkataan itu. Pandangan matanya berlari di atas barisan buku-buku yang tersusun rapi di rak buku. Pandangannya terhenti pada barisan buku yang menempatkan buku-buku karya penulis kegemarannya, Hilal Asyraf. Buku-buku itu sudah lama, kepunyaan ayahnya.

Takrifan sahabat...

Seorang yang setia menemani....seseorang yang berada di sisi saat susah dan senang...seorang kawan yang memahami...seseorang yang mesra dan rapat...sama dengan kawan.. dan bla..bla...Banyak, tapi semua istilah tu typical baginya.

Satu takrif sahabat yang paling digemarinya yang didapati dalam novel Sinergi karya Hilal Asyraf adalah sahabat itu merupakan orang yang apabila kita ke syurga, dia mengiringi kita, dan apabila kita ke neraka, sahabat kita itu akan mencampakkan dirinya sendiri ke neraka untuk menarik dan membawa kita ke syurgaNya bersama-sama. Lebih kurang macam tu lah bunyinya.

Begitu mudah takrifannya, begitu indah bunyinya. Namun dia tahu, sahabat itu adalah tanggungjawab bagi sahabatnya.

Imran Fatih. Menggelar dirinya sebagai seorang sahabat.

Layakkah? Mampukah dia? hati mempersoalkan.

Dia membiarkan persoalan itu berlalu pergi bersama lenanya.

^_^

Vehaen : Satu CeritaWhere stories live. Discover now