Birmingham International Airport, Birmingham, United Kingdom
"What's this?" Tanya Imran sebaik sahaja seorang lelaki mendekatinya lalu menghulurkan sekeping gambar.
"Aku Izzat Danish, senior forth year, merangkap photographer PPIMB bagi menyambut kedatangan junior malaysian student.." Lelaki itu memperkenalkan diri.
Laa...mamat melayu rupanya. "Ni apa?" Imran masih memandang sepi huluran tersebut. "Kena bayar?"
"Taklah..." Izzat Danish menggeleng. "Ni gambar candid, muka-muka junior baru jejak bumi Birmingham. Boleh share dengan kawan kau yang ada dalam gambar ni. Hadiah pertama dari PPIMB kepada para junior sebagai ucapan 'Welcome to Birmingham City,'".
"Thanks. What a pleasure," Imran tersenyum manis. Rif'at turut mengangguk. Izzat Danish kemudiannya beredar.
"PPIMB laa.. apa laa..macam aku faham," Imran membebel.
"Stop nagging, laa. Tengok gambar tu.." Rif'at mengambil gambar tersebut dari tangan Imran. Dia kemudiannya tertawa kecil.
"Apa?" Gambar itu kembali dirampasnya. Imran membuntangkan matanya, tidak percaya dengan apa yang menghiasi gambar tersebut sehingga mengundang tawa Rif'at.
Gambar mereka bertiga, Amrullah, Rif'at, dan Imran yang berjalan seiringan memasuki ruangan bagasi. Masing-masing memandang ke arah yang berlainan.
"Bila masa pulak kita berjalan dengan mamat ni.." Imran membuat muka. "Simpanlah.."
Rif'at hanya ketawa. Gambar itu disimpan dalam walletnya.
"Malaysian students of Birmingham City University and Vehaen University," Satu suara berteriak. Pelajar-pelajar Malaysia yang berkenaan berduyun-duyun berkumpul. Amrullah sudah hilang entah ke mana. Rif'at dan Imran berjalan beriringan menyertai kumpulan pelajar tersebut.
Mereka semua kemudiannya dipecahkan kepada lima kumpulan dan masing-masing menuju ke bas yang telah ditetapkan. Rif'at mengambil tempat duduk di tepi tingkap manakala Imran seperti biasa mengambil tempat duduk di sebelahnya.
Amrullah masih tidak kelihatan, barangkali dia menaiki salah satu daripada empat bas yang lain. Bas mula bergerak, memasuki Conventry Road. Rif'at memandang ke luar, menghayati pemandangan sepanjang perjalanan dan cuba mengenali nama-nama jalan di tempat baru itu.
"Okay, bismillahirrahmanirrahim. Assalamu'alaikum warahmmatullahi wabarakatuh," Seorang lelaki berdiri di hadapan, menghadap kesemua penumpang bas. Salamnya dijawab. Perlahan sahaja.
"I hope all of you, especially the one at the back there.. Can you hear my voice?" Lelaki tersebut menuding ke belakang. Imran berpaling, melihat ke belakang. Rif'at menepuk pehanya.
"Kita lah yang duduk di belakang sekali," Rif'at berbisik. Tanda thumbs-up diangkat.
"First of all, for the first year student, welcome to Birmingham," Lelaki itu tersenyum lebar. "And for the other student, welcome back. Saya akan bercakap dalam bahasa melayu. Nama saya, Fitriy Abdullah. Presiden bagi Malaysia Muslim Student Association of Birmingham atau MMSAB. Dalam bahasa ibundanya adalah Persatuan Pelajar Islam Malaysia-Birmingham ataupun PPIMB. Sebaik sahaja tiba nanti, kita akan terus pergi ke Vehaen Hall, Vehaen University, termasuk pelajar Birmingham City University. Di sana, kita akan ada taklimat mengenai apa itu PPIMB dan sebagainya bagi pelajar first year,".
Fitriy memandang keluar tingkap sebelum kembali menghadap para penumpang. "Insya-Allah, sekarang kita berada di Conventry Road dan perjalanan kita ke Vehaen Hall mengambil masa dalam lebih kurang setengah jam atau empat puluh minit. So sekarang, semua boleh enjoy the trip,".
YOU ARE READING
Vehaen : Satu Cerita
General FictionSINOPSIS VEHAEN : SATU CERITA Vehaen : Satu Cerita mengisahkan tentang tiga orang sahabat yang mengharungi segala rintangan terhadap persahabatan mereka sepanjang menuntut di Vehaen University, yakni Rif'at, Imran, dan Amrullah. Masing-masing ada...