Queen Elizabeth Hospital, Birmingham
Di hadapan Wad ICU itu sudah dipenuhi pelajar-pelajar melayu apabila Imran dan senior-seniornya tiba di hospital. Amrullah pula dilarang untuk ikut bersama memandangkan kondisi dirinya yang tidak sihat. Lantas Imran, Asrar, Syahir, dan Taufiq berhimpit dalam sebuah teksi untuk pergi ke hospital tersebut.
"Apa yang berlaku?" Syahir mendekati Fitriy Abdullah.
"Accident kereta agaknya. Tanya saksi," Fitriy berkata.
"Siapa?" Asrar pula bertanya. Imran sudah menyertai kelompok pelajar yang berkumpul di hadapan wad ICU, cuba mengintai ke dalam melalui cermin kecil.
"Fatah Najmi dan adiknya, Ali Nuqman," Fitriy membuat isyarat memanggil Fatah Najmi dan Ali Nuqman.
"Apa jadi?"
"Aku dan adik aku bertembung dengan dia yang on the way balik dari kedai tadi. Kami lintas jalan dengan dia, tapi bila kami dah sampai seberang, baru kami perasan yang dia tertinggal di belakang," Fatah Najmi menghela nafas. Ini sudah kali ke berapa dia mengulangi ceritanya.
"Bila kami pusing, dia dah rebah tengah-tengah jalan," Ali Nuqman pula menyambung cerita abangnya.
"Apa yang dahsyat sangat sampai masuk ICU ni?" tanya Syahir.
"Concussion kuat. Kepalanya berlaga dengan bahagian depan kereta. Bahagian belakang kepala agak teruk," Zulfakar yang berdiri di sebelah Ali Nuqman pula menerangkan. "Kemungkinan boleh bawa maut,". Syahir, Taufiq, dan Asrar mengangguk. Imran yang turut mendengar penjelasan Zulfakar meraup wajah.
'Ya Allah, kenapa aku diuji sebegini,' hatinya merintih. Air mata kembali bertakung di pelupuk mata. Hafiz dan Anas mengusap belakang badannya, menyuruh dia bertenang.
Asrar berdehem. "Kiranya, semua ini salah..."
"Salah aku,".
Kesemua mereka yang berada di situ berpaling.
^_^
Kedengaran bunyi pintu hadapan ditutup.
Semua salahnya. Kalau dia bertegas tadi, segalanya tidak akan terjadi.
Huh...Helaan nafasnya kedengaran. Dada masih berombak. Digagahkan juga dirinya untuk bangkit. Sengih terukir. Pandangan matanya tertancap pada kunci kereta.
Salah aku...takkan aku nak duduk sini je..
Dengan tekad, kunci kereta itu digapai. Apa pun yang akan terjadi pada dirinya, kondisi sahabat yang satu itu lebih penting.
^_^
"Amrullah," Syahir yang pertama bersuara. "Kan kami suruh kau berehat,".
"Macam mana aku nak berehat kalau kawan aku sedang bertarung dengan maut di dalam tu," Amrullah menahan batuk.
"Kau datang sini naik apa?" Fitriy memandangnya.
Pertanyaan Fitriy dijawab dengan hanya menunjukkan kunci keretanya.
"Memang semua salah kau, Am," Imran yang baru sahaja menyedari kehadiran Amrullah, mengangkat wajah, memandangnya dengan pandangan maut.
"Rif'at dah sakit macam ni baru kau tahu nak sihat," Imran meluru ke hadapan lalu menolak dada Amrullah. "Baru kau tahu nak berdiri sendiri,".
Amrullah terhuyung-hayang cuba menstabilkan kembali dirinya. Jeritan Imran mencuri perhatian semua yang berada di situ. Imran melangkah setapak ke hadapan, menarik Amrullah merapatinya sehingga jarak wajah mereka hanya beberapa meter.
YOU ARE READING
Vehaen : Satu Cerita
General FictionSINOPSIS VEHAEN : SATU CERITA Vehaen : Satu Cerita mengisahkan tentang tiga orang sahabat yang mengharungi segala rintangan terhadap persahabatan mereka sepanjang menuntut di Vehaen University, yakni Rif'at, Imran, dan Amrullah. Masing-masing ada...