TIT TIT TIT TIT TIT!!!!
Alarm phone berbunyi. Pukul 7 pagi.
"Arghhh, cepatnya! Malas nak bangunnn!". Selimut aku tarik lagi ke atas, menutup kepala.
1 saat.
2 saat.
"Shit! Pagi ni kelas Madam Zana!".
Lintang-pukang aku bangun. Selimut? Ahh balik nantilah kemas.
Aku buka almari bajuku yang berwarna putih. Hitam, kelabu, hitam cair, kelabu tompok hitam, hmmm mana nak pakai hari ni?
Aku ambil t-shirt gebang warna moss green. "Hitam kena target dengan Madam Zana, so no-no,".
Aku sarung t-shirt itu selepas baju tidur aku campak tepi. Aku dah mandi malam semalam, ok. So, tak payah dah mandi pagi ni.
Ini konsep anak dara pemalas tak boleh buat bini. Muahahaha.
Aku pandang cermin, ahhh, berapa kali pandang pun aku still boleh benci dengan diri aku.
Shawl berwarna hitam aku pakaikan ke kepala. Menutup masalah hidup aku nombor satu.
Dah siap, aku turun bawah, ambil kunci, hidup enjin dan memecut laju ke UITM Shah Alam.
Tu lah rutin hidup aku sejak setahun lepas. dah jadi budak uni kan, seronok lah nak bangun lambat macam mana pun, tapi bila kelas Madam Zana, lecturer Marketing Planning aku tu je aku gopoh semacam.
Ok, sebelum aku nak cerita lagi panjang, aku nak kenalkan diri aku.
Ze name is Laila. Umur, 21 tahun. Anak kedua dari tiga adik-beradik yang super awesome.
Aku study Marketing di UITM Shah Alam. Nasib baik dapat situ, dekat dengan rumah aku.
Korang dah baca sinopsis kan? Aku cakap kat situ, aku ada penyakit kan? Kan? Kan?
Okay, ter- annoying pulak.
Tak tahulah kalau korang pernah dengar ke tidak, tapi aku ada penyakit namanya 'Uncombable Hair Syndrome'.
Bahasa mudahnya, rambut-tak-boleh-sikat-kalau-sikat-sikat-yang-patah punya penyakit.
Daddy ngan mommy dah bawa aku jumpa doktor dari kecil lagi. Doktor pun tak faham jugak penyakit aku ni, sebab sepatutnyalah budak Asian tak ada masalah ni.
Tapi mungkinlah peraturan Allah kan, mommy and daddy ni perfect sangat sampai bila turn aku, dapat gene paling teruk.
Kakak dengan adik lelaki aku?
Dieorang dapat the best of the best lah.
Kakak, ze name is Nadine. Secantik namanya, secantik tu jugaklah kakak aku. Muka memang pan-asian habis, rambut hitam panjang mayang mengurai, hah apa lagi aku boleh puji?
Adik lelaki aku? Ze name is Reza. Kau tengok nama pun dah boleh agak dah adik aku ni macam mana. Hensem lah, ikut daddy aku. Tapi poyo nak mati, dah tahu hensem, jadi kaki perempuan.
Isy... isy... isy... aku nak mengaku adik pun malu.
Aku? Ok lah, muka tak cantik mana tapi tak buruk jugak. Tapi yang sememangnya menjatuhkan maruah aku adalah rambut aku ni lah.
Mengembang macam afro lahir salah zaman.
And you guys have to know this too, keluarga aku ni agak ternama jugalah.
Kiteorang, ehh tak, family aku selain aku ni memang famous dalam dunia Hairstyling.
Mommy and daddy are the Best Hairstylist Couple in Asia, ni memang anugerah dieorang dapat eh, aku tak tipu.
Kak Nadine is the prodigy in hairstylist world. Mommy ngan daddy bangga gila kot dengan kak Nadine bila dia menang Junior Hairstylist Championship waktu kak Nadine umur 15 tahun.
Competition tu berprestij ok. Kak Nadine antara yang paling muda tapi dia yang sambar the first place. Hebat ke hebat nak mati tu?
Reza pula walaupun tak sehebat kak Nadine, tapi dia dah jadi Senior Hairstylist tau dekat Alexa ( saloon orang kaya-kaya ). Umur baru 20 tahun. Beza setahun je dengan aku tapi dah pandai buat duit. Ceh.
Haa, ni yang paling sedih ni bila dah sampai part aku.
Aku ni biasa je lah, mommy and daddy takdelah malu pun dengan aku tapi aku tak bolehlah.
Aku keluar pun pakai tudung. Punyalah nak cakap aku ni rasa inferior nak mati.
Semua family member aku study hairstyling, aku je lah yang out of norm. Study marketing. Kak Nadine dengan Reza dah boleh dikatakan kaya dah, buat duit, masuk awards, menang awards, dapat duit lagi.
And here I am, buat perabih beras rumah je.
NOTA KAKI: Lol, cerita yang satu lagi tak habis, tapi tangan dah gatal nak buat cerita baru.
Aku tak sure lagi how short this story is going to be but aku tak bolehlah. Aku duk pikir nak buat cerita ni je sampai sanggup aku stop study kejap.
Cita-citanya nak lah habiskan at least separuh cerita ni, tapi we will see.
A tad bit diff than the 1st one sebab yang tu aku nak lah perkasakan bahasa jiwa bangsa. Yang ni, memang niat aku nak langgar habis je.
So, how is it? Do vote and comment ok!
YOU ARE READING
SS I Ceritera Rambut
Short StoryHai, nama aku Laila. Nama panjang? Tak payah tahu. Aku join Wattpad ni dah lama tapi baru sekarang aku rasa macam nak ceritakan kat korang masalah aku. Aku ada penyakit. Tak serious bagi korang tapi serious bagi aku. Aku nak korang tahu je, lepas h...