Farah

17 3 0
                                    

[MEDIA]

Ayam penyet (mari kita terseksa sama-sama hahahaha)


******************************


Aku dengan Reza makan tengahari di Restoran Ayam Penyet. Hehehe, Reza ni tekak mat saleh tapi sebab aku meroyan nak makan benda pedas, aku heret dia ke sini.

Paling favourite, lunch set dialah. Ayam penyet, part kaki, sambal lebih. Sebab aku ni customer paling setia dieorang, aku sukalah nak minta benda kriuk-kriuk tu lebih. Nyam nyam.

Reza main garfu, nasi tu dikuis-kuis dari tadi. Dasar manusia tak hormat makanan betul. Macam nilah perangai adik aku sejak semalam.

Sebab kena pecat dan dia pun tengah takde mood nak kerja, jadinya aku tak tahulah kenapa, tapi kehulur-kehilir dia ikut aku.

Aku no hal je. Takde geng pun. 

Dah separuh nasi aku makan, tiba-tiba aku nampak Farah dengan seorang lelaki tengah tengok menu dekat depan kedai.

Oooo, Farah ada pakwe tak nak bagitahu. Eh, budak usrah mana boleh pakwe-pakwe ni kan?

"Farah!" entah kenapa aku panggil dia. Bukan sebab aku nak busybody ok, memang dia macam nak masuk je kedai ayam penyet ni, baiklah aku yang menjemput dia masuk.

Hahahaha, buat kedai makan ni macam rumah kau, Laila!

"Eh Laila," Farah menyahut. Dia melangkah masuk, meninggalkan lelaki tadi di depan kedai.

"Farah nak lunch ke? Jomlah join sekali. Kita kan ada usrah kejap lagikan. Boleh gerak sesama."

Farah mengangguk laju tanda dia setuju dengan cadangan aku.

"Tapi kejap eh, Laila," Farah gerak ke luar kedai. Oh lupa, ada orang tunggu dia.

Farah tengah bercakap dengan lelaki tu, lelaki tu mengangguk je kepala dia, lepas tu mata dia beralih ke arah aku sesaat...

Dua saat...

Tiga saat...

Okay! Apahal dia pandang aku macam aku ni bekas banduan? Yang bekas banduan tu budak depan aku ni, bukan aku!

Lepas tu, dia memandang semula Farah dan melambaikan tangannya ke Farah. 

Alohhh, tak makan sekali ke? Baru nak korek cerita.

Suka hati kaulah. Ekau yang rugi tak makan nasi ayam penyet ni tau!

Selepas lelaki itu hilang dari pandangan, Farah masuk semula dan mengambil tempat di sebelah aku. Tapi lawak bebenor mata dia tengok Reza. Terkejut ler tu.

"Hahahaha, lupa pulak nak kenalkan. Ni Reza, merangkap adik bongsu aku. Jangan pelik, dia bukan adik tiri, totally Melayu. Takde celup-celup," aku perkenalkan mereka berdua.

Yelah, kalau rambut macam ulat bulu tu, siapa boleh tak salah faham?

"Reza, ni kawan aku. Farah. Kawan paling baik aku tau!"

Reza senyum malas. Dia pandang aku. "Ke ni satu-satunya kawan kau?" ejek Reza.

Kurang asam punya adik. Memanglah betul tapi tak payahlah kau nak menganjing aku depan Farah. 

"Oh, Farah dengan siapa tadi? Ingatkan nak ajak korang berdua makan sekali, alih-alih hilang dah," aku cover malu. Tukar topik.

"Tu abang Farah. Tadi Farah tak ada teman nak makan, Farah ajak abang. Dia nak temankanlah tapi nampak pula Laila, abang kata dia boleh pergi dulu sebab Farah dah ada teman nak lunch," jelas Farah lebar.

Ceh! Kecewa lah pulak. Baru nak mengumpat pergi usrah tapi main couple-couple. 

Ngehehe... taklah. Mana ada. Gurau je. Aku kenallah Farah. Lainlah kalau Ain kan. Oops!

Makanan Farah pun dah sampai. Dia ambil set bakso. Dapat aku hirup sup dia lepas makan nasi tak ada kuah ni.

Reza kat depan kiteorang masih diam. Tiba-tiba dia mengeluh.

Aku punya tengah rancak bercakap dengan Farah tiba-tiba kena stop kejap. Nampaklah muka bosan dia. Okay lah, okay lah. Aku nak layan kau lah ni.

"Haa, dia buat perangai dah Farah. Farah nak tahu tak, adik aku ni baru keluar penjara semalam. Bekas banduan. Sebab tu lah moody semacam. Kalau tak dia yang paling hyper."

Lepas aku cakap macam tu, aku dapat rasa tenungan mata seseorang sedang menikam kepala aku, so aku pandang depan. Reza bengang.

Farah kat sebelah dah kelu tak tahu nak balas apa.

"Tapi baby Reza tak salahkan? Dia kena aniaya je. Senyum. Senyum. Nanti orang ingat kau buat salah betul-betul," aku geletek dagu Reza. Dia tepis tangan aku sambil tersenyum sikit. 

Lepas tu buat muka masam balik. Eleh, berlagak macho pulak kau! Nasib baik macho betul.


JAM sudah pun pukul 4.15. 

Tadi baru je habis usrah, aku malas nak balik rumah dulu, so aku decide untuk stay sampai asar. Siap solat baru aku gerak balik rumah. 

Nasib baik Farah ada join sekali waktu tu.

"Laila, Farah nak tanya boleh tak?" Farah buka topik.

"Apa dia?"

"Farah ni dari dulu ada penyakit tau. Tapi lepas join usrah ni pun macam tak boleh hilang lagi. Farah dah retilah kawal, tapi tak hilang totally lah," dia basa-basi.

Mak ai. Panjangnya mukadimah.

"Tanya je lah Farah. Laila tak kisah pun." 

"Hmmm, boleh tak Farah nak tahu adik Reza tu kena aniaya sebab apa?" tanya Farah.

Okay. Aku tak expect this. Tapi fahamlah. Semua orang ada curiosity, tapi tak semua berani nak tanya.

Yang dieorang tahu, assume nonsense things, buat drama sendiri, last-last orang tak bersalah pun boleh terbabit sama.

So, girls and guys! Kalau ada benda nak tahu, tanya ok!

"Oh, pasal tu ke? Tak over sangat pun. Tapi sebab dia hairstylist kan. Benda-benda macam ni boleh jatuhkan nama baik dia," aku start cerita.

Petang tu, habis solat asar, kiteorang sambung balik cerita perihal adik aku.

Aku tak tahu kenapa, tapi senang pula nak cerita benda yang bagi akulah, this is family matter, tak semua patut tahu, tapi dekat Farah, boleh pulak aku main luah.

Mungkin sebab aku dah kenal Farah macam mana. Dalam setahun lebih aku kenal dia, tak pernah lah aku tengok dia buat perangai yang aku tak berkenan.

Aku pun senang je dengan dia, so aku cerita lah.

Apa yang aku paling tak sangka, mungkin sebab hikmah di sebalik aku pergi usrah atau ada dekat masjid ni, Farah kata dia might boleh tolong.

Katanya, abang dia yang tengahari tadi tu reti bab-bab fitnah memfitnah dalam dunia bisnes ni.

Aku dengar waktu tu, terkejut kot. Aku ingatkan family aku je yang out of norm kerja tapi abang Farah ni lagi terer.

Aku tak tanya banyak lah pasal kerja abang dia sebab dia pun tak tahu nak explain macam mana.

Apa-apa pun, alhamdulillah. Allah turunkan pertolongan kat kiteorang. Syukur.

SS I Ceritera RambutWhere stories live. Discover now