[MEDIA]
Illustrasi rambut Laila
********************************
Pipi masih terasa pijar. Kuat weii dia tampar. Tapi aku lagi kuat. Aku kuat. Aku....
Entah kenapa, air mata laju menuruni pipi.
Aku pandang perempuan yang tampar aku.
"Kau sapa hah nak rampas Reza dari aku?" tempik perempuan itu.
Aku tak tahu lah nak cakap aku ni lucky ke tak, tapi sebab tempat drama aku ni dekat dengan parking, tak adalah ramai sangat orang.
Tapi, still ada orang. Aku tak tahu berapa ramai tapi aku dapat perasanlah dari ekor mata aku, adalah 5-6 orang tengah tengok drama live ni.
"Wait, Reza?"
Oh my god, did I say that out loud?
"Ye lah. Reza. Boyfriend aku. Apa kau banyak sangat jantan kau sampai Reza pun boleh lupa? Weiii, tudung ni bukak je lah," lantang perempuan itu lagi. Dah lah macam geng Mean Girls dah aku tengok.
Perempuan yang tampar aku ni dah sesuai sangat jadi Regina George. Kuli batak kat belakang tu bolehlah rebut nak jadi Gretchen atau Karen.
"Aku rasa ni salah fa....", aku cuba menerangkan.
"GIRLS!"
Tak pasal-pasal si Gretchen ngan Karen tu pegang tangan aku. Regina melangkah lebih dekat dan tudung bawal yang berwarna ungu di kepala aku tu dia rentap.
No!
Tell me this is not happening!
Dan akhirnya, di luar kawalan aku, benda yang aku paling nak sorok tak nak biar keluar tu terdedah juga.
Aku cuba lepaskan diri tapi tak boleh. Dua kuli tu kuat sangat. Yang aku tahu, air mata aku lagi kuat mengalir dari tadi.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!
Geng Mean Girls tu gelak kuat. And I know exactly why.
My Uncombable Hair Syndrome.
Sebab dua kuli yang pegang aku tu gelak sampai senak perut dieorang, aku dilepaskan. Sepatutnya aku lari.
Ya. Aku kena lari.
Tapi kaki aku tak nak gerak. Aku tak boleh gerak.
Aku tunduk ke bawah, cuba gerakkan kaki aku yang seakan terpaku ke tanah.
Kenapa kau tak nak gerak. Geraklah. Geraklah!!!
Tiba-tiba, kedengaran lagi sekali bunyi tamparan.
PANG!!!!!
Aku kena tampar lagi ke? Tapi kenapa tak rasa sakit?
Aku pegang pipi aku. Tak ada rasa pijar. Tamparan yang tadi sudah hilang sakitnya. Mungkin kerana air mata aku.
Aku pandang ke depan. Ada tubuh seorang lelaki yang aku kenali.
"Just what on earth you think you're doing, Stella???" jerkah Reza.
Ikut logik aku patut marah dengan Reza sebab dialah benda ni terjadi tapi aku gembira sangat dia datang sekarang.
Dan tanpa sedar juga, tiba-tiba aku rasakan ada sesuatu yang menutup kepalaku.
"Yang penting, ini tutup dulu," suara seorang lelaki berkata.
Aku pandang dari ekor mata. Ada seorang lelaki di sisi. Dia cuba menutup rambutku dengan sehelai selendang hitam.
Aku terus tunduk lagi. Tak nak bertembung mata dengan sesiapa. Yang aku nampak hanya sepasang kasut Nike Airforce 1 Upstep High yang berwarna hitam. Ooo, nice taste you got there, mate!
Eh kejap. Aku patut sedih.
"Siapa perempuan rambut buruk ni yang you nak pertahankan sangat ni?" jerit Regina.
"Stop it with your jealousy! I have enough with your attitude! She's my f**king sister, you idiot!," bentak Reza.
Muka Regina terkejut. Kuli batak dua orang tadi dah berbisik sesama sendiri. Hah, padan muka. Kena kau setempek idiot.
"Reza, Reza. Stella minta maaf. Please, I'm begging you. Forgive me," Regina, eh dah tahu nama. Stella memegang tangan Reza tetapi ditepis kuat.
"Kak, sorry kak. Stella salah faham," tak dapat Reza, dia pegang pula tangan aku. Meminta maaf.
Kakak? Kakak kepala hotak kau! Eeeii, kalau aku tengah tak beku ni, aku dah backhand dah kau!
Reza menepis tangan Stella sekali lagi dari memegang aku. Reza menarik aku pergi.
Selendang hitam yang semakin ke belakang aku tarik ke depan.
Lelaki tadi dah tak ada. Entah bila dia pergi, aku tak perasan. Tak dapat nak tengok siapa dia.
But hey strangers, thank you!
NOTA KAKI: Hehehe, jadi tak scene dramatic ni? So apa pendapat korang dengan cerita ni setakat ni?
Ok tak?
YOU ARE READING
SS I Ceritera Rambut
ContoHai, nama aku Laila. Nama panjang? Tak payah tahu. Aku join Wattpad ni dah lama tapi baru sekarang aku rasa macam nak ceritakan kat korang masalah aku. Aku ada penyakit. Tak serious bagi korang tapi serious bagi aku. Aku nak korang tahu je, lepas h...