YES!!! Dah habis exam!
Aku tak tahulah result nanti macam mana sebab memang sangat kelam-kabutlah aku study.
Tapi aku tak salahkan sesiapa pun, ujian Allah nak bagikan, kita terima dan redha je lah.
Ececece, aku sejak baik nak mati dengan Farah ni, dah melekat dah aura-aura kakak usrah dekat aku.
Ngahahahaha perasantan!
"Laila, nah, ada orang bagi!", Farah menegur aku sambil meletakkan sekuntum bunga ros di atas meja.
Aku jadi malu. Aku tak nampaklah muka aku macam mana kan sekarang tapi yang pasti muka ni tengah merah lah.
Aku tahu ni sebenarnya dah masuk minggu ke-4, dah sebulan dah aku dapat ros setiap hari Rabu, tapi entahlah, tak biasa weiiii.
Jeng! Jeng! Jeng! Korang mesti nak tahu kan apa yang jadi sebulan ni?
Dua hari selepas court hearing Reza, mommy dan daddy ajak Farah sekeluarga untuk ke rumah. Buat makan-makan sikit sambil nak berterima kasih dekat Paan dan Farah yang banyak tolong dalam kes Reza tu.
Dan aku rasalah, memang hari tu hari makan-makan je tapi tak tahu macam mana dia jadi hari merisik.
Bukan merisik kak Nadine.
Merisik aku.
Ya. Aku. Aku yang 21 tahun ni. SAY WHAT!!!!!
"Hajat kami ke mari ni bukan sahaja nak berkenalan dengan keluarga Asyraf tapi kami datang ke sini membawa hajat." ayah Farah, Encik Mansur membuka kata.
"Hajat apa tu, abang?" ayah aku bertanya. Oh, kalau korang nak tahu ayah aku dengan ayah Farah dah kamceng habis. Masuk air juga ayah Farah ni.
Hahahaha nasib baik. Aku dah takut dah bila mommy and daddy buat perangai tak ikut umur dieorang.
"Kami ke sini untuk menyunting anak perempuan Asyraf untuk dijadikan sebahagian dari keluarga kami," jelas encik Mansur.
And the rest is history.
Aku tak tahulah macam mana daddy boleh setuju tanpa tanya aku dulu, sebab waktu perbincangan orang tua-tua ni, yang muda-muda semua dekat bawah, melantak.
Weiiii, malu nak mati aku. Aku dahlah buat perangai tak senonoh waktu makan-makan hari tu depan Paan. Ye lah, aku dah selesa dengan orang macam tu lah.
Paan tu abang Farah, Farah tu kawan aku, jadi Paan tu aku anggap macam abang akulah, tapi tak sangkalah nak jadi 'abang' terus kan.
Hahahaha... ok 'abang'. Lol. Geli sekejap.
So, selepas mereka sekeluarga balik, daddy bagitahu apa yang jadi, aku pun tak tahulah macam mana last-last ada cincin dah tersarung elok dekat jari manis kiri aku.
Aku setuju ke? Entah. Aku tak setuju ke? Entah jugak.
Malam tu, aku fikir dalam-dalam. Aku tengok cermin panjang.
Korang pun tahu kan masalah aku. Kalau aku kahwin lah kan, ni kalau eh, mestilah Paan tu nampak rambut aku macam mana.
Kalau dia nampak dia tak suka macam mana? Tak. Dia confirm tak suka.
Okay, aku dah buat keputusan. Aku punya misi baru!
MISI PUTUSKAN PERTUNANGAN!
YOU ARE READING
SS I Ceritera Rambut
Короткий рассказHai, nama aku Laila. Nama panjang? Tak payah tahu. Aku join Wattpad ni dah lama tapi baru sekarang aku rasa macam nak ceritakan kat korang masalah aku. Aku ada penyakit. Tak serious bagi korang tapi serious bagi aku. Aku nak korang tahu je, lepas h...