FINALE Part 2

10 2 0
                                    

PERCUBAAN 1

Laila minta maaf. Laila tak tahu kenapa daddy boleh setuju tanpa tanya Laila dulu, tapi Laila tak setuju dengan pertunangan ni. Harap Paan faham.

Okay lah kan ayat ni? Clean and simple.

Aku lipat kertas tu jadi dua dan masukkan ke dalam sampul. Tak lupa juga cincin yang di tangan aku.

Aku pergi post office. Hantar surat tu ke pejabat Paan.

Kalau korang tanya kenapa aku buat kerja kuno ni kan, aku pun tak tahu sebab dia. 

Memang nak pass ke Farah supaya dia boleh bagi Paan, tapi aku tak nak Farah tanya banyak sebab kalau dia tanya aku tak tahu nak jawab apa.

Malangnya, 3 hari lepas tu aku dapat surat dari Paan tapi kali ni dengan sekuntum bunga ros. Farah bagi. 

Dalam kelas.

Dan semua pandang aku. Farah pun. Tapi dia pandang lain macam lah. Hahaha kantoi!

Nope! I still want you. 

Dalam surat tu, ada cincin yang aku pulangkan balik. Aduh, tak faham bahasa pula si Paan ni.

"Abang tak cerita, tapi Farah dapat tangkap kot apa yang terjadi. Boleh Farah tahu kenapa Laila nak tolak pinangan abang?" tanya Farah selepas sesi kelas tadi berakhir.

Aku diam. "Laila tak suka dekat abang ke?".

"Eh tak! Laila suka. Eh, bukan. Tak suka. Alahhh, Farah tahu kan kenapa?" tersasul-sasul aku nak jawab.

Farah senyum. Dia dapat agak dah kenapa aku tak setuju.

"Laila, kalau bukan abang, Laila akan kahwin juga. Sampai bila Laila nak lari? Lagipun Farah kenal abang Farah. Percayalah. He likes you more than you know!" Farah pegang tangan aku. Cuba meyakinkan.

Arghhhhh! Aku tak tahu apa nak buat. Yang pasti percubaan pertama gagal.

PERCUBAAN KEDUA

"Daddy, kalau Laila nak putuskan pertunangan ni boleh tak?" tanya aku.

Daddy buat tak layan. Tangannya masih tetap memegang majalah IN STYLE yang terkenal dengan update hairstyles terbaru.

"Kenapa Laila nak putuskan. Laila tak suka Paan ke?" tanya Daddy pula.

Aihhh, bukan aku tak suka. Aku suka. Tapi aku lagi tak suka orang tahu rambut aku ni.

"Tak kot." jawab aku pendek.

"Laila, I know what's in your heart. Believe me, daddy takkan setuju kalau daddy tak ada jaminan." terang daddy. Majalah diletakkan ke atas meja.

"What jaminan?", aku tak faham.

"Didn't Farhan tell you anything?", tanya daddy. Aku geleng kepala. Setahu aku, tak ada apa-apa pun.

"Hmmm, then I can't tell you. Go ask him. Lepas Laila tahu and you still don't want this, then kita putuskan," kata daddy.

Apa ni? Aku tak faham. Apa yang aku tak tahu dan kena tahu tapi Paan tak bagitahu ni?

Apapun, percubaan kedua gagal.


10 BULAN KEMUDIAN...

Korang, sila panik dengan aku sekali sebab 2 bulan lagi aku nak grad.

Dan bila grad, maksudnya 2 bulan juga lagi aku akan nikah. Tapi satu percubaan pun tak berjaya.

Aku ulang-alik dalam bilik, cuba untuk menarik nafas sebanyak mungkin.

Semalam, aku melawat bakal ayah dan mak mertua aku. Dengan Farah of course.

Paan tak ada kat rumah waktu tu. Fuhhh, lega. Memang sejak kes merisik hari tu, aku tak jumpa dia dah.

Setahun jugalah aku tak nampak batang hidung dia. Tapi aku tak kisah sangat. Ke aku kisah eh?

Entahlah. Yang pasti nasib baik dia tak ada kat rumah waktu tu.

Dan yang tak nasib baiknya adalah, aku jadi lebih panik dan serba-salah yang teramat sangat kalau aku decide nak putuskan pertunangan ni.

Mak ayah Farah baik sangat. Sama macam daddy and mommy.

Dieorang sangat pentingkan agama dan aku fahamlah kenapa Farah boleh jadi macam tu. Dan sejujurnya aku suka keadaaan keluarga sebegitu.

Bukan aku tak suka dengan family aku, aku sayang sangat tapi mereka memang jauh. Jauh dengan Allah. Aku nampak semua tu tapi aku tak tahu nak ubah macam mana.

Aku pun baru bertatih kot dalam mengenali agama aku ni walaupun memang lahir Islam, sepatutnya dah terer lah kan, tapi tak. Bukan family aku.

Dan sedikit sebanyak, aku macam boleh terima sikit pertunangan ni. Entah, mungkin kalau Paan masuk dalam family aku, kami berdua boleh jadi contoh untuk family aku?

Eh kami berdua? Hahaha. 

Korang, aku serious ni.

Aku pandang pasu atas meja.

Penuh dengan bunga ros. Ada yang dah mula gugur, ada yang mengembang cantik, ada juga yang masih malu-malu nak kembang.

Dan aku harus akui mungkin Paan betul-betul serious dengan aku. Setiap hari Rabu, memang tak pernah dia miss bagi sekuntum bunga ros.

Cuba korang bayangkan, 4 ros dalam sebulan, Ni nak masuk setahun, ada 12 bulan. 12 darab 4, 48 kuntum. Minggu lepas dah masuk yang ke-49.

Esok hari yang ke-50.

Dan memang jujur aku akui, aku terharu. Hati perempuan mana yang tak weii kalau dah komited macam tu sekali.

Aku tak jumpa dia pun setahun ni, tak tahulah dah gemuk ke, dah kurus ke, ada janggut ke tiba-tiba, aku tak tahu.

Tapi aku tak pernah kisah. Sebab adanya ros-ros ni.

Aku baring atas katil. Penat dah kehulur-kehilir.

Siling putih dipandang lama.

Hati kacau. Minda serabut.

  


SS I Ceritera RambutWhere stories live. Discover now