New Hair

19 3 0
                                    

[MEDIA]

Illustrasi rambut baru Laila

*********************

Okay aku dah menyesal gila turun bawah ni. 

Kalau korang nak tahu, kepala aku ni tengah ditonyoh-tonyoh oleh Kak Nadine dengan Reza.

Another experiment. Yeay!!! Urghhhh!!!

Rumah banglo tiga tingkat kiteorang ni (nak riak jap) ada saloon kat tingkat dua. Besar jugalah.

Sebabnya, ni tempat mommy, daddy, Kak Nadine dengan Reza eksperimen. Kadang-kadang adalah orang datang, biasanya kawan-kawan family aku lah nak buat rawatan rambut.

Aku waktu orang datang macam tu memang buat diri tak wujud. Duduk dalam bilik. Aku tahulah dieorang tak pernah nak malu dengan aku, tapi tak payahlah kot aku nak malukan dieorang.

"How about we increase the heat?" tanya Reza.

"No, no. I wanna try with 30 degrees first. Lepas tu, kalau tak jadi, kita naikkan lagi." jawab Kak Nadine.

Reza mengangguk. Mengiyakan cadangan kakaknya.

"Errr, hello? May I know what is happening right now? Rambut Laila tau yang korang kerjakan ni?" aku rimas.

"I promise you will like this. Kakak pergi Aussie haritu tau nak siapkan toner ni. Just for you," Kak Nadine memicit hidungku kuat.

Aku geleng-gelengkan kepala. Tak mahu Kak Nadine terus-terusan memicit hidungku. Itulah habit Kak Nadine kalau aku tak dengar cakap dia. Nak kempis macam lempeng tak cukup baking powder dah hidung aku ni.

Honestly, aku tak expect tinggi sangatlah dengan eksperimen hairstylist berdua ni. Bukan apa, ni bukan pertama kali tau dieorang cuba.

Tapi selalu tak jadi. Ada sekali tu je lah macam jadi sikit, tapi lepas sejam, rambut aku macam spring rosak, dia kembang balik. Lepas saat tu, aku tak pernah nak put high hope sangat.

"Laila bangun!" suara Kak Nadine mengejutkan aku bangun.

Eh, aku tertidur ke? Entahlah, sedap sangat kepala kena urut. Tertidur terus.

"Don't be surprised, ok," Reza memegang bahuku.

Apa yang nak surprise nya? Eh, seriau lah aku kalau Reza ni cakap surprise. Dia kalerkan rambut aku pink ke apa? 

Tapi tak, bukan pink. Aku pandang cermin depan. Masih hitam.

Tapi, rambut aku. Turun cantik. 

Cantik. Aku? Cantik?

"Kak, sapa tu?" aku tanya Kak Nadine siapa orang di dalam cermin itu.

Kak Nadine memicit hidungku lagi. "It's you, Laila."

Aku pandang semula ke cermin.

Melihat teliti seorang 'aku'.

Memang itu aku. 

Aku memeluk erat Kak Nadine, "Thank you, kak!"

Selepas seminit, aku leraikan pelukan. "Berapa jam ni?" Tiba-tiba rasa macam balik ke alam nyata.

"A day?" jawab Kak Nadine.

Aku memeluknya kembali. A day is more than enough.

"Apa ni, Reza nak peluk jugak. Group hugggg," Kami bertiga berpelukan bersama. Bila last time the three of us group hug eh?

Gosh, I hate to say this. But I love my family.


SS I Ceritera RambutWhere stories live. Discover now