Reza

20 3 2
                                    

[MEDIA]

Chad Kroeger

************************************

"LAILA!!! OI! OI! OI!" 

Serious lah weii, siapa yang melalak panggil nama aku depan pintu hall ni?

Aku pandang muka Farah dan muka Ain si parasit. Dua-dua mulut terbuka. Aku tak sedap hati ni. Ni siapa yang panggil aku sampai buat Farah si budak usrah boleh terlopong sama ni?

Aku pusing belakang. Nampak batang tubuh seorang lelaki yang dari jauh aku boleh nampak rambut ramen macam Chad Kroeger of Nickelback tahun 2000 dulu.

Siapa doh? Aku tak nampak. Aku rabun sikit ok.

Aku kecikkan lagi mata aku. 

"SHIT!" satu ayat tu terkeluar.

REZA!

Apa pasal pulak adik aku yang bangang ni datang jumpa aku kat sini. Dahlah datang jumpa aku, yang pakai tudung ni dengan rambut warna blonde macam tu.

Weiiii, salah eksperimen la kali ni, dik! Melayu tak sesuai la warna blonde. Sedar diri sikit lahh.

Haa, aku lupa nak cakap, adik aku ni memang lah hairstylist tapi dia ni jenis gila banyak. Bukan sikit. Banyak.

Rambut dia tu selang 3 hari mesti tukar gaya. Eksperimen katanya. 

Aku panik. Terus aku turun tangga hall dan tarik tangan Reza keluar jauh dari bangunan. 

Nasib baik lebih dari separuh budak tadi dah keluar dulu. Kalau tak, bising satu UITM aku ada skandal dengan mat saleh celup.

Aku tolak Reza masuk kereta Myvi aku. Aku lari masuk tempat pemandu. Beg Kipling dicampak ke belakang.

"Kau gila ke apa datang sini?" 

Reza buat muka tak faham. "Apa yang gilanya aku datang sini? Aku naklah jumpa kakak kesayangan aku ni," Reza lentokkan kepala dia ke bahu aku.

Aku tolak kepala dia kuat. Isy, main-main pulak mamat ni.

"Aku dah cakap kan jangan datang sini. Apa-apa call aku dulu." 

"Hey, Reza dah try call kakak eh. Phone kau tu, cubalah charge dia before kau tidur. Ni tak sampai tengahari lagi, dah kiok dah," Reza pertahankan dirinya.

Aku ambil balik beg Kipling, godek phone dalam beg.

Okay, fine! Salah aku. Memang mati dah pun. 

Well, practically not EVERYTHING is my fault! Mana ada orang nak call aku sangat. So, aku tak lah biasakan diri aku nak charge phone before aku keluar.

"Aku tadi drop kan Stella. Alang-alang aku naklah ajak kau lunch. Kak Nadine pun join sekali," kata Reza.

Haihhh, nak cari makwe, janganlah budak uni aku! Entah sape-sape entah Stella tu. 

"Kat mana? Tak nak area Shah Alam." demand aku. Bukan apa, tak nak terserempak je dengan budak-budak uni.

Dua orang siblings aku ni menyerlah dari jauh. Tiba-tiba aku nak masuk in the picture. Jadi tak cantik sangatlah. So, aku lagi suka makan jauh-jauh dari Shah Alam ni.

ASSIGNMENT Marketing Planning aku dah siap print. Fuhh! Lega! Ok, now, aku nak balik makan dan sambung marathon anime. Wohooo!!!

NEET ALERT!!!! Hahahaha!!!

"Wehhh, tu la kan perempuan dalam grup tu?" tiba-tiba ada dua perempuan memandang ke arah aku.

Aku toleh belakang. Cakap pasal aku ke? Ahhh, abaikan je lah.

Aku jalan lagi. Kali ni, ada 4-5 orang lagi pandang ke arah aku. Cerita apa yang aku tak tahu ni?

Aku ambil phone dalam kocek baju kurung aku. Group 'UITM SHAH ALAM' di mukabuku ku buka.

Scroll...

Scroll...

Scroll...

"DAYYYMNNNN!!!" 

Terpampang empat gambar aku menarik Reza keluar dari hall 3 hari lepas. Dua yang terakhir adalah gambar aku dalam kereta bersama Reza. Yang tak tahannya isi berita tu.

[BERITA TERKINI] MAKSIAT DI PARKING KERETA

Pada 2 Januari 2015, wartawan kami sempat menangkap beberapa gambar sebagai bukti bahawa universiti kita semakin dicemari dengan aksi-aksi yang melanggar peraturan dan juga suruhan Islam. Pelajar yang dirahsiakan identitinya ini juga telah didapati melanggar peraturan di mana yang sudah kita sedia maklum, bangunan induk tidak dibenarkan dimasuki oleh orang luar. Kami ber...

Okay, aku tak sanggup dah nak baca. Aku tekan bahagian 'Comment' pula. 2000 komen? Dadaku sudah mula rasa sempit.

Memang dah perangai manusia kot, lagi tak patut baca, lagi terasa nak baca. Macam tu lah aku sekarang.

Ali Bin Abu perghhh nak mat saleh je.

Syasya Solerong baik tak payah pakai tudung lah sis!

Mail Bin Leman macam melayu je mamat tu. Ni kes nak jadi mat saleh celup lah ni.

Budak Kelab Media ni kan memang tak makan saman lah. Ni mesti kes ketua dia yang psycho tu. Suka sangat buat gosip sendiri.

Pucuk pangkal semua tak tahu, lepas tu nak buat cerita. Tahu nak famous je. Benda nak viral pun kena ada etika lah.

Aku berjalan perlahan ke arah kereta. Tangan kanan aku masih lagi menumbuk-numbuk dada. Aku serious rasa tak sedap badan. I have to go home! I want to go home!

Tak sampai 10 langkah aku berjalan, bahuku terasa ditarik dari belakang. Dan tiba-tiba pipiku terasa pijar.

PANG!!!

Did I just get, slapped?

Badan aku sudah pun menghadap perempuan ala-ala cina yang macam melayu sikit tapi rambut berkarat bukan main yang aku syak dialah yang tampar aku.

Sapa pulak doh minah ni?







SS I Ceritera RambutWhere stories live. Discover now