"Dengan kuasa yang ada pada saya, saya isytiharkan Reza Syahmi Bin Asyraf Fitri tidak bersalah."
TOK!!! TOK!!!
Aku, Kak Nadine, mommy and daddy bertepuk gembira.
Ruang court bergema dengan sorakan kemenangan.
Allen di kandang defenden di heret 2 orang pegawai polis yang bertugas.
Reza keluar dari petak pengadilan dan menuju ke arah kami.
Kami sekeluarga berpelukan.
Kami tahu Reza tak salah. Bukti pun ada tetapi tak tahu kenapa, bila hakim tu sendiri yang kata Reza tak salah, terus rasa dia macam lain.
Rasa lega gila.
Aku memandang ke petak spectators yang belakang sekali. Aku berikan thumbs up kepada Farah dan Paan. Memang tanpa mereka, aku sendiri tak pasti macam mana nak selesaikan masalah Reza ni.
Malam hari tu, selepas Reza terjerit terlolong sampai satu mamak pandang, kiteorang balik semula ke pejabat Paan.
"Ok, tadi kan Reza pergi 7E, lepas tu aku nampak dekat luar 7E ada CCTV. Dannnn, aku baru teringat something!" Reza bersunguh-sungguh cerita.
"Apa yang kau ingat? Apa kena mengena 7E dengan masalah kau ni?", aku blur. Sumpah tak faham apalah adik aku ni nak cuba sampaikan.
"So, there must be another CCTV outside the shop. Is that what are you trying to say?" Paan mencelah.
Ohhhh, ok faham dah. Aku sorang je ke yang lambat tangkap ni.
"Yes, Paan! Exactly! Apalah kau kak. Lambat betul!" Reza menepuk bahu Paan.
Ek elehhh, sorry lah slow. Mana aku nak faham cakap sepatah-sepatah ni. Adik aku ni, tak tolong kang!
Kami bertiga turun balik ke kereta dan menuju semula ke ALEXA dengan harapan akan ada sekurang-kurangnya satu CCTV yang berhampiran ALEXA.
Di dalam kereta, aku tak putus berdoa semoga selesai masalah ini pada malam ini juga.
Pada waktu kejadian, bukan Reza tak minta nak tengok CCTV yang terpasang di dalam ALEXA tetapi pada hari itu, CCTV di kedai sedang dalam penyelenggaraan, jadi mereka tidak dapat membuktikan apa-apa.
Disebabkan itu jugalah, Reza sebenarnya dapat keluar dengan jaminan. Tak cukup bukti untuk masukkan dia dalam penjara, tak cukup bukti juga untuk cop dia tak bersalah.
Kalau nak ingat hari-hari sebelum ni yang memang pulun kiteorang fikir macam mana nak selesaikan, rasa azab sangat. Semua jumpu jalan buntu.
"Tu satu!" Reza menunjuk ke arah SUPERMART yang menghadap ALEXA. Memang ada CCTV dekat luar tu.
Ya Allah, tolonglah biarkan itu jawapannya!
Dan Alhamdulillah Allah kabulkan doa aku dan doa sesiapa yang mendoakan kami. Ececece.
Boleh dikatakan, malam tu kiteorang tak tidur jugalah nak selesaikan masalah ni.
Lepas tengok rakaman CCTV tu, terbongkarlah yang Allen sebenarnya dalang dia.
Biar aku bagitahu korang, lepas je si Reza ni dapat tahu Allen punya kerja, dia terus call Allen nak tanya kenapa dia buat macam tu.
Bengang lah kot sebab Allen ni adalah junior hairstylist bawah Reza tapi umur 25 tahun. Lagi tua lah dari Reza.
Nasib baik refleksi aku cepat waktu tu, jadi aku tepis telefon tu dari tangan dia, menjerit jugaklah dia dekat aku.
"WHAT THE HELL, LAILA?"
Ehhh kau, aku ni kakak kau tau! Aku lepuk karang biar jadi lempeng baru tahu.
"Cakap aku slow, kau yang tengah slow tau sekarang!" aku balas balik. Paan hanya melihat sandiwara di hadapannya sambil duduk di satu-satunya kerusi dalam pejabat dia ni.
Memang kalau Reza menang case ni, aku cadang nak hadiahkan sofa lah kat pejabat dia. Kesian para tetamu dia tau!
"Yang kau nak terjah dia sekarang kenapa? Kalau dia tahu, dia akan buat anything untuk hapuskan bukti tau. Kita ada seminggu lagi Reza. This is not enough to make him confess. We must find the money." aku explain ke Reza.
Dia diam. Memikirkan apa yang aku katakan. "She's right. Ada baiknya kita siasat motif Allen ni." Paan menyokong hujah aku.
Terima kasihlah ye encik Farhan. Sokong saya ni. Walaupun lambat. Erghhhh
Siasat punya siasat dalam seminggu ni, dengan kena tidur dalam kereta, lepas tu main hendap-hendap dengan Allen, tapi Allen tak tahulah, hahaha, di tambah pula aku nak dekat exam final tak lama lagi tapi masih tak study lagi sebab risau punya pasal, akhirnya terbongkar juga motif Allen.
Cuba korang teka.
STELLA.
Yup, it's Stella all the way.
So, boyfriend baru Stella selepas kena DUMPED dengan Reza adalah Allen.
Maka, terhubunglah sel-sel, eh salah, titik-titik kes ini. Dengan berbaki 2 hari lagi sebelum court hearing, Paan menggunakan skill hacking dia.
Dan 3/4 masalah kes ini selesai selepas terbukti duit RM10,000 yang hilang tu didepositkan ke dalam akaun Stella.
Bapaklah baik boyfriend kau. Dah buat jahat, lepas tu bagi semua pula tu duit ke Stella. Mana doh dia cari boyfriend setia macam ni? Jealous I!
Jadinya sekarang baki 1/4 itu adalah semasa di court hearing tadi. Memang semua dah lengkap, tapi rasa macam takut nak confident lebih-lebih. Nauzubillah min zalik jadi apa-apa karang!
So, sebelum hakim isytiharkan Reza tak bersalah, Allen dan Stella diberikan hukuman penjara selama 3 tahun.
Dan punyalah ingat sebab Stella je Allen buat apa yang dia buat, tapi sebenarnya dia jealous dengan Reza. Dia rasa dia tak layak untuk berada di bawah Reza yang jauh lebih muda dari dia.
Haih manusia. Bab-bab kerja hairstylist yang memang mengutamakan bakat ni, susah kita nak tahu siapa yang patut ada dekat atas dan siapa yang patut ada dekat bawah.
Memang Reza muda, tapi kalaulah dia tahu, Reza tak pernah guna nama family kiteorang untuk dapat apa yang dia ada sekarang ni.
Reza memang ada bakat tapi dia spend kan all his teenager's life by practicing. Bila semua remaja di Malaysia sibuk study untuk SPM, dia di tingkat 2 rumah kiteorang untuk practice.
Kalau tak dengan Kak Nadine, dengan mommy and daddy. Dia tak depends solely dengan bakat. Dia berusaha asahkan bakat tu.
But of course, orang lain macam Allen tu mana nak nampak semua tu. Kalau dah tak reti tu, belajar lah lagi. Nak sombong bila kau kat atas lah.
Apa-apa pun, lega dah selesai. Kena minta Farah ajar sujud syukur ni!
YOU ARE READING
SS I Ceritera Rambut
Short StoryHai, nama aku Laila. Nama panjang? Tak payah tahu. Aku join Wattpad ni dah lama tapi baru sekarang aku rasa macam nak ceritakan kat korang masalah aku. Aku ada penyakit. Tak serious bagi korang tapi serious bagi aku. Aku nak korang tahu je, lepas h...