Ad pov
Ad mematikan telefonnya. Dilihat jam pada skrin telefon miliknya. Urgh.. Dah malam. Nak gi mana ni. Dia buntu, serabut.
"Shit!" Ad menghentak stereng keretanya. Dia menangis sambil meletakkan kepalanya di atas stereng.
"Om telolet om!" Kk gurau
"Tinnnn tinn tin!" Kedengaran kereta dibelakangnya tidak henti meng-hon Ad. Shit. Lampu hijau dah, patutlah.
"Yela sabar la ciao" bebel ad sorang diri.
Dia memandu keretanya untuk pulang ke rumah maktok di johor. Tujelah yg dapat difikirnya sekarang.
Tepat pukul 2:54pagi, kereta ad memasuki halaman rumah tua itu. Mesti maktok terperanjat
Dia mematikan enjin dan keluar dari kereta. "Assalamualaikum.. Maktok oh maktok" ingat siang ke hah?
Aduh.. Where is she.. Mesti tak dengar sebab dah tidur. Ad berputus untuk tidur di dalam keretanya sahaja. Dia kembali memasuki keretanya dan terus tidur. Penat, ngantuk. Dia memerlukan tidur dan rehat secukupnya.
---
Pagi itu
Maktok keluar dari rumah untuk menyiram pokok bunga melurnya dan terperanjat kerana melihat sebuah kereta di hadapan rumahnya.
"ni mcm kereta budak si maisara.." Dengusnya seorang diri.
Maktok mendekati kereta itu dan mengetuk tingkapnya. "Ya allah, cucu aku!"
"Maisarah, bangun..!" Jeritnya dari luar kereta sambil mengetuk tingkap itu.
Ad terjaga.. Hah? Apa ni
Mamai
Dia membuka pintu keretanya dan tersenyum. Lantas dgn itu dia menyalami tangan tua itu. "Rindunya maktok!! Maktok apa khabar? Sihat tak?" Ad berpura pura riang. "Sihat.. Kamu? Mimpi apa ni balik sini? Tidur dlm kereta pulak tu. Mari masuk!"
Ad dan maktoknya memasuki rumah. Dia menghempaskan punggungnya di atas sofa empuk itu.
"Maktok tanya ni, mimpi apa balik sini maisara oi" "nanti la.. Mai mandi dulu eh?" Ad cuba mengelak. Dia terus memasuki bilik untuk menukar pakaian dan membersihkan diri.
"Hm, ada masalah la tu dgn laki." Maktok tersenyum. "Haih..mcm mcm" dia menyambung membebel.
Ad memasuki bilik dan dia menghidupkan telefonnya itu, banyaknya call. Kisah pulak kau eh. 96missed call from Husband handsome. 47messages from Husband handsome.
Nantilah rief.. Tunggu aku ready, aku balik. Im sorry. I miss you..
Ad mengambil bantal dan menangis. Dia teringat hal semalam. Sakit hatinya. Sakit, kecewa.