"Ad sampai bila nak duk rumah mama ni?" Tanya mamanya. Halau ke? "Hm..mama halau ad ke ni?" Ad mencebik. "Taklah sayang.. Anak mama kot. Mama sayang ad sangat. Mama tanya je. Suami kamu tu kesian dia tinggal rumah korang sorang. Dulu takda anak sayang laki, ni ada anak tak sayang dah?" Dem u troll me mom?
"Ish mana ada..nantilah. Tak ready lagi." "Tak ready apanya?" Ad hanya diam..
Rief? Dia dah kawin dengan wani kot. Dia langsung tak peduli pasal aku. Langsung tidak. Aku tunggu dia call, mesej atau apa. Tak ada. Dia ada datang sekali untuk tengok hayyan, itu saja. Lepastu mana dia pergi? Ish dia pergi jaga isteri baru dia lah. Kau duduk sini jaga hayyan je ad.. Ni lah nasib kau.
Rasanya sejak mamanya suruh pulang ke rumahnya. Baru dia sedar. Sampai dia dah habis pantang pun dia takda balik sana lagi. Tergerak hatinya rasa ingin balik ke sana. Maybe sekarang?
"Maa, adin nk balik rumah kejap. Nak kemas kemas dulu. Nanti adin dtg balik bawak hayyan." Kata ad kepada mamanya. Mamanya hanya mengangguk dan senyum "baguslah macamtu, tak baik tinggal suami lama lama."
Semasa otw ke rumahnya, terdetik di hati ad apa yg arief buat sekarang? Dia ada kat rumah? Dia dah balik kerja? Rindu. Tapi ego mengatasi semuanya. Fikirannya kosong.
Dia memarkir keretanya diluar kawasan rumahnya. Sebenarnya dia bukan nak kemas rumah. Dia nak lari dari rumah itu. Dan bawa hayyan bersama. Jadi pointnya sekarang dia hanya ingin mengambil baju bajunya sahaja.
Ad mengemas bajunya laju. Diambil semua dan disumbatnya sahaja di dalam bagasi besar itu. Dia kena cepat. Jam sudah 8:15pm tapi rief masih tiada di rumah lagi. Biarlah dia. Dgn wani la tu.
Beberapa ketika kemudian. Baru sahaja addin ingin menapak keluar dari bilik, kelihatan rief muncul di belakangnya. Damn dia dah balik. Mission failed.
Ad menolak rief dan membawa bagasinya bersama. Langsung tak diendahkan keadaan suaminya itu. Jujur, rief nampak sedikit cekung dari sebelum ini, wajahnya sedikit pucat dan agak tak terurus. Rambutnya start panjang sudah, bagai kematian isteri.
Gurau je.
Hensem kan. Bayangkan rambut sahaja ya.
"Sayang." Rief memegang tangan ad. "Lepas." Sepatah je dibalasnya. "No. Nak pergi mana ni? You know what? I miss you. I miss my wife seriously. Kenapa buat b mcmni? Taknak jumpa b kenapa? Besar sangat ke dosa saya kat awak?" "Lepaslah.." "Look me in the eyes, addin." "No!" Ad merentap tangannya. Kuat.
Ad terus berjalan dgn laju menuruni tangga ke pintu hadapan rumahnya diikuti rief mengejarnya dari belakang. "Addin, dont. Please, im begging you sayang please." Ad berhenti. Mengalir air matanya. Ikutkan hati mahu sahaja dia memeluk rief. Rindu sangat tapi, ego.
Rief dengan perlahan berjalan ke arah ad dan dia menarik tangan serta badan ad lalu dipeluknya kuat. "I miss you.." Tersesak esak ad menangis. Rindu bau ni. Bau suaminya. Rindu suara dia, tangan dia. Everything.
"I miss you too.. But i have to go.. Pergilah cari kebahagiaan awak. Saya taknak kita bahagia atas kesedihan org lain..kalau betul awak bukan saya punya sorang je. Saya redha." Menitis lagi air matanya. Dia melepaskan pelukan itu.
"No i wont.. I love you..addin." Rief mencari bibir ad. Dikucupnya kejap namun tidak dibalas oleh ad. "Why?" Ad menggeleng. Masih ego.
"Come.." Rief menarik tangan ad. "Isteri baru tak kasi ke? Pergilah kat dia.. Saya ada apa je. Dia kan fresh lagi." "Isteri baru mana ni? Sayang jgn ngarut lg boleh tak?" "Nope. just telling the truth.." "Truth what?! I dont do that."
Seraya itu, terdengar bunyi engine kereta di depan rumah. Siapa?
Wani. Hahahaha. Terus saja dia membuka pintu rumah rief. Tercengang dia melihat rief dan ad sedang berpelukan.
"Rief? What?"
Rief terus ke arah wani dan menarik tangannya keluar dari rumah itu. Ad? Masih terdiam. Rief ni mana satu?
Ad berlari keluar, "wani!" Dipanggilnya. Wani memandang addin.
"I setuju u kahwin dengan rief. Im sorry for disturbing y'all punya relationship. Im sorry. I shouln't come at all. I rela you kahwin dgn rief." Rief melihat ad dgn pandangan tajam. "Addin!" Ditinggikan suaranya.
"Sayang..calm down. Look, wife you pun kasi kita kahwin kan? Sekarang takpayah nak berhubungan secara senyap kan? Kesian addin..sorry .." Kata wani mengada sambil tangannya bermain leher baju rief. "No!" Rief menolak wani dengan kasar. "Kau blah sekarang wani. Blah!" Wani agak takut. Keluar kejantanan rief disitu. Dia memasuki keretanya dan blah dari situ.
Ad masuk ke rumah kembali mencari bagasinya tadi. "No no no!" Rief menghalang ad. Dia menutup pintu rumah. "Nak gi mana?! Saya tak benarkan." Tegas rief disitu. "Puas? Nak sorok apa lagi? Depan saya la rief dia datang.. Belakang tak tau lagi mcmana.. Apa awak buat sebelum ni dengan dia?"
"Saya tak buat apa apa. Sumpah sayang. Tolong percaya saya.." Rief memegang bahu ad. "Dah.. Saya penat.. Awak dah dapat restu dari saya kan? Go ahead." "Addin.."
---
Amacam korang? Best kena dera perasaan? Hahahaha.