Hari demi hari.. Seminggu lagi cukup 9 bulan 10 hari Ad mengendong bayinya..
Jantinya pula adalah lelaki! Dah banyak baju yang mereka beli untuk anak pertamanya. Gembira rasa hatinya, namun dia juga sangat letih dan sakit kerana baby suka menendang2 perutnya.
"Aihh sabarlah sayang.. Nanti keluarlah. Sakit mummy mcmni.." Bicara ad seorang diri. Sakit. Itu yang dirasanya.
Ad kembali duduk di sofa. Dia mengambil sedikit masa untuk menselasakan badannya. Terasa macam semput. Perutnya besar sekali.
*ting*
Eh siapa tu?
Ad pov
Ad kembali dengan susah payahnya bangun dari sofa. Rief ke? Awal lagi dia nak balik ni. Siapa pula tu? Ad membuka pintu rumahnya.
Kelihatan seorang perempuan keluar dari keretanya. Bengis mukanya. Dia berjalan ke arah Addin
"So hey.. Rief's wife?" "Yes..awak siapa?" "Tak penting. Patutnya aku yang mengandung anak rief sekarang bukan kau!" Jerit perempuan itu. Siapa lagi? Tak lain tak bukan wani lah.
"Apa awak cakap ni?" Tanya ad kembali. "Cakap apa? Hah? Cakap apa?! Kau tu pengacau antarabangsa! Jalang!" Tengking wani kepada ad.
Tiba tiba kedengaran engine kereta memasuki garaj rumahnya. Syukur rief dah balik.
"Ingat eh! Aku takkan biarkan kau hidup senang! Aku akan kawin dengan rief! Ni warning pertama!" Wani menolak addin dengan kuat sehingga dia terjatuh. Bamm! Kelihatan darah mengalir dari kaki ad. Wani terus menaiki keretanya dan melarikan diri.
"Sayang!" Rief terjerit terpanik macam macamlah. Dia mendapatkan isterinya. "Sayang, kenapa ni? Bleeding sayang! Jom pergi hospital!" Ad tidak mampu berkata apa apa. Dia hanya menangis menahan sakit.
"Sayang, tahan sikit. You're strong for this. I trust you sayang." Rief menenangkan ad sambil memandu ke hospital.
Ad terus dikejarkan ke hospital berdekatan. Rief kelihatan sangat risau di wajahnya. "Sorry encik duduk luar dulu ya." Seorang nurse menahan rief untuk stay di luar bilik rawatan itu. Rief terhenti dan mengangguk.
Dia duduk di atas kerusi yang disediakan diluar bilik itu. Rief meraup wajahnya. "Im sorry sayang.. Ya allah. She dont deserve this. Ya allah selamatkanlah isteriku ya allah." Dalam diam dia menangis. Rief terus menelefon kedua dua familynya. Sambil itu dia pergi menunaikan solat hajat. Sungguh, dia tak mahu kehilangan orang yang disayanginya lagi.
Dia kembali ke bilik rawatan dimana isterinya ditempatkan. Kelihatan kedua2 familynya sudah berada disitu. "Assalamualaikum." Rief datang memberi salam dan menyalami bapanya dan keluarga mertuanya. "Mana mama, pa?" "Ada kat dalam.. Tengok sarah." Terang papanya.
Rief terus menjenguk dan memasuki bilik itu. Kelihatan wajah ad sangat pucat. "Sayang." Rief terus duduk disisi ad dan mencium tangan isterinya. Sayu.
"Rief.. Bersabarlah. Ada hikmah semua ni." Rief terus menyalami mamanya. Serabut sampai lupa nak salam. "Mama tunggu luar." Mamanya mencium dahi ad dan menguntum senyum lalu keluar.
"Sayang.. How's everything?" "How? Stop this shit la rief. Kalau kau nak kawin dengan dia, go on then! Jangan jadikan aku sebagai mangsa korang. Kalau jodoh awak bukan saya je, saya redha." Ad menitiskan air mata.
"No what? Sayang cakap apa ni? Jangan mengarut.. I wont marry other girl.. Its you the one and only sayang. Cukuplah awak." Rief mencium tangan ad. Malah ad menarik tangannya. Dia mendengus marah.
"Get out. Aku taknak tengok muka kau." Kata ad perlahan. "Sayang, Please.. Let me explain." "GET OUT!" Jerit ad. Familynya yang diluar terus masuk. "Sayang kenapa nangis ni?" Tanya mamanya. "Im tired.. I need time."
Semua yang berada disitu mengangguk faham dan keluar. "Dahlah rief. She needs time. Let her be." Kata papa. "Japgi rief keluar pa."
"Kalau ada apapa, sayang panggil b. B sentiasa ada kat luar tunggu sayang. Remember, i love you always and wont stop." Ad tidak mengendahkan apa yang suaminya cakap. Tak tahu menyesal ke apa? Dah sarat macamni baru perempuan tu bagitau dia nak kawin dengan suami aku? Ke rief saja mempergunakan aku?
Rief bangun dan mencium dahi ad. Dia keluar meninggalkan ruangan bilik itu.
Setelah rief keluar, ad terus mengalirkan airmatanya yang ditahan sejak tadi. Sungguh, terasa dirinya begitu tak guna. "Baby cepat keluar eh sayang.. Nanti kalau daddy awak nak kawin baru, mummy ada, mummy boleh jaga awak sorang." Katanya sambil mengusap perutnya.
Ad tak tahu apa yang dia rasakan sekarang. Benci. Ya benci terhadap rief. Mungkin dia tipu aku? Dia sayang wani ke? Dia nak kawin denga wani? Macam macam persoalan timbul.
Apa yang ad tahu, dia perlukan masa. Dia nak alone. Lepasni, aku nak balik rumah mama. I dont want to meet him for this time and maybe tadi the last time we've met? Mungkin saja siapa tahu.
Tak boleh dibayangkan jika dia terpaksa berkongsi suami. Ad menangis lagi.
What if rief peluk perempuan tu? Rief kiss dia? Rief sayang dia? Heh mestilah sayang, ex kan. Cantik pula tu.
Tak. Aku tak sanggup untuk semua ni. Kenapa semua ni harus terjadi ya Allah. Aku tak kuat. Dengan anak dia aku kandung. Lepasni kalau dia kawin dengan wani, mesti wani macamni juga kan? Mesti wani happy kan?
Macamana kalau mereka kawin lepas aku bersalin nanti? Aku kena duduk serumah dengan madu aku ke? Ya allah. Aku tak kuat.
Sungguh. Aku kecewa. Penat. Kenapa mudah sangat aku percaya orang? Aiman. Aiman yang terlintas difikiranku sekarang.
Kenapa aku tak kawin dengan aiman je? Addin kembali kusut. Dia akhirnya tertidur dengan air mata kering di tepi matanya.
---
Kalau admin buat plot twist cane? Haa lepasni kalau aiman kawin dgn ad jangan terkejut! 😛 amacam setuju tak team #adrief jadi #adman? Vote vote vote if you like it! 💝