»» 2ne1 - ugly

272 31 30
                                    

❝I think I’m ugly

And nobody wants to love me

Just like her I wanna be pretty

I wanna be pretty

Don’t lie to my face

cuz I know I’m ugly❞

















Eul melangkah masuk kedalam rumahnya yang sunyi sepi. Memang keadaannya sering begitu. Ibu bapanya yang bekerja hanya akan pulang apabila waktu hampir senja, dan akan memarahi Eul buat kesekian kalinya dek perangainya yang suka bertumbuk dengan pelajar lain.

Eul tidak tahu kenapa, dia memang malas belajar. Ya, memang dia risau akan masa depannya tetapi dia tidak mengambil serius tentang pelajarannya, langsung. Dia lebih suka memonteng kelas, atau menari daripada menghadap wajah guru yang sama setiap hari dan menulis. Mengira. Menghafal. Mendengar. Melihat papan putih yang berselirat dengan pen penanda berwarna hitam. Eul menjadi muak.

Dia lebih selesa, dan gembira dengan cara hidup sebegini. Eul rasa bebas daripada masalah. Ibu bapanya sudah berbuih mulut menasihatinya, sudah beribu amaran diberi, tetapi Eul tahu melarikan diri. Eul pandai mengelak. Sehinggakan, ibu bapanya sudah malas untuk ambil tahu tentang dirinya. Mereka hanya akan melihat apabila Eul pulang dengan lebam dan luka diseluruh badannya.

Mengenepikan masalahnya yang lain, Eul melangkah kehadapan cermin di tepi meja soleknya. Cermin itu membiaskan badannya daripada kepala hingga ke hujung kaki. Eul cepat-cepat mencampakkan beg sekolahnya ditepi katil lalu berdiri dihadapan cermin tersebut.

Eul melihat pantulan keseluruhan badannya. Dia cuba tersenyum lebar tetapi gagal. "Haih..." keluh Eul lalu mengetap giginya.

Kalau diikutkan ketinggian Eul, dia agak tinggi berbanding gadis satu sekolah dengannya. Tetapi, beratnya tidak membantu dengan ketinggiannya. Dengan ketinggian agak agak 164 sentimeter...

"Kejap. Berat aku berapa?" gumam Eul sambil menggaru keningnya. Cepat-cepat dia melangkah ke stor rumahnya untuk mengambil penimbang berat untuk menimbang berat badannya.

Dia mengusap tepi habuk yang menyelaputi penimbang tersebut sebelum diletakkan berhadapan dengan cermin. Eul menarik nafas sebelum melangkah keatas penimbang tersebut.

Dengan takut-takut, dia menjeling jarum penimbang.

"56... perpuluhan 7? What the" terus wajah Eul menjadi kalut. Beratnya aku, getus hati Eul lalu memandang lagi cermin dihadapannya. Eul turun dari penimbang tersebut. Dia memuncungkan sedikit mulutnya dan menyepak penimbang tersebut tetapi kakinya terasa sakit.

"Auch! Eeee!", Eul menyeringai sambil ingin menumbuk penimbang tersebut. Dia mengeluh lagi sambil melihat biasan dirinya.

Dia melihat kakinya yang terdedah sehingga ke lutut dek skirt pakaian seragam sekolahnya. Kakinya kalau diikutkan, tidak menarik. Seperti ada lemak sedikit di tepi lutut. Benci betul.

Bukan seperti kaki lurus yang diidamkannya. Eul menggaru kepalanya yang serabut tetapi dia teringat pula kepada rambutnya yang hanya pendek paras bahu. Sudahlah hujung bercabang, tidak mengikut fesyen terkini. Tidak seperti SNSD Seohyun dan Yuri didalam iklan Pantene itu.

1-4-3 » jung hoseokWhere stories live. Discover now