❝I'm different from other girls,
I don't want a typical love
I don't care if I like you more,
I only need you
You're different from other guys,
Now accept me
You'll be my baby baby baby you
No other guy but you❞
"Akhirnya dia ditangkap." kata Hoseok sambil melihat Taksu yang dibawa oleh dua orang polis lelaki. Hoseok menyandarkan tangan diatas bahu Eul manakala Eul pula berpeluk tubuh.
"Aku bangga dengan kau. Memang badass habis tadi kau tahu? Dahlah aku perasan muka Kim Taksu." Hoseok menepuk perlahan kepala Eul sebagai tanda syabas kepada Eul. Eul melepaskan sebuah nafas yang berat membuatkan Hoseok menoleh.
"Benda ni takkan selesai dekat sini je, percayalah cakap aku. Nanti mulalah cikgu panggil nak tanya pasal bukti yang aku dapat, pencerobohan bilik larangan sekolah and all that bullshit." Eul melepaskan kegeramannya dalam nada suara yang terkawal.
"Noh Eul, cikgu disiplin nak jumpa kau." panggil salah seorang pelajar perempuan. Eul tertawa halus manakala Hoseok ternganga. Tidak sangka begitu masin mulut Eul.
"Kan aku dah kata. Dahlah, aku pergi dulu.", Eul membuat wajah hodohnya sekilas kearah Hoseok lalu berjalan pergi. Hoseok hanya tersengih melihat Eul.
Jimin dengan tangan dimasukkan kedalam poket seluar sekolah pula hanya memandang kelibat Eul yang berjalan melepasinya.
ㅡㅡㅡ
"Noh Eul, kamu mengaku yang kamu menceroboh bilik larangan disekolah ini?", Eul menahan diri daripada menjuling mata lalu hanya mengangguk. Eul berpeluk tubuh sambil menggerak-gerakkan jari jemari kaki, terasa rimas untuk duduk dengan lama disitu.
"Kim Jiwon, kamu mengaku yang kamu dah buat pernyataan palsu sebelum ini?"
"Ya, cikgu.", Jiwon disebelah Eul mengangguk, kepala ditunduk memandang lantai, tidak berani untuk bertentang mata dengan guru itu.
"Okay, Kim Jiwon. Apa sebab kamu buat pernyataan palsu sebelum ini?" guru itu membetulkan cermin mata yang melorot sambil memandang tajam wajah Jiwon.
"Cikgu tak dengar ke pengakuan saya tadi? Saya rasa satu sekolah dengar tadi.", Eul tidak mampu menahan mulut daripada bercakap dengan kurang adab. Guru itu menghadiahkan Eul sebuah jelingan sebelum mengalihkan kembali perhatian kepada Jiwon.
"Kim Jiwon, boleh kamu beri alasan yang kukuh?"
"Cikgu, Jiwon kena rogol dan jantan tak guna tu ugut untuk sebarkan video tu, fikir dia boleh selamat sebab dia kaya. Jiwon dalam ketakutan dan tertekan, apa yang cikgu fikir? Dahlah mamat tu masih buat benda tak senonoh lepas ugut Jiwon." Eul menghamburkan kata-katanya dengan laju, tidak mampu lagi membendung perasaan geramnya. Jiwon membuat isyarat mata kepada Eul supaya Eul tidak terlalu baran. Eul pula membalas dengan isyarat yang membawa maksud 'apa?-betullah-aku-cakap-kan?'.
YOU ARE READING
1-4-3 » jung hoseok
FanfictionNoh Eul, seorang pelajar perempuan yang terkenal sebagai gangster di Kirin High School. Bergaduhnya nombor satu, seluruh sekolah takut dengannya, termasuk pelajar lelaki. Lebih terkenal sebagai the legendary Noh Eul dalam dunia gangsternya. Sering m...