❝Go to him first
And tell him he’s yours
You can do it now,
You start first
Our country’s president is now a female
So what’s the big deal?
Why can’t girls do it first?❞
Hoseok mengetap bibirnya sambil telinganya ditutp oleh fon kepala. Jari jemarinya ralit menyentuh skrin, bermain permainan video di telefon bimbitnya. "Yes! Aha! Yes, yes, yes!" ucap Hoseok kegirangan kerana berjaya melepasi tahap permainan yang ditetapkan.
Baru sahaja Hoseok ingin lanjut ke tahap permainan video yang seterusnya, matanya ternampak sepasang kaki yang menyarung sneakers Converse High Top berwarna hitam. Hoseok serta-merta meletakkan meletakkan fon kepala di leher sambil mendongak memandang kelibat pemilik kaki itu.
Kelihatan Noh Eul sedang menguap sambil menenyeh matanya yang sedikit kemerahan. "Jomlah pergi sekolah. Nanti lambat, Encik Almond tu bising pula.", ujar Eul dengan nada yang separuh sedar, matanya hanya terbuka separuh. Hoseok mengerutkan keningnya, memandang Eul dengan keliru.
"Okay...", hanya itu balasan Hoseok sambil mereka mula berjalan beriringan. Hoseok bergilir memandang ke hadapan dan Eul disebelahnya. Nampak penat betul Eul.
"Kau ni biar betul okay? Tak tidur ke apa. Mata kau lebih teruk dari mata panda.", sempat lagi Hoseok mengutuk Eul didalam ayatnya. Eul hanya membalas dengan tepukan yang perlahan ke lengan Hoseok sebelum menguap sekali lagi.
Hoseok mengerutkan keningnya. Lembik pula Eul ini pukul aku...
Pon! Hon kereta berbunyi panjang datang dari belakang mereka sebelum Hoseok berjaya menarik Eul kedalam dakapannya. Turun naik nafas Eul dibuatnya.
"Woi! Kau kenapa? Hati-hatilah sikit! Kena langgar macam mana?", Hoseok separuh menjerit kepada Eul. Hoseok memegang bahu Eul sambil memarahinya. Eul hanya berjalan pergi sebaik sahaja Hoseok habis berkata-kata.
Hoseok mengetap giginya dengan geram. Eh minah ni. Aku tengah cakap dengan dia, dia blah macamtu je? Aku dah selamatkan dia daripada kena langgar kereta tadi, terima kasih pun tiada?
"Hei! Noh Eul!", Hoseok melaung nama Eul sambil mengejarnya dari belakang.
ㅡㅡㅡㅡㅡ
Sebaik sahaja Eul melangkah ke tempat duduknya, serta merta Eul mencapai fon kepalanya dan meletakkannya ke telinga. Zip beg dibuka lalu Eul membawa keluar beberapa buah buku bersama beg alat tulisnya.
Eul membuka buku tulisnya sambil menguap lalu mula menulis sesuatu. Belum sampai 5 minit Eul menulis, terdengar suara nakal menyakatnya. "Wah! Korang, korang! Berita tergempar! Eul buat kerja rumah Fizik!", suara seorang pelajar lelaki menyakat kerana dia menjeling buku milik Eul.
Seisi kelas terus terhenti melakukan hal masing-masing lalu menoleh memandang Eul dengan mata yang membulat. Hoseok yang sedang menulis sesuatu didalam buku tulisnya juga turut memandang Eul dengan sengihan sambil menggelengkan kepalanya.
YOU ARE READING
1-4-3 » jung hoseok
FanfictionNoh Eul, seorang pelajar perempuan yang terkenal sebagai gangster di Kirin High School. Bergaduhnya nombor satu, seluruh sekolah takut dengannya, termasuk pelajar lelaki. Lebih terkenal sebagai the legendary Noh Eul dalam dunia gangsternya. Sering m...