»» dia - somehow (왠지)

122 22 21
                                    

❝Make our love stronger

Don't beat around the bush, follow my boo

Talk tot me ma darling, closer

Call me late night, while everyone is sleeping

Don't beat around the bush in your mind

Inside the spinning clock

We're like a shining diamond

It won't ever break❞




























Eul menghidupkan skrin telefon bimbit ditangan. Skrin itu bercahaya dan menunjukkan jam 3 petang. Dia memandang sekeliling sambil bersandar pada sebuah batang pokok, tempat lepak secara tidak rasminya bersama Namjoon.

Sebuah keluhan meniti dibibir Eul lagi. "Lambat betullah dia ni...", rungut Eul sendiri sambil memuncungkan bibirnya. Angin petang yang nyaman menyapa wajahnya lembut tetapi perkara itu tidak membuatkan Eul makin tenang.

Matanya tertancap pula pada sneakers yang dipakai. Hadiah hari jadinya daripada Namjoon. Perlahan-lahan, sebuah senyuman kecil mula terukir dibibir. Kaki digerakkan kekiri dan kekanan tanpa arah tuju.

"Bah!"

"Ah!", terus sahaja Eul menampar kasar lengan Namjoon yang membuatnya terkejut. Namjoon pula kekal tersengih sebelum duduk disebelah Eul.

"Kenapa lambat sangat?" tanya Eul dengan sedikit geram sambil menjeling tajam kearah Namjoon. Namjoon tersenyum simpul sebelum mengusap bahagian belakang leher menggunakan tangan kanan.

"Maaf...", itu sahaja perkataan yang dikatakan oleh Namjoon sambil tangan Eul diraih. Jari jemarinya disematkan diantara jari jemari Eul. Eul dapat merasakan bahagian tangannya diusap perlahan oleh ibu jari tangan Namjoon.

"Aku tunggu punyalah lama tahu tak.", Eul mula mencapai beg dibelakangnya lalu dibuka zipnya, "Dahlah aku serabut nak dekat peperiksaan apa semua lepas itu kau pula datang lambat habis itu aku nak minta tolong dekat siapa"

Eul terdiam apabila Namjoon mengucup bibirnya sekilas. Sekejap sahaja. Mata Eul membulat sebelum dia menoleh kearah Namjoon.

❝Make our love stronger

Don't beat around the bush, follow my boo

Talk tot me ma darling, closer

Call me late night, while everyone is sleeping

Don't beat around the bush in your mind

Inside the spinning clock

We're like a shining diamond

It won't ever break❞

"Aku tahu aku salah.", Namjoon mencapai buku yang dipegang oleh Eul, "Jadi... Kita mulakan pembelajaran untuk hari ini?", Namjoon bertanya dengan sebuah senyuman. Riak wajahnya tenang, seolah-olah perkara yang baru dilakukannya adalah perkara yang sangat normal.

1-4-3 » jung hoseokWhere stories live. Discover now