❝Even when I see you every day, I like you even more
Even when I pinch myself two times, three times
It's like I'm dreaming, dreaming,
I smile just at the thought of you❞
Eul melangkah masuk kedalam kelas sambil memeluk beberapa buah buku rapat kedada. Baru sahaja Eul ingin duduk, dia terperasan sesuatu diatas mejanya.
Eul menjulingkan matanya lalu memandang sekeliling. "Woi. Ini siapa punya ambil kopi atas meja aku? Baik ambil siapa yang rasa ada secret admirer tu. Nanti aku kena cop pencuri pula. Secret admirer sendiri pun taktahu meja korang dekat mana." Eul berkata dalam nada yang agak kuat supaya satu kelas dengar.
Seisi kelas terdiam sejenak lalu memandang kearah Eul. Eul memeluk tubuh, memandang wajah-wajah pelajar dikelasnya itu.
Rata-rata mereka hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu atau menggeleng kepala. Eul membuat wajah bosan lalu meletakkan buku yang dipegang kebawah meja.
Jimin melangkah masuk kedalam kelas dengan tangan didalam poket. Kaki melangkah kearah tempat duduknya, dibelakang Eul.
Baru sahaja Jimin meletakkan buku diatas meja, Eul berpusing menghadapnya dengan satu tin air Nescafe ditangan. "Ni kau punya ke? Mana tahu peminat kau salah letak ke."
Jimin mendekatkan wajahnya kepada wajah Eul. "Taklah. Tu memang untuk kau. Minum okay, jangan buang. Aku tahu kau suka perisa tu.", Jimin menarik semula wajahnya lalu mula mencapai sebuah pen. Eul kekal memandang Jimin yang sedang menulis sambil mengetuk jari telunjuk keatas tin air Nescafe itu.
"Aku tahu aku handsome, tapi tak perlu nak tenung aku macam tu. Berdebar tahu tak." Jimin menuturkan ayat itu tanpa mengangkat wajahnya. Eul ternganga kecil, tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya.
"Kau ni memang perasan kan. Nah...", Eul menghulurkan sehelai sapu tangan berwarna biru kepada Jimin, "...handkerchief kau."
Jimin mengambil kembali saputangannya lalu berkata, "Terima kasih? Tak ada?"
"Kau memang stalk aku ke apa? Mana kau tahu aku suka air Nescafe perisa ni? Macam mana kau tahu aku kena cuci tandas?"
"Kau ni memang perasan kan?" Jimin mengajuk ayat Eul kembali membuatkan Eul mengetap gigi.
"Eee, blahlah kau!", Eul menolak perlahan meja Jimin tapi masih bergoyang lalu berpaling kehadapan. Jimin tersenyum kecil lalu menggelengkan kepala.
ㅡㅡㅡ
Eul melangkah dengan terlalu lemah longlai dengan baju seragam sekolah ditangan. Mulutnya panjang sedepa, sudah terasa betapa seksanya kerja yang akan dibuat sebentar lagi.
"Aish... Kenapalah aku rasa malas sangat harini..." rungut Eul sendiri sambil membuka loker miliknya. Pakaian seragam sekolah diletakkan didalam loker lalu ditutup kembali.
"Noh Eul!" panggil satu suara yang ceria bunyinya. Eul menoleh ke kanan, Jiwon yang sudah memakai pakaian sukan sedang melambai kearahnya.
Eul tersenyum kecil lalu mula mengorak langkah kearah Jiwon. Baru dua langkah yang diambil, Eul terasa bahunya dirangkul oleh seseorang.
YOU ARE READING
1-4-3 » jung hoseok
FanfictionNoh Eul, seorang pelajar perempuan yang terkenal sebagai gangster di Kirin High School. Bergaduhnya nombor satu, seluruh sekolah takut dengannya, termasuk pelajar lelaki. Lebih terkenal sebagai the legendary Noh Eul dalam dunia gangsternya. Sering m...