»» twice - tt

195 21 21
                                    

❝Think I'm all grown up now

I'm free to make my own choices, but why

Why can't I have it my way

The more I try to push you away,

The more I'm drawn and attracted to you baby❞












Eul melangkah keluar dari pintu rumahnya sambil menguap buat kesekian kalinya. Mengantuk betul. Ini semua gara-gara dirinya yang mengulangkaji matapelajaran Sains Tulen sehingga tengah malam. Subjek Sains Tulen boleh pergi jalan.

Aku benci kau, getus hati Eul.

Matanya digosok, cuba mengelak mata daripada terpejam. Tidak percaya bahawa Eul melakukan semua perkara ini demi memikat seorang jejaka yang bernama Namjoon.

Kasut disarung, tali diikat. "Eul, tak sarapan ke?!" laung ibunya dari dalam.

"Tak!" laung Eul kembali lalu terus melangkah ke luar rumah. Eul memandang ke kanannya, eh? Tiada pula Hoseok yang selalu menunggunya. Telefon bimbit dibawa keluar dari poket skirt. Tiada apa-apa mesej daripada Hoseok.

Malam tadi, puas juga dia menghantar mesej kepada Hoseok. Satu pun tidak di'seen'nya mahupun dibalas. Eul hanya menganggap mungkin bateri telefon Hoseok habis atau Hoseok memang sengaja ingin menyakatnya lagi dengan cara tidak mengendahkan Eul.

Memang Hoseok selalu macam tu pun.

Eul menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu menjongketkan bahunya.

Mungkin Hoseok bangun lambat ataupun dah pergi dulu kot, fikir Eul. Eul hanya melangkah menuju ke sekolah seperti biasa.

Sejujurnya, agak sunyi juga berjalan ke sekolah tanpa berteman. Biasanya, kalau Hoseok ada, mesti dia sudah sibuk mengacau Eul ataupun berkata macam-macam. Hoseok punya mulut itu memang banyak bercakap.

Tersenyum Eul sendiri sebelum lamunannya tentang Hoseok terhenti oleh suara seseorang. "Eul!", Seperti lembut sahaja suara itu memanggil nama Eul. Mata Eul yang asalnya hanya separuh terbuka sudah terbuka dengan sepenuhnya.

Rasa mengantuk terus hilang seperti disimbah air sejuk. Eul menoleh dan kelihatan Namjoon sedang tersenyum kearahnya. Cepat-cepat Eul memandang kehadapan sambil tangannya pantas membetulkan rambut. Bahagian sisi mata juga disentuh, takut-takut jika ada tahi mata yang terselit. Buat malu sahaja nanti.

"Hai..." sapa Eul kembali sambil melambaikan sedikit tangannya, tersenyum. Namjoon segera berjalan kesebelah Eul dengan sebuah senyuman di pipi.

"Good morning." kata Namjoon.

"Good morning... juga.", Eul membalas dengan nada yang kekok. Mereka berdua hanya kembali berjalan bersama tanpa sebarang kata.

Eul hanya memandang kebawah, tidak berani bertentang mata dengan Namjoon. Namjoon juga turut berbuat perkara yang sama.

Eul terperasan tali kasutnya yang agak longgar ikatannya lalu menyumpah perlahan. Tolonglah, jangan terbuka dekat sini. Wahai kasut kesayanganku, tolonglah aku sekali ini sahaja.

Oh, tidak, Eul menyumpah perlahan. Ikatan tali itu terlerai juga akhirnya. Eul hanya buat tidak tahu, agar Namjoon tidak menyedari apa-apa. Harap-haraplah Namjoon tidak perasan.

1-4-3 » jung hoseokWhere stories live. Discover now