❝Oh even from far away, I'm falling into your eyes
I'm getting addicted, no more pain
Shoot the arrow Cupid,
at him who looks here and there,
StupidSo he can only look at me (because I'm getting jealous)
So he can only look at me (because he's too good)
So no one can touch him (forever you're mine)❞
"Ah...", sudah kali keberapa keluhan itu keluar daripada mulut Eul. Tangan kirinya sibuk menggaru kepala yang terasa berasap manakala tangan kanan sudah menconteng kertas yang bertulis jalan kerja untuk menyelesaikan masalah Matematik. Kertas itu direnyukkan dan dilempar ketepi.
Namjoon yang duduk berhadapan dengan Eul tertawa kecil melihat perangai Eul. Eul menyembamkan pula wajahnya keatas buku yang tidak bersalah setelah menanggalkan kacamata. "Apa yang tak kena Noh Eul...", Namjoon bertanya dengan nada suara yang lembut.
"Kenapa... Kenapa susah sangat aku nak faham..." rungut Eul sendiri lalu menghentakkan kaki keatas lantai berkali-kali tanda protes. Suasana didalam perpustakaan yang diduduki oleh Eul dan Namjoon agak senyap.
Yalah, namanya pun perpustakaan.
"Apa yang kau tak faham...", Namjoon bertanya lagi lalu berhenti menulis, dagunya ditopang untuk memandang Eul. Eul mengangkat wajahnya lalu mengembungkan pipi, matanya tepat memandang Namjoon.
"Tak adillah. Kenapa kau senang sangat faham semua benda ni? Biar betul...", rungut Eul lagi sambil menunjukkan buku latihan Matematik Tambahan dihadapannya beserta buku teks Fizik. Namjoon tersenyum sambil melihat kearah Eul. Eul pun menyambung kata-katanya dengan panjang lebar tentang bagaimana dia tidak faham dengan pelbagai perkara dan Namjoon setia mendengar.
"Mana satu soalan kau tak tahu nak buat?", Namjoon mula bertanya sambil mencapai pensil ditepi buku.
"Satu bab ni aku tak reti nak buat.", Namjoon tertawa mendengar jawapan daripada Eul lalu menarik buku latihan milik Eul. Eul pun setia mendengar segala penjelasan dan mentafsir jalan kerja yang ditulis oleh Namjoon.
Tanpa disedari, Eul mula terasa matanya menjadi berat. Sudah kali keberapa dia tersengguk sambil menulis, tetapi kepalanya digeleng-gelengkan untuk menghalau rasa mengantuk. Pipi ditampar beberapa kali untuk menyedarkan diri. Terasa seperti angin daripada penyaman udara ibarat bantal yang menyorongnya untuk tidur.
Akhirnya, Eul tewas dengan mengantuk sendiri lalu kepalanya jatuh keatas buku. "Eul, aku rasa kita kenaㅡ", Namjoon terhenti menyambung ayatnya apabila mengangkat wajahnya untuk melihat Eul. Bibir Namjoon mengukir senyuman apabila ternampak Eul yang sudah berada di alam mimpi. Eul, Eul.
"Tak lut langsung americano dengan kau ya, Noh Eul?", Namjoon bertanya sambil tergeleng kepala sendiri. Padahal, Eul memesan americano sebelum memasuki perpustakaan. Namun, tengoklah. Kafein memang tak berkesan terhadap sistem badan Eul.
Namjoon menopang dagu sambil tersenyum memandang Eul yang tertidur. Entah berapa lama dia berbuat begitu sebelum Namjoon mencapai buku notanya yang lain untuk mula menulis sesuatu didalamnya.
YOU ARE READING
1-4-3 » jung hoseok
FanficNoh Eul, seorang pelajar perempuan yang terkenal sebagai gangster di Kirin High School. Bergaduhnya nombor satu, seluruh sekolah takut dengannya, termasuk pelajar lelaki. Lebih terkenal sebagai the legendary Noh Eul dalam dunia gangsternya. Sering m...