Mainkan lagu di media untuk pembacaan yang lebih efektif. Terima kasih.
❝Because I was like a fool, I could only
look upon you
Because I was afraid of how your heart might change and
we might grow farther apart
I was such a fool, not able to
tell you I loved youBecause I was afraid of the hurt and sadness I
would receive after we meet❞
Eul memandang Hoseok dengan sangsi. Hoseok pula hanya tersenyum sambil berpeluk tubuh, keningnya dijongketkan. Kepala Eul menggeleng perlahan, deria pendengarannya menangkap bunyi kanak-kanak menjerit kegembiraan.
Suasana di Everland masih riuh dengan suara orang ramai bersuka ria walaupun bukan hari cuti. Hoseok memeluk bahu Eul lalu berjalan kedepan. "Jom! Kita pergi!", Hoseok berkata dengan bersemangat. Dahi Eul berkerut.
Dia cuba menolak fakta bahawa Hoseok mahu keluar dari hospital dan kini membawanya ke Everland, taman tema yang popular di Korea. Eul cuba untuk tidak terlalu memikirkan penyakit yang berada didalam badan Hoseok.
"Apa yang kita buat dekat sini?", Eul bertanya lagi, membiarkan Hoseok memeluk bahunya. Mereka menuju kearah sebuah kedai snek yang berdekatan.
"Kita nak main masak-masak.", balas Hoseok dengan loyar buruknya. Eul mengepal penumbuknya sambil mengetap gigi dengan geram. Loyar buruk tetap sebati didalam diri Hoseok.
"Kita dekat sini nak mainlah. Naik rollercoaster, viking, semua itulah.", Hoseok tersenyum kearah Eul. Kemudian, dia mengalihkan pandangan kepada makcik yang menjaga kedai snek itu.
"Makcik, saya nak gula-gula kapas tu dua.", Hoseok menudingkan jari kearah gula-gula kapas yang berwarna merah jambu. Makcik itu mengangguk lalu mengambil dua gula-gula kapas itu lalu diserahkan kepada Hoseok. Hoseok membayar wang kepada makcik itu.
Eul pula hanya memandang sahaja perbuatan Hoseok. "Terima kasih.", ucap Hoseok lalu tersenyum kepada makcik itu. "Nah.", Hoseok menyerahkan salah satu gula-gula kapas itu kepada Eul.
Eul mengambil gula-gula kapas lalu meneliti gula-gula kapas itu. Baru sahaja ingin digigit sedikit gula-gula kapas itu, Hoseok berkata, "Kau kan suka rollercoaster apa semua mainan ekstrem ni. Sebab itu aku bawa kau.", Eul terhenti daripada ingin menggigit gula-gula kapas itu.
Eul menoleh kearah Hoseok yang tersenyum kearahnya. "Jomlah. Kita naik rollercoaster.", Hoseok meraih tangan Eul untuk ke kaunter tiket rollercoaster.
Eul mengetap bibir apabila melihat wajah Hoseok yang sudah cuak semasa mereka beratur untuk menaiki rollercoaster. Mulut Hoseok yang becok sudah dikunci semenjak mereka beratur, nampak sangat takut. Akhirnya, terlepas tawa dari mulut Eul.
"Kau pasti nak naik rollercoaster?", Eul bertanya. Hoseok menelan liur lalu menoleh kesisinya. Eul menjongketkan kening sambil berpekuk tubuh.
"Hㅡha?" tergagap-gagap Hoseok bertanya. Eul menggeleng kepala perlahan.
"Nampak cuak semacam. Aku boleh je naik seorangㅡ"
"Eh, tak. Aku okay. Kau kan memang nak naik rollercoaster.", Hoseok menganggukkan kepala dengan pantas. Eul hanya mengiyakan dan kini tiba giliran mereka untuk duduk diatas rollercoaster.
YOU ARE READING
1-4-3 » jung hoseok
FanfictionNoh Eul, seorang pelajar perempuan yang terkenal sebagai gangster di Kirin High School. Bergaduhnya nombor satu, seluruh sekolah takut dengannya, termasuk pelajar lelaki. Lebih terkenal sebagai the legendary Noh Eul dalam dunia gangsternya. Sering m...