»» after school - ah!

152 23 38
                                    

❝Will you show me your love instead of telling me?

I like you too will you dance?

For some reason you and i keep…for some reason

It seems as though we'll connect, as though I'll love you❞















Eul tercengang mendengar kata-kata Sejin. Dia bermain dengan hujung baju seragam sekolah dengan resah. "Cik Noh Eul lawat eh Jimin dekat hospital? Hospital Haeseong.", pinta Sejin lagi.

Eul melepaskan sebuah keluhan lalu dia menganggukkan kepala. "Saya akan datang. Tapi! Bukan sekarang.", Eul menjeling kearah kelasnya, pembelajaran sedang dijalankan. Dia tidak mahu buat hal dengan memonteng kelas. Sejin menganggukkan kepala tanda mengerti.

"Jimin kata cik Noh Eul boleh datang dengan Jung Hoseok.", Eul mengerutkan kening. Macam mana pula pakcik ini boleh tahu pasal aku dengan Hoseok pula?

"Saya ada cara untuk intip orang yang rapat dengan Jimin. Wad dia nombor...", Sejin berbisik lalu Eul melemparkan senyuman segaris.

Kini, Eul berada didalam bas yang menuju ke Hospital Haeseong. Hoseok duduk disisi Eul, mereka terus bergegas sebaik sahaja tamat waktu persekolahan. Pakaian seragam sekolah juga masih tersarung dibadan.

"Haih...", Hoseok mengeluh sambil meneliti perkara yang tertera diskrin telefon bimbitnya manakala Eul juga membuat perkara yang sama.

'Jimin dikejarkan ke hospital selepas tercedera di konsertnya. Berita terkini berkaitan kesihatan Jimin masih tidak dimaklumkan. Kami masih menunggu maklumbalas daripada BigHit Entertainment.'

"Mamat tak betul.", ucap Eul dengan geram, "Hati-hatilah sikit.", Eul menghelakan sebuah nafas. Tiba-tiba, telefon bimbit milik Hoseok bergetar. Ibunya menelefon.

Hoseok membawa telefon hampir ketelinga. "Hello? Ada dalam bas... Ha? Okay okay. Hoseok turun kejap lagi. Bye.", Hoseok mematikan panggilan lalu memandang Eul sambil menggigit bibir. Eul menjongketkan kening.

"Weh, maaf. Aku... ada hal keluarga pula.", Hoseok menayangkan telefon bimbitnya, menunjukkan itulah perkara yang disembangkan bersama ibunya sebentar tadi. Riak wajah Hoseok kelihatan bersalah untuk meninggalkan Eul seorang diri. Eul menutup matanya lalu bersandar pada tempat duduk.

"Aku... Kena turun dekat stesen seterusnya. Kau pergi sendiri eh?", seperti tepat pada masanya, bas itu berhenti disebuah perhentian. Hoseok pun mula berdiri.

"Jaga diri. Apa-apa, telefon aku tau?", Hoseok mengusap kepala Eul sebelum berjalan keluar daripada bas. Eul hanya memandang Hoseok dengan sepi.

Ah, harap-harap tak adalah benda gila yang jadi nanti.

Eul pun berjalan dengan pantas sebaik sahaja turun daripada bas. Kakinya pantas menuju ke wad VIP. Eul tergamam melihat bahagian wad yang agak berlainan dengan hospital yang pernah dia pergi sebelum ini. Nampak mewah semacam. Hotel ke hospital ni?

"Maaf, cik. Cik tak boleh masuk tanpa pas VIP.", terdapat dua orang lelaki berbadan tegap yang berkaca mata hitam serta memakai pakaian serba hitam menghalang Eul. Eul meraup rambutnya ke belakang dengan geram.

1-4-3 » jung hoseokWhere stories live. Discover now